Tuesday, 15 November 2011

life is about making choices

Hari ni pergi keje dengan perasaan bimbang! ekekeke sebab financial part tak crystal clear lagi..last friday boss suda minta..aaaaaAAAaAAa..sorry, aku spend the weekend figure out things..tapi can't come out with solution. Well, nice..i try thou :)

So tadi, aku discuss dengan AGM yang macam anchor kat ansar. Aku suka discuss dengan dia ni, meeting dengan dia kat shah alam hari tu kali pertama aku jumpa dia. Tapi aku dah suka cara dia yang straight forward, semangat, jelas dan teliti. Wah! She's  another idol...haha She make me clear and support me internally untuk come out with something best!

Oleh itu, aku akan gunakan kreativiti yang bit tumpul ni untuk come out with solution. Simple but thoughtful. Supported with data yang ada at hands..Lagi satu, aku suka discuss dengan dia sebab dia akan block schedule untuk meeting. Tak distracted so aku yang meeting dengan dia pun boleh solve problem aku instead of carried away. Ada orang yang gelabah atau busy sangat, sampai aku cakap lain, dia cakap lain..last x selesai masalah..

Sorry yer boss, saya bukan tak nak discuss dengan boss. Saya jumpa boss untuk final decision jek. Discussion ni I prefer jumpa AGM since dia lebih free. hehehe

So, in works memang banyak nak kejar..Aku kena prepare a step forward before the team, since I'm guiding. I need to know more before they know. Prepare. So I'm heading. So far, no problem. 'Webmasta' added dengan experiences dia mmg banyak bagi step by step guide based from her experiences. So very helpful :) Plus sebab kitorang sama-sama freshmen, easy to get along..

Pagi dah bimbang dengan boss, tapi lega sebab boss tak masuk. Jumpa client. And dah settle dengan AGM. Petang si soseh plak. Dia nak tau bila boleh dapat mini studio macamlah mende tu important ingredient. Aiiii geram pula aku dengar! Dia cakap dah lama dah, nape x sampai2? Ko ingat beli pakai duit aku ye? Mentang boss kaya, 500 tu kecik je la e?

Tak pe, sabar separuh dari iman. akakaaka Aku jawab, sabar..boss tengah view. Memanglah aku ada access account ebay tu furnish dengan payment detail, tapi itu bukan duit aku yer..Boss tak cakap pun, ok beli mana-mana, tak kisah. So kenalah aku bertindak sikit bijak. By the way, mini studio tu bukanlah cream of the cake. It's just cherry buat perhiasan sebab gambar product lama masih boleh pakai. Sabar yer, makcik..

Speaking of sabar juga, maybe dah jadi habit company 'pure blood' untuk point out mende tak penting while on meeting. And instead of discussing the important things, they prefer to focus on small thing which I repeatedly say 'not to worry'. Contoh pasal saiz mini studio, it takes good 5-10 minutes imagining the size eventhou aku dah cakap i dah proposed another bigger size. I  brought up the matter as comparison in price and physical outlook. Not that I want to buy the said size! Tapi semua orang sibuk argue and imagine juga size kecik tu sekecik mana!

Pelik.

Sama macam masa meeting web hari tu. Semua orang sibuk bercerita tentang pengalaman diorang buat programming. Ada ke aku buat interview pasal tu? Kalau korang ada experience pun, aku tak akan suruh, since kan dah ada webmaster. She's obviously master on the field. So I don't need to 'interview' other 'candidates' rite?

My assistant is bit blur-blur. Sayang! Belajar kat oversea tapi balik Malaysia kerja sendiri. So tak ada experience kerja dengan orang, and agak bimbang sebab dia start dengan pure blood ~ less professional. Even thou aku start jauh dari bawah, tapi aku bersyukur dan berterima kasih juga kat company-company aku yang lama. Since aku banyak belajar makna 'bersaing' dan 'professional' dari diorang :) See, my assistant muka-nak-nangis bila AGM minta report to be emailed end of the day. Hope, he learn a lot later..aku punya report pun dia blom bagi lagi dari last week!  

my advice! :D
So, why life is about making choices? Sebab kita memang ada banyak decision nak kena buat. Sometime we get tired of being careful, so we slacking. Obviously, it's our life that we mess it! Tapi, be positive. It's only because you know dark, that you realized you need light. Few wrong decision, few wrong choices, will led you to correct and better choice! :) Don't worry...you'll be wiser along with time.

Another news about my ex-colleague - hospitalized. Cancer. Hate the fact that more healthy people I know is getting sick! Phobia. But I hope, she's doing fine. Hope she's strong enough and fight to the end :) She's the iron-lady I used to look up to when in imt. Chayo2!!

Extra ~ perasaan mixed with bimbang and geram. Maybe stress out sebab sometime aku rasa I'm doing this 'alone'. Especially bila ada orang seperti makcik soseh. Choose side? Afraid too! Sebab aku prefer stand on my own ground. If I'm good, then I'm.

Cuma sometime even in one team, I feel alone...maybe I'm feeling low to be compared with luxury baby! Pasal BP tu lar..tapi today, I'm a step further since aku dah go to financial part - cream of the cake! slurp..

Sunday, 13 November 2011

Giler kuasa!

Aargh..banyak giler rupanya aku nak kena prepare! Mind map yang aku buat, analisis kat mana aku and dah sampai tahap mana; menunjukkan banyak giler dan bercabang-cabang mende yang aku nak kena buat! huiyoo..

Nampaknya kena bawak nescafe gold (yang bau sedap giler nih!) ke mana-mana supaya aku tak tido! Ahah..teringat seseorang, yang suka minum nescafe, supaya 'stay hyper' katanya! Betul lah..kini aku setuju dengannya... :)

helpers.. :D

Tu la, dari hari tu tak nak buat! Ahaha aku kan suka pressure..it make my mind sharper! Hopefully no matter how much difficult this may seem, aku still berjaya make it to the end! Chayok2x! Tapi best of all, bila aku 'terpaksa' ni, aku belajar dengan lebih jelas apa sebenarnya yang aku cari. Aku fikirkan penyelesaian dengan lebih jelas, as if this are my money..and I like it, to the max! Sebab aku lebih faham.. :)

Friday, 11 November 2011

i want 1 ~ too..

haha..tarikh hari ni best! Sempatlah aku menjeling jam kat laptop bila "11/11/2011 11.11AM" tadi pagi. Dan lepas tu semua orang pun sibuk pasal tarikh hari ni. Dalam hati, ler? Baru tau ke tarikh hari ni cun? Aku dah setahun perasan! :D

Paling tak tahan, lepas tu Mak cik Soseh pun memutarkan lagu "Berdebar rasa hati, bercampur dengan rasa suka. Hari yang dinanti, sudah sampai lah masanya...bla bla bla" Aku tak tau tajuk lagu ni. Tapi time orang kawin selalu ada pasang! Sebab kitorang punya officemate hari ni last jadi "cik", minggu depan sudah bergelar isteri orang daa...

Well, aku tak de perasaan! haha Hari ni rasa macam tak buat apa pun..Pagi sampai tengah hari aku study financial part yang bodoh tu! Hahaha aku cakap bodoh sebab aku kena study balik segala teori financial tu. Kalau tak, aku pun tak tau nak tulis apa...bukanlah teori tu yang bodoh, melainkan....erm...aaa..aku ke??? hahaha

Then tengah hari aku survey kek kahwin untuk member aku ni ha..sekali mak cik Soseh lalu belakang aku. Ha, ni apa kek-kek wedding ni? Meh la join the club..! Tak habis-habis nak ajak aku join 'kelab wifey". Best..Yelah tu! (baca dengan muka 10 sen!)

Lepas tu aku pergi tidur sampai pukul 3. Eh-eh jangan salah anggap yer, aku bukan 'ular'..Tapi kitorang memang boleh break setengah jam untuk tido. Hehehe best kan? Oleh sebab hari Jumaat sampai 2.30, tu yang aku bole tido sampai 3pm. Turun-turun je, luxury baby ajak pergi Marche kat Curve. Rupanya boss dah sampai! So kemas-kemas and terus pergi..

Since my house memang 'belakang' Curve, so aku balik awal lah hari ni! hihihihi

Dah lama tak pergi Curve! Jarang pergi sebab sekarang aku dah tak lalu Curve lagi. Kalau pergi pun, Ikano atau e@Curve jek. Kenapa kitorang pergi Marche? Saja tengok konsep. Discuss pasal BP lagi online and offline! Adeh..bosan! Rasa muka aku dah tumbuh kulat kot tiap kali kuar topik nih! Bosan..sebab aku lebih suka buat benda yang dah ada depan mata. Plan-plan ni, memanglah best. Indah semua, boleh belaka! Lepas tu nak realisasikan tu?? Adeiii...

Mujurlah online aku tu next week dah boleh mula mengupload etc So this weekend aku akan sibuk buat background details so next week, bila semua orang 'attack' aku minta itu-ini aku dah ready! hehehe Diorang ni kadang tu buat aku hangin jek! Da tau aku tak de background IT, tanya soalan IT. Aku sepak kang...tensi! Tapi itu je pun yang dia tau nak tanya..sebab tu background dia! Aci x? Tu lagi satu, sweet-toothy aka kaki kipas!

Bagi bab goreng, kat dialah..semua boleh. Semua indah belaka! Lepas tu kat belakang boss, kata tak boleh. Sekeh kang! Hangin jek..Si luxury baby tu dah kena dah sekali dengan aku. Ada ke tanya, boleh buat email nak inform web under maintenance? Ayat power-power sikit. Hek eleh!!! Ingat aku buta kayu macam kau! Walau pun tak terer, setakat nak bagi tau web under maintenance pun susah meh?! Menyampah...aku buat muka 5 sen jek bila dia tanya..Dalam hati, kenapa? Ko nak buat juga email tu?! Buatlah! Ada aku kisah!?

Apesal aku asyik hangin jek nih? Entah. Aku pun tak tau..maybe dah bosan sebab perlahan sangat activity. Biasa aku kan multitask giler-giler. So bila keje aku buat BP yang duduk diam-diam study, aku pun naik berkulat lar..Tu yang semua pun terasa tak kena jek...Grrrrr...

Balik aku singgah Carefour depan rumah. Beli meja, sebab nak bersungguh buat kerja background tu. Hopefully this weekend, aku tapau giler-giler! Monday boleh present! Kau tengok r, luxury baby, aku pun boleh buat BP best r....!

Something best happen! Aku buang kotak tu siap-siap, tanpa mengetahui instruction manual tu ada lukis kat kotak! Aiseh! So aku jadi arkitek/engineer la tadi memasang meja DIY tanpa manual! Hahaha Berjaya lar..Tengok ar sapa yang pasang...! :D Ni sakit-sakit jari sebab putar skru! Huhuhu tapi best, aku memang suka assemble barang...

Tak sabar nak tunggu MG aku! wahhh...i bet, seminggu dah siap! haha Orang lain, amik sebulan mau..hihihi Oklah, perasaan sangat seronok sebab menulis kat meja baru. Bukan apa, sebelum ni meja Jepun. So tak boleh lama-lama, nanti sakit belakang! Orait..aku nak pergi minum, celebrate my success! :)

i'm rocks!! :D

Thursday, 10 November 2011

Metamorphosis

Aku benci perasaan ni, perasaan seorang kalah!

Apesal ar...kenapa aku sedih pula? Sedih kerana terharu kah? Aku merajuk kah? Tapi aku memang malas nak cakap dengan kau. Kau asyik sibuk je kan?

So hari ni kau tak sibuklah? Sebab kau akhirnya break the silence. Yeay! Aku menang..tapi aku kalah juga!

Sebab kau adalah sesuatu yang paling susah nak aku tinggalkan. Paling jahat yang aku sanggup maafkan. Paling kejam yang aku diamkan. Paling jauh yang aku dekatkan. Paling menyampahkan yang aku sanggup terima! (See, bodoh juga aku ni! Buat abis duit belajar tinggi-tinggi jek! akaka)

Aku rasa kalah sebab banyak kali aku nak buang kau jauh-jauh, nak tinggal kau kat mana-mana je..tapi tak boleh! Sebab setiap kali pun, kau cuma cakap 'Sorry' (don't know if you really mean it thou..) and aku boleh terima. Aku benci kau, dan semua yang kita pernah ada..dan sampai sekarang pun aku tak tahu kenapa Tuhan takdirkan perkara yang 'membazir' contohnya memori kita..sebab aku tak nampak apakah akhirnya?

Ok, kau busy baguslah. Kau rajin. Dan aku cuba beri kau sokongan dengan tak nak kacau kau. Dan bila-bila masa, kau boleh mengadu kau sakitlah, penatlah etc Aku akan jadi superwomen yang support kau 100% Guarantee! Tapi lepas tu kau sibuk memanjangggggg...at some point aku rasa 'lupa' pasal kau..then aku rasa kau tak perlukan aku kot..? Kau dah boleh berdiri sendiri. So aku pun nak abandon kau kat mana-mana...

Tapi aku tahu, tak boleh! Sebab kalau kau tak ada, hari-hari aku pun jadi perlahan..everyday it will rain..(huiyooo! :0 metaphors tu!) Dan lepas tu kau pun cakap sorry, dan kita bermula semula...

*Ini cycle butterfly ker? Metamorphosis?

i understand the burden if you choose my side..

*Mungkin, sebab kau 'paling' seperti di atas, jadi aku selalu kena berusaha. Selalu tak boleh sit still, kau buat aku 'bergerak'. Kau buat aku 'bernafas' dalam dunia yang aku rasa 'mati'. Kau buat aku constantly challenged..

Ok-ok, sekarang aku dah faham! :) Alhamdulillah, ilham...!

tiada tajuk

Kalau orang putih, di panggil 'untitled'..

Kenapa untitle? Sebab hari ni banyak perkara dan rasa beraduk dalam diri. Di penghujung hari, yang ada adalah tanda tanya tak berjawapan. Selain tu, kisah lama yang malas nak ingat lagi..

Ada 'dingin' perang kat 'cakerawala' hari ni sebab email yang aku hantar. Aku tanya je, nak clarify. Kenapa dia buat BP yang aku buat juga? Sebab aku dah bagi draft aku kat boss, cemana dia pun buat draft dia pula? Mana satu dan siapa sebenarnya patut buang masa buat BP tu?

Si luxury baby ni la, aku tahu la kau senior sikit dari aku, tapi tak payahlah poyo-poyo reply email aku and cc semua orang. Aku tanya dia sorang jek..jaga privacy dia as if dia sangat special! Dia pula reply and cc semua management! Cis! Ini sudah cari perang ni....!

Tak kisahlah kalau kau senior amat-amat pun, tak payahlah buat something yang not yours. As if kau tak boleh cakap dengan aku, minta aku buat BP lebih menarik, bergambar sana sini segala? It's my project! Kau dulu tak belajar 'territoriality' meh? Sebab kau senior kau boleh email apa-apa je? Sebab kau executive kau boleh overshadow sapa-sapa je? Paling penting: Kau dah tak ada KERJA LAIN dah ke? Sampai ada banyak masa nak buat BP aku?!

Kalau free sangat, kenapa dari awal tak kau angkat tangan volunteer nak buat BP tu?! Kenapa tak kau halang boss hired aku to manage the project? Why? I heard kau dah sibuk tak cukup tangan dengan kilang, dengan certify, dengan itu-ini (yang tak nampak apa-apa tu!). Tapi ada masa nak buat BP yang dah terang-terang ada project coord yang handle! Siap ada assistant lagi. Kau nak suruh kitorang buat apa pula kalau kau nak buat kerja kitorang nih? Apa motif kau nih!?

Ishh..dulu si makcik soseh-soseh, ni luxury baby ni pula! Apa masalah korang ni? Tazkirah tiap-tiap pagi dah bagi. Solat tiap Zohor-Asar dah jemaah. Siap ada mini-tazkirah lagi lepas Asar. Tu pun tak cukup bagi korang sejukkan hati tu? Eii kawan, ansar tu tak besar mana pun. Sorong-tarik, dapat kat kita-kita juga. Yang nak berebut sangat ni kenapa? Yang tergugat sangat ni apesal? Tak boleh mesyuarat lagi dah? Tak boleh ijma' lagi dah?

Kenapa aku bising pasal BP tu? Sebab nanti semua orang, tanpa disedari, buang masa buat benda yang sama! Sedangkan boleh buat benda lain. Nanti korang juga mengadu, overload la etc Lagi satu, at the end nanti, apa yang aku draft tak sama dengan yang kau draft..macam mana nak finalised? Nak kena check balik satu-satu...masa lagi...tu pun kau tak boleh fikir? MMU tak ajar ke dulu? Kalau MMU tak ajar pun, kau tak boleh fikir? Dulu kerja Matrade-mark tu tak belajar territoriallity? Superiority? Office communication etiquette? Kau melancong sana-sini, dok agungkan sangat Singapore tu, mende simple macam ni pun kau tak boleh fikir?!   

Ok, dah tamat satu chapter.

Seterusnya: Rupanya perangai si makcik soseh-soseh yang turut mengalami "syndrome-tergugat" tu bukan hanya menjentik hati aku, rupanya webmasta baru aku ni pun sedar! So masa lunch dia mengadulah pasal 'seorang' ni, alih-alih aku tahu sapa! Sangat obvious! Sampai kitorang tergelak-gelak tak sangka kitorang sama pendapat! Hah! Memang sah, webmasta ni pun turut memberi pendapat, yang diorang tu jadi macam tu sebab rasa tergugat!

Masalahnya, siapalah kitorang ni nak gugat korang? Kitorang baru lagi, mungkin ada pengalaman sikit, background company previous besar sikit etc Tapi last-last kitorang kat ansar juga. Maknanya kita sama je..Sepatutnya kitorang yang tergugat, sebab korang dah lama. Boss pun senang faham korang punya mind instead of cara fikir kitorang. Tapi kenapalah korang yang tergugat? Or actually korang ni saja nak bagi tau power korang? Eley aku tak heran! Kau ingat aku heran sangat? FYI masa aku sekolah dulu senior aku (ketua pengawas aspuri) siap nak lempang aku sebab aku tak ingat dia kelas apa! Aku peduli apa? Ada aku kisah kau kelas apa? Kau pun bukan tahu sangat, aku kelas apa! So, fair la!

Huh..lega! Tamat chapter 2..

Next: Terserempak kawan lama, eceh! Kawan? *wink2 Haha Dia memang kawan, kawan yang baik. Selalu pun dia sangat baik. Tapi janganlah baik sangat, nanti orang pijak-pijak kamu! Hakikatnya, kita sama rata. Masing-masing ada kelebihan. Tak ada bodoh-pandai. Dulu aku paling tak suka bila dia mengaku "saya orang bodoh".

Aku speechless.

Dari segi pendidikan, dia memang tak berpendidikan tinggi. Tapi dari segi hati, dia lebih baik hati juga. Selalu ambil berat tentang orang lain. Selalu tak pentingkan diri sendiri. Selalu kacau aku, tapi sebab dia seorang yang pentingkan kawan! :) Dan paling penting, satu-satunya yang panggil aku dengan gelaran yang aku rasa paling comel kedengaran di telinga! wahahaha

Dia dah sedikit berubah berbanding dulu. Bila aku tanya kenapa, dia cakap sebab dulu aku suka usik dia! Dia dah menyesal hingga berubah! hahaha Tapi, jujurnya aku rasa dia yang dulu lebih comel dari sekarang! Betul ni, tak tipu.. :)

Tutup chapter dengan senyum :)

Last: Aku dapat komen dari seseorang. Ok, post tu memang agak kontroversial, tapi itu kebenarannya. I'm rebellious, remember? Thus I wrote what I like.

Rasanya aku kenal dari siapa. Aku tak nak publish komen tu sebab aku rasa tak perlu. Thanks anyway, for the longest komen...

Sebolehnya aku tak nak tahu apa-apa tentang kau. Bukan kerana benci, menyampah dan yang sama waktu dengannya. Tapi aku tak nak sakitkan kau lagi, sebab sakitkan kau hanya akan menyakitkan aku balik! Aku benci perasaan sakit tu..

Aku memang suka batman, tapi aku juga bukan orang jahat!     

Tuesday, 8 November 2011

Soal hati

Mari cakap pasal hati..

Aku pinjam dari blog yang aku jumpa..http://suriadihatiku.blogspot.com/2010_06_01_archive.html


"Kata Hassan Al-Banna; Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaik-baiknya!


........


Kalau umurku panjang, akan adakah seseorang yang baik disisiku yang akan menjagaku sepenuh hatinya? Ku tunggu cinta sejati ku dari Allah".


Aku rasa, blog tu budak kecik yang tulis! haha Tapi dia telah memahami dunianya. Bagus! Semoga dia lebih faham bila dia semakin dewasa.. :)

Sejak akhir-akhir ni, kepala ku pusing! Bukan soal kerja, tapi soal hati. Ah! Benci betul! Terasa sangat susah, hanya untuk menterjemah hati sendiri! Setahu aku, aku selalu guna bahasa melayu juga. Tapi entah kenapa, susah pula aku nak faham maknanya! Haish...

Salah ke kalau aku cakap; hati tu memang dalam badan aku. Fizikalnya. Tapi apa yang hati tu rasa, pilih, mahu etc adalah diluar kemampuan aku untuk kontrol. Betulkan?

Dan kerana hati + kepala batu ni, aku terasa dunia berpusing-pusing! Bukan sekali, banyak kali aku persoalkan; kalau tak kesampaian, kenapa manusia ada perasaan? Kenapa cipta manusia dengan perasaan terutamanya cinta/sayang? (Segan sebenarnya nak tulis dua perkataan tu! ahaha See, aku orang besar yang kecik pemikiran!)

Arghhh kalaulah boleh aku buang dalam longkang ke, dah lama dah aku buang. Tak pun, hantar kat rumah 'perasaan yatim'. Ahahaha Bengos..Tapi, tak boleh. The more aku cuba, the more aku pusing! Ok-ok, aku nak kahwin. Aku bukan nak bercinta. Definasinya berbeza sebab tujuannya lebih jelas. Aku nak mulakan hidup baru yang lebih baik. (Two is better than one? Eceh..speaking pula!)

Masalah aku ialah, orang selalu expect aku sudah berpunya! Hahaha Aku pun tak tahu, tang mana diorang tengok tah..dari dulu lagi..dari zaman aku sekolah-sekolah! Well, taklah kritikal. Tapi, sure orang takut nak approach kan? Aishh....runsing!

Sebenarnya, aku tak sabar nak jumpa 'en. ekhem2' ni. Sebab aku teringin nak tahu, cemana rupanya? Siapakah beliau? Sangat hebatkah? Hingga semua orang tak berani dekat aku, sebab dari awal lagi orang dah anggap aku telah dimilikinya..(ahahaha dimiliki? wajar sungguh perkataan nih!)

Tapi tu r, dia tak juga sampai-sampai! Emak bapak aku tu dah malas nak tanya, aku pun dah naik segan dah nih. Adik beradik plak, tak habis-habis nak usik. Ish..tensi..tensi..Aku tak marah pun, cuma kadang tu aku harap tak menghampakan sesiapa. Dan sebenarnya, buat yang beranggapan aku telah berpunya; aku sangat ingin nak bagi tau siapa en. ekhem2 tu, duduk mana, umur berapa, kerja apa...sangat ingin nak tukar status kat fb 'enggange or married to'..sangat ingin nak upload gambar baby kitorang..tapi...

Aku single lagi lar...and aku pun tak begitu suka fact tu! (..muncung..)

Ok-ok, enough there..selebihnya aku nak tulis. Kalau aku panjang umur, wajarkah aku cari hati yang sudi menjaga aku sepenuh hatinya? Sebab aku nak bagi hati aku pada Allah. Bila hati aku ditemukan dengan hati en. ekhem2 tu nanti, cemana pula? Kena pula bahagi dua! Sebab aku seorang yang loyal, virgo-an memang macam ni! kikiki So cemana? Apakah pandangan anda? Mesti runsing!

Soalan orang runsing 'ni' memang selalu merunsingkan! kakaka

Oklah, soalan tu mengarut..! yang sebenarnya, aku tengah sakit hati. Atas sebab-sebab berkaitan di atas juga la..aku tak tahu mana nak cari ubat nih! So aku harap, en. ekhem2 sudi menjadi penguat semangat aku menghadapi hidup ni dan buat persediaan untuk hidup abadi lepas ni. Tu jek...*cepat-cepat sikit datang! akakaka

*ditulis sempena tarikh hari jumaat minggu ni..nge3x bengos tahap merah! tahap amaran dah nih!



I'll never be your mother's favorite, your daddy can't look me in the eye. If I was in their shoes, I'd be doing the same thing

Tuesday, 1 November 2011

clock start now

Dah lama tak makan sushi :(

Sejak-sejak Sushi King dah tak lagi halal, dan begitu juga kebanyakkan sushi yang ada kat Malaysia, aku dah tak makan sushi lagi..kalau dulu, suka menghabiskan masa tertekan dengan makan sushi + wasabi! Mencabar diri makan 'pedas' wasabi yang 'menggigit' kerongkong dan makan ikan mentah! haha

Tiba-tiba teringin nak buat sushi sendiri. Hmm..menarik! Since raya haji ni aku maybe tak balik kampung, sebab minggu lepas dah balik. So aku plan nak buat experiment dengan sushi! Wa..jemput la ye sesape yang tak balik beraya untuk mencuba sushi saya nanti :)

Selain tu plan untuk mendaki bukit-bukit dan gunung yang ada kat Malaysia ni especially area dekat-dekat KL, Selangor ni akan diteruskan juga. And dengan kak yatie aku ada plan nak design baju-baju ladies collection untuk online market. Hah..mana tau aku ada bakat as fashion designer?

Kenapa dengan fashion? Sebenarnya aku hampeh buta fashion! Haha Tapi bila jalan-jalan dekat butik dan tengok kebanyakkan baju yang ada, and dengan bakat menjahit warisan turun temurun ni; aku rasa sebenarnya tak susah nak jahit baju. Mungkin beza kat sini ialah 'mereka' baju-baju tu atas kertas, cari fabrik, ukur, potong dan cantum. Lepas tu, walah ~ jadilah baju yang best!

At the beginning ni tak perlu buat banyak, mungkin beberapa design dulu. Testing the water. Then kalau ok and aku punya skill pun dah makin baik, who know, I can be the next fashion designer! Huiyoo...Jauh betul berangan! Tapi, kan semua pun bermula dengan angan-angan? Aku inspired by my boss yang suka bagi 'peluang' tak kira bodoh macam mana pun idea yang dia dengar!

Alasan dia; saya dah ada rumah, kereta, motor etc semua saya dah ada. Tak ada apa lagi yang saya nak beli. So saya nak bagi peluang awak semua merealisasikan impian awak.. *Macam tulah lebih kurang. Tapi bab semua dia dah ada and tak ada apa lagi dia nak beli tu, memang betul! Dia memang dah ada semuanya...

Latest news, boss setuju idea aku nak buat cafe ala Marche! Yeay! Aku suka la boss nih! Senang aku nak bayangkan mana kitorang nak pergi, sebab vision aku sama macam dia! Wahhh...seronok! :D Cuma kadang-kadang aku takut juga, takut kalau aku terlalu seronok and puas hati dan selesa dengan semua yang dah ada. Sampai aku mungkin lupa diri  pula nanti....ish3x Doakan aku berjaya hingga akhirnya, tapi tak lupa diri, ye?

Assistant aku pun dah masuk tadi. Fresh grad juga la, belajar kat Morocco. Kalau tengok muka dia, agak poyo la..tapi aku belum sempat nak sembang panjang-panjang dengan dia. Hari ni meeting website sampai naik lebam! Dari semalam lagi sebenarnya, dan esok! Tak kisah, janji ada progress! Hiyarkkk...!! Dan kemasukan beliau ke dalam team kitorang hari ni, mencukupkan team dan juga menandakan bermulanya perjalanan sebenar plan business kitorang yang sebelum ni! Ganbatte!

Looking forward for a more busier me! My mind is sharper when I'm busy..plus I'll be more appreciate with free time I have when I have no more free time! Haha

Aku ke yang angkat tangan tu?