Semalam aku dengar lagu
raya sambil buat kerja. (Sungguh kurang kerja! Haha). Semua sebab sangat
mengantuk, Monday Blues…
Tiba-tiba rasa sedih dan
takut. Sejak 3 tahun lepas, aku paling takut raya! Sebab aku sangat takut sedih
amat. Sebab aku rasa, raya macam tak begitu bermakna. Yup, my dad passed away 3
years ago, a week before raya. Masa first year tu tak terasa lagi. Walau pun
secara separa sedar, aku mengalami withdrawal syndrome. Aku balik dari kampong
pada hari raya kedua dan berkurung dalam bilik sampailah office start kerja
semula, which is seminggu selepas raya.
Tahun kedua without my
dad, raya tak ada air! Dan yang paling obvious masa tu, kami sangat tak rasa
nak buat sebarang persediaan. Nak masak lauk raya pun tak ada perasaan! Kalau
mak aku tak ada, confirm kami tak buat apa-apa!
Raya tahun lepas, agak
baik. Walau pun sama juga sedikit sebanyak, kurang perasaan dari segi membuat
persediaan, kami bergambar ramai-ramai – demi mengubat hati mak. I knew, she
hurt the most!
Sejak my dad passed away,
kami ni dah macam kambing tak bergembala! Selalu bila raya my dad memang orang
paling rajin mengalahkan perempuan, pergi beli barang rumah, kuih, itu ini.
Langsir baru, cat rumah, bersihkan keliling rumah dan segalanya! Of course
bukan dia yang buat sangat pun, tapi dia banyak memberikan arahan ala general
tentera!
Masa tu, itu bukanlah
perkara paling best kami rasa, tapi sekarang selepas my dad dah tak ada, itulah
perkara yang paling kami perlukan, paling kami rindukan! Yup! We misses you a
lot dad!
Tengok KKKG sempena
Mother’s Day hari tu, my favorite among the very few Hindi movie yang aku suka.
It still touching, still managed to bring tears to my eyes! Deeply inside, aku
baru perasan yang aku dah lama tak mengalami perasaan yang ‘dalam’ tentang
sesuatu – whatever it is.
I’m hiding in a nutshell.
Failed to be reached or reaching out. I think it’s all hurts. It’s all lies.
Somehow bila dengar lagu raya ni, aku tertanya satu soalan. Kalau omputeh,
soalannya bunyi camnih: what do you want for Christmas? (all I want for
Christmas is yooouu!) Tapi memandangkan aku ongelap, soalan aku bunyinya camnih
plak: apa aku paling inginkan masa raya?
Without hesitate; aku nak
bergambar ramai-ramai satu family – free style outdoor family photo. Aku harap
dalam gambar tu semua orang senyum/ketawa. Dan walaupun my dad was no more in
the picture, and gambar tu akan terasa sedikit ‘kekurangan’, I’ll be happy to
say that it will be my favorite photo! Aku akan gantung besar kat hall. Nanti
kalau anak aku tanya, aku jawab – tradition, my son. Tradition!
Hahahaha
Ok-ok. Walau pun mungkin
masa depan kelihatan berkilau-kilau bak permata, ketahuilah masa ini lebih baik
dan bermakna. As for now, all I have is my mother. However, all I cant say
except write here – I just knew that I could miss my mom too! It never happened
before. Maybe my perspective change when I’m force to standing on her ICU bed a
couple of months ago, and when I’m forced to heard she said – she’s lonely!
No comments:
Post a Comment