Thursday, 29 September 2011

sambal oh sambal!

aaaa...ngantuknyer! hari-hari berlalu dengan perlahan..atau sebab aku tak tahu apa nak buat? ahaha malas juga nak menulis sejak akhir-akhir ni..macam x de apa nak direbelkan! haha

anyway pagi tadi ada open house final! sebab syawal dah habis pun sebenarnya..rumah ustaz yang bagi kelas pagi-pagi tu. ustaz tu simple je, jawa-jawa sket. muka sebiji macam arwah atuk aku! walau pun tak pernah jumpa, tapi aku ada nampak gambar atuk aku tu..hihi seronok la juga dalam kelas dia. sebab bayangkan dia atuk aku! ahaha

menu biasa je, sesimple beliau sendiri. mee hun goreng dengan nasi lemak. ada la sikit kuih pencuci mulut dengan buah-buah. tapi aku rasa paling best ialah ayam goreng dengan sambal dia! huiyooo...best! rugi aku amik satu jek ayam tu!! ahaha

sedap woo...crispy, tapi juicy. sambal plak cukup masin-pedas nya..ish3 teringat sambal mak aku! mak aku sangat pakar membuat sambal!! hihihi sebut je sambal apa, sure sesuai dengan hidangan lain..aku pun x sure cemana mak aku boleh sangat expert completekan sambal tu dengan hidangan lain secara sangat berjaya!! hahaaha ada sambal ketuk, sambal goreng, sambal tumis, sambal belacan, sambal pecal, sambal lada+tempe mentah2, sambal ikan goreng+lada, sambal lada kering+air limau, sambal bla bla (*kecur dah nih!)

memasing sibuk le nak belajar buat sambal dengan wife ustaz. ki3 aku jek segan-segan..aku kan baru lagi! surelah segan. yang lain tu ustaz dah kenal dah nama diorang..perghhh..macam kelas-kelas dulu-dulu :D aku terlupa nak amik gambar ustaz tadi, kalau tak boleh show kat bapak aku; sebijik cam arwah atuk! :)

hish...malas betul berfikir sekarang..! right now teringat-ingat ayam goreng wife ustaz masak! ahaha tu sebab balik tadi aku singgah juga KFC! tapi, x de sambal...hahaha x pe, weekend ni kalau aku balik kampung or lepaking umah adik aku, sure aku prektis buat sambal banyak-banyak! buleh buat bekal lagi....hehehe

sign of a YUMMY3 sambal :D

Monday, 26 September 2011

setapak!

sekarang aku tahu macam mana perasaan bercampur baur! haha aku sekarang rasa suka dan rasa takut! ermm...dan sekarang tengah hujan..hihi

aku takut lagi, sebab tadi meeting lagi. aku suka sebenarnya sebab vision boss sama dengan vision aku! (*howyehhh..!!) memudahkan kerja aku, so tak la aku plan beriya nak ke tokyo, rupanya diorang just nak pergi thailand je! haha

tapi at the same time aku takut kalau aku tak boleh handle team tu. tak boleh lead team tu. one of the concern is -- diorang dah lama while aku newcomer. cemana nak lead orang lama? my internal challenge ialah mengubah cara fikir mereka yang dah 'biasa' or 'imun' dengan 'persekitaran' tu. mengubah atau membawa ideologi baru yang sesuai dengan vision boss.

selain tu, diorang dah ada understanding on each other while aku still searching and try to understand them. hmm..tapi agaknya kenapa boss approve nak amik aku join team tu, kalau dia tak rasa aku boleh buat job tu? betul x? mesti ada sesuatu yang dia nampak/dengar dari aku yang menyebabkan dia merisikokan initial planning ni kat aku..hmm....

makin takut! (AHAHAHAHA)

ok-ok, tu internal challenge. aku akan study on team management dan aku yakin leadership skill adalah sesuatu yang boleh dipelajari. bukan hanya natural talent! (*sekurang-kurangnya ni adalah fakta yang aku pernah baca..!!)

external challenge pula is to put my plan into words. into proper words. aku dah faham visi boss, so aku nak letakkan visi ni semua atas kertas. cabaran nih! dan ini pun ketakutan aku juga, since aku tak tahu mana nak mula...! ermmm....mmm...aaa...

mana nak mula jek, bukan susah sangat, kan? mula jek, dan aku akan dianggap telah bermula! tapi mana nak mula tu..? bila dalam kepala ada banyak idea, ada banyak canggih manggih, aku tetiba tak tahu mana satu paling penting. hmm..inilah kepentingan project management..kakaka

lets put my study knowledge into real! huuuu....

lagi satu challenge ialah aku risau dalam masa tiga bulan ni aku tak perform well! aku memang understand plan boss, tapi kalau aku too passive to give my response, nanti sure dia ingat aku ni tak de advantage, and waste his money hiring me! x mou la camtu kan..aku dah rasa ni mende paling menarik aku pernah buat, bakal buat, so aku tak berminat nak menghampakan harapan diri aku ni! juga harapan boss! hihi

oklah, aku anggap ini peluang yang diorang bagi kat aku. budak diploma uitm jek, yang tengah sambung degree part time (tapi entah bila nak habis!), yang tak de experience in business (melainkan angan-angan!), yang tak ada sebarang keistimewaan dari segi contact or networking or even tak pernah pergi tengok business oversea! aku akan cuba my best!

*aku rasa aku dah 'bermula' pun sebenarnya! :D

ok hari hujan..hari ni ada orang cari aku!!! ahaahaha *adeii malunya saya! after sekian lama, akhirnya dengan senang hati jek dia meng'ooii' aku petang tadi! dah le boss ada depan aku, malu nyer sengih-sengih tengok lappy!! (*tapi berjaya control sengih supaya tak berlebihan!). ok, kesimpulan (*sebab aku malas tulis kat sini panjang-panjang!) dia kurang busy sekarang. tu sebab dia ada masa 'hi' aku. plus, aku sampai tersedak-sedak petang ahad sebab ada orang 'sebut' nama aku! hihihihihihihi

anyway aku masih suka hari hujan, walau apa pun yang berlaku. bukan kerana hati aku tersangat lembut lalu menjadi mengada-ngada, tapi sebab aku rasa, macam boss aku juga. kenapa dia beri aku kepercayaan untuk handle team tu? sama kes dengan dia ni, kenapa dalam banyak masa dan keadaan, dia masih sudi meng'hi' aku?

*everything happen for a reasons! :D 


a journey of a thousand miles begins with a single step ~ Lou-tzu 

(a more correct translation from the original chinese would be "the journey of a thousand miles begins beneath one's feet." rather than emphasizing the first step, Lou-tzu regarded action as something that arises naturally from stillness. another potential phrasing would be "even the longest journey must begin where you stand." michael moncur).

and BELIEVE that i can do this, is my firm stand. i'm standing on a firm believe that i can!

mood

aku baru perasan sesuatu..rabu ni syawal ke-30! makananya raya dah habis..!! haha tapi tahun ni adalah tahun yang paling lama mood raya tu terasa! sampai betul-betul sebulan! ceh..

selalu cuma first week jek, lepas tu dah continue hari-hari biasa. tapi this year, sampai sebulan! maybe sebab kadang-kadang masih kedengaran lagu raya dari radio. and rumah terbuka pun sebenarnya masih ada, walau dah hujung-hujung nih...

tapi oklah, aku suka raya mood nih... :D

lagi satu, penerbangan pertama jemaah haji dah pun berlepas kalau tak silap sabtu. awal gilak..tak pelah, amik mood kat sana hihi tiba-tiba terasa macam best pula kalau pergi haji tu! haha *hajah rebellious??? wahahaha insyaAllah, aku nak pergi by age 35+ before 45+ so masih sihat dan kuat nak ke sana ke mari... :D

hmm..bila musim haji dah start, juga menandakan raya haji atau raya korban dah dekat! haha raya lagi..! one thing yang aku suka pasal raya haji ialah takbir selama tiga hari. selalunya nilah masa aku tebus balik takbir raya masa 1 syawal yang tak sempat dengar dan ber'syahdu'..!

raya haji dijadualkan pada 6, 7 & 8 nov nanti...looking forward for another raya! :D

Saturday, 24 September 2011

ilham

huiyoo...hari yang penat! tapi at my own time since dapat kuar dari office.... :D

hari ni pergi putrajaya buat promosi web kitorang. sekali lagi aku jadi bengang bila tengok 'bookmark' yang sungguh melepas batuk di tangga! dah le x bertebuk, cemana orang nak tau mende tu bookmark tah..? lagi satu, info dalam bookmark tu pun hampeh! nak promote web, tapi nama address web tulis kecik je! sungguh membazir....baik tak yah print! dah le ada beribu...arghhhh!!

dah le tu, 'budak' ni pun satu. taw nak pergi KUD kat putrajaya, pergi la pagi. tak la panas sangat. ini lepas sembayang jumaat baru nak pergi! akuuuuuuuu juga berpeluh-peluh menahan panas dengan baju kurungnya! dah le tak inform awal (sepatutnya aku pergi kl, jumpa client kat traders hotel. tapi tukar last minute pagi tadi sebab-sebab yang tak diketahui..)

aku tak la bengang sangat tukar plan tu, tapi kenapalah suka tak plan betul-betul? tak kena masa dan tempat. conlusion: fail to plan is plan to fail!! sh&%! penat! sampai rasa nak patah pinggang berjalan tak henti di terik matahari...haish...

lepas tu boleh pula pergi open house mdec kat cyberview! dah busuk-busuk tu! kakakaka lantak lah kau..then aku dah le tak taw apa, tak kenal sape, pergi open house?! makan je la..tu pun, tak selera sangat, sebab dah penat! aku minum je larat, lain-lain tak usik pun! (*so skarang da lapa nasi!! haha)

anyway baru lah aku tau, team aku dua orang ni x-mmu! background in multimedia diorang memang kuat r! segan gilak aku nak compare dengan diri yang ada diploma engineering jek nih! haha dah le tu, diorang ni sebaya dengan aku, tapi dah ada property around cyberjaya etc! adeiii jeles....tapi x pe, insyaAllah yang penting bukan apa yang kita ada, tapi macam mana nak mula adakan apa yang kita tak ada!! and nak buktikan uitm + oum ni pun ada gak kelebihannya! hiyarkkkks...

push factor no 2!

esok pagi-pagi nak kena pergi pasar pula, promo sos! hmm..tetiba dapat idea r&d. best gak bila join business team ni, boleh jadi creative..something yang best! and rasanya boss pun open to suggestion, tu yang lagi menarik. kat ansar, aku rasa mostly muda-muda. young talented people. (*talented lah sangat aku nih! haha). so aku rasa bertuahlah since selected to join in and can contribute more - more - and more..sampai finally aku sendiri boleh grow..insyaAllah, amin :)

dah 4.20am..sekarang balik-balik terus tidur. ni nak kena buat business plan untuk monday meeting plak on sunday! huish..akotnyer saye...roughly dah ada dalam kepala, nak buat presentation pun tak la susah sangat since dari dulu aku cool jek kalau bab present ni! cewah! tapi tak tahulah sekarang, since dah lama tak present, apatah lagi in front of business minded people! waha..anyway, hopefully semuanya ok :D

tapi dalam sibuk-sibuk ni, teringat juga pada seseorang! akaka yang semestinya tak ingat kat aku..sebab last time kat iql, hari-hari dia start 'hi' aku dengan ikon (sun) or morning..tapi sekarang senyap jek...hmm..busy??

Friday, 23 September 2011

niat

ark....dah pukul 4am! aku nak tulis dalam satu jam sebelum tidur balik on 5am! ok-ok cepattttt...

sekarang tidur agak kritikal. entah macam banyak sangat yang dibuat, by 6pm aku drive home dengan perasaan mengantuk yang sangat-sangat! kadang sampai nak marah keta depan "cepatlah!" sebab dah ngantuk giler!

aku rasa akulah duduk paling jauh dari office, adalah dalam 30km! tu sebab pagi tadi aku decide kena juga teruskan plan beli motor demi save budget dan lagi pun dari aku bayar tol and minyak sebulan dekat 400, baik aku bayar 400 tu kat kedai motor. dapat juga sebiji 'harta'...hehe

abang aku tak kisah kot since aku memang akan guna highway 100%! dari pintu rumah aku, sampai pintu office, memang dekat entrance/exit point tol..so x bahaya since luas and tak payah gaduh-gaduh bersempit dengan kereta. by the way, office aku ada banyak company car! so in case aku nak pergi mana-mana jumpa client ke etc, aku drive je la..ixora je ada untuk aku since ixora je auto! lain-lain manual...huiyooooo......

so now i'm eyeing on a scooter..... :D

ok, continue dengan research kita. hari ni aku ada discussion with my team. so i tell them what i think about our very 'kampung' web. ini akan tukar, scheduled by Nov, then by Dec adalah untuk pilot test. hopefully by jan 2012, all out! cun-cun! at the mean time memang kena cari product with as many iks as we can.

ok speaking of product, hasil discussion dengan kak yatie masa lepaking hari tu pun aku highlite kat diorang. masalah juga since diorang ni dah hard-core with ansar, so understanding diorang is genuinely for good caused. aku pula eyeing to get as many clicks 'buy' and going global. orang kata guna satu batu untuk dapat dua burung? hehe something like that.

but diorang ni take too long and talk too much sometimes! contohnya diorang nak tau which platform bagus untuk web baru, tapi nak explain panjang sangat. siap tambah diorang punya personal experiences la which is 'aku tak tanya pun!' (hahaha). betul what? citer sikit-sikit sudah la, since we dont have much time. and aku rasa ini adalah kelemahan team yang tak 'mixed up' dengan other 'elements'...

ok, maybe diorang dah sangat selesa dengan environment diorang. thats why diorang tak berkobar-kobar dan tak nampak dari banyak sudut. aku tak katalah aku sangat vast experience, tapi this is business. business should aim unlimited, not limited to certain group only. that will be a great waste, since we have the opportunity to make it great! i want to use it, and i hope they also understood this new objective..

speaking of this, made my mind goes back to one 'face' i know so dedicated on branding..hehe dear friend, RIP

itu apa yang aku rasa kat ansar, setakat ni. selain tu tadi kitorang rombongan lunch beramai-ramai kat satu restaurant ni! office kitorang tu ada dalam 20 orang je, more than half makan sekali. seronok la :D rasa macam we're big 'family'...hope this good relations continues and getting stronger with time..

apa yang diorang rasa plak? since the day i join in, apa yang diorang cerita and share, exactly macam yang aku pernah fikir dan rasa! sampai ada satu cerita yang hampir sama! kebetulan je tu, tapi that make us understand each other, hopefully.

ok, dah pukul 5 lebih! time is up..sampai sini dulu, jumpa lagi esok :) wish for a greater and better day ahead, to all of us..

dear Allah, please give us a work with real value, without which the world will be poorer. ~ from "how starbucks saved my life", micheal gill.

Wednesday, 21 September 2011

dari kerana nama

dah penat, pergi sana sini selepas kerja. ada hal mesti dibuat disamping meeting kak yatie, lepaking! hehe tak lepaking kosong yer...meeting business nih! wahhhh.... :D

memulakan hari ni dengan gembira dan ceria. entah apa yang aku mimpikan malam tadi! haha tapi aku pun tak pasti, yang nyata walau pun aku keluar 8.30am dan ada masa cukup-cukup untuk sampai office, aku still drive dengan tenang dan....happy :) alhamdulillah cuma tak pasti kenapa. maybe aku dah confess 'something heavy' the night before?

anyway, office ramai tak ada hari ni. eventlah, training la. so ada balance lebih kurang sepuluh orang kot yang sibuk (operation) dan business (aku) yang (hihihi) menyibuk! pura-pura sibuk? tak lah...aku study sungguh-sungguh tau! find the difference between boss favourite website dengan apa yang kitorang ada. honestly web kitorang sangat kampung! haha so my job is to plan for upgrading it and make sure the plan work!! haiyarrrkkkkk...

something challenging since aku tak pernah buat and as i say selama ni "business plan" hanyalah sesuatu idea yang hanya berada dalam minda dan mimpi. but now i have to writes it up and plan and monitor the progress and work whats been writes! wahhhh...akottt!!

push factor!

seharian menatap dan mengkaji web yang ada, sementelah aku jek sorang budak business yang tinggal; petang bos panggil nak tau apa yang kitorang discuss semalam. erk...entah kenapa garang pula muka boss hari nih! makin gabra lah aku jadinya! haha tersangkut-sangkut jugalah nak explain apa terjadi semalam dan apa aku buat hari nih! tapi nasib baik setengah jam jek! ahaha

penakot lah saya nih rupanya! wakakakaka

dia tak nak tau banyak pun, tapi boss and puan nak explain further apa yang dia nak aku buat. next monday ada lagi meeting. ahaha! meeting sajalah jawabnya! x pe, aku suka...since dari situ aku tahu apa yang diorang nak dan aku pun boleh bagi tau apa yang aku fikir. tak semua yang aku fikir betul, dan tak semua yang mereka nak tu best! kikiki fair and square..

i'm allowed to be creative! this is what i like..ngeh3

ok, aku cakap nak buat research sal office ni kan? tapi research ni hanya kita-kita tau. office aku tak tahu menahu! kenapa aku tulis? mungkin sebahagian dari aku tahu inilah yang aku cari selama ni. cuma mungkin sebahagian lagi masih degil dan belum mahu akur pada realiti ini...aku anggap ini info berguna untuk semua yang mahu ambil tahu. dan aku akan sangat-sangat bersyukur jika tulisan/info ini dijadikan contoh. sebab praktikal ni memang baik pun..insyaAllah :D

ok, routine kat ansar ni bermula dengan morning sermon dari lain-lain ustaz yang merangkum macam-macam bidang. hari-hari ustaz berbeza akan bagi ceramah atau pun kelas agama selama satu jam. kadang-kadang lebih, bila ustaz tu terlupa nak tarik hand-break! ahaha

masa mula-mula, aku sangat terkejut sebab ustaz dah terlebih satu jam! dalam hati aku, dok pikir, budak-budak ni tak payah kerja ke? tak ada kerja dah? haha aku tak tahulah, since aku baru lagi..kerja diorang, manalah aku tau. kan? kan?

then lunch break 12.30..satu jam, which by 1.30 azan zohor. dan kitorang wajib solat jemaah zohor dan asar. berlarilah masing-masing lepas lunch nak amik wudhu' dan solat jemaah. dalam pukul 2, selesai. then dalam pukul 4.30 masuk pula waktu asar. lepas asar, ada lagi satu session 'refleksi' which is sesiapa pun boleh berkongsi apa saja lesson sepanjang hidup dia atau pun nak baca dari buku. then ada sikit discussion on the issues or Q&A session. ini ada jadualnya! and aku pun gabra gak bila fikir apa yang boleh aku kongsikan dengan diorang semua nih bila tiba giliran aku nanti???

actually refleksi tu nak membina comunication skills among us. which is bagus and perkongsian dan perbincangan macam tu pun sangat bagus, sebagai renungan bersama. solat jemaah tu lagilah bagus! selamat dan sempurna dua waktu solat aku, tinggal tiga lagi yang menjadi tanggungjawab aku sendiri nak bagi sempurna! which is, obviously, shame to admit, memang sangat lemah....

honestly aku rasa kagum dan seronok berada kat ansar. rasa macam sekolah-sekolah dulu! tapi pada usia dewasa..anyway, aku memang pernah terfikir nak cuba environment yang macam nih. tapi setakat ni, doa belum dimakbulkan. thats why, bila aku diterima hari tu, dengan job role yang seolah-olah impian masa remaja dulu, aku jadi lagi seronok! senyum sampai telinga! haha

tapi, biasalah...aku memang jahat! walau pun sebahagian dari aku tahu, itu adalah apa yang aku mahu, tapi sebahagian lagi masih berhujah dan berdolak dalik tak mahukan tu semua! aku risau kalau aku jadi baik sangat!! tapi aku memang risau pun...hihihi risau yang nonsense! aku pernah bagi tahu mak aku dulu, aku tak nak jadi budak yang baik sangat! marah mak aku!! hahaha

i prefer argue than agree, see? *tapi insyaAllah, kalau aku dah agree tu, memang aku agree lah. aku ni keras kepala je, tapi hati aku masih lembut juga ye.... :D      

harapan aku ialah berada lama kat ansar. mungkin jadikan ansar tu pelabuhan terakhir aku? insyaAllah..aku harap juga aku boleh berubah menjadi lebih baik. kekal baik, selamanya. walau pun camtu, aku masih bertegas yang aku akan pertahankan pendapat dan pendirian aku terlebih dahulu, sehingga boleh dibuktikan salah. maksudnya aku nak jadi orang yang ada pendirian sendiri on certain issues. tak berkecuali dan tak juga hanya menurut...

ok, sampai situ dulu. sambung lagi esok tentang apa yang aku rasa dan apa yang mereka fikir di ansar...

hari ni birthday my dad! happy birthday daddy :D sebenarnya aku terlupa nak call!! bertuah! insyaAllah esok..kikiki

here i pray Allah to give my dear dad, a good health, a great patience, a strong iman, forgiven, loved, cared and guided in Allah's path, now and forever. love you xoxo (*from your naughty anak dara! haha)



*sweet muah =)
no matter how old we are, we always a little kiddo's to our dad!

takut

eish...tetiba aku bertambah takut plak! aku bukan takut hantu, tapi takut...

aku pelik dengan orang yang sangat baik. diulang, sangat baik! ada ek orang macam ni? hihihi sorry, being rebellious mysef, aku tak memahami cemana orang boleh berasa insaf dengan kadar yang sangat cepat!? umpama camni; pagi ada cikgu bagi tau jangan membazir. dan tengah hari orang ni dah jadi tak membazir malah berkemampuan mengajak orang lain jangan membazir!

wahhhhhhh........honestly, i have no words to describe them! angel?? :0

trend tempat kerja sekarang amat harmoni. dont get me wrong..aku first time experience keharmonian ni, for which i myself becomes skeptical; can they really have time to work? mungkin environment business ni memberi ruang untuk mereka tak perlu terlalu berlumba-lumba. atau pun memang ada 'sesuatu' di sebaliknya?

aku berminat nak mengkaji dan mengupas tentang ni lebih detail. so stay with me..mungkin sebenarnya aku dah tahu, korang semua pun dah tahu, tapi aku rasa menarik juga untuk dikongsikan secara bertulis kan? kan? hehe ni kira maca research la nih.. :)

*esok kita mula yer...

apa ketakutan aku sekarang? aku dah pun di 'brief' tentang job role baru. terkejut aku! sebab aku kena developkan satu business. walau pun masa interview dah pun diberitahu, dan aku tersengih sepanjang jalan balik, sebab seolah mimpi aku zaman dulu-dulu, jadi realiti hari tu!

dan bila hari ni, realiti betul di depan mata, dengan segala plan kasar yang boss nak (kat sini, big boss called 'boss' walau pun dia tak kisah langsung nak panggil dia budak botak..! haha *bukan aku cakap, HR tu e..), nak expand business to global etc aku tetiba skeptical lagi! kalau aku boleh buat, mesti aku dah jadi business-women myself? betul tak?

ada betulnya juga la...tapi mungkin ni ada 'sesuatu' di sebaliknya..?

tak dapat nak halang dari berfikir secara negatif, sebab SEMUA cabaran pun sebenarnya kita akan rasa tak percaya diri terlebih dahulu. mana ada orang yang YAKIN dari mula-mula lagi? so aku anggap, ni macam challenge for myself. and best, aku ada orang untuk measure and prove aku dah berjaya settle challenge tu atau tak...

honestly still too early to predict how far i can go. with my own emotional instability sekarang, yang menyebabkan aku rasa nothing is important now. everything can be delay or cancel anytime! aku tak sure this kind of challenge is suitable or not to be taken..i'm going to risk them and myself in any way. entah, as i said i'm emotionally unstable now! thou i look like ok...haha

aku baru perasan semalam, yang aku depressed on an issue which i can't figure which or what. you know you have probem when you try to avoid your routines or change your routine with something else different. contohnya selalu tidur 8 jam sehari, tapi bila depressed, boleh tidur selama satu hari! hmmm...my personal experience! or maybe rasa nak makan je, or sometimes tak nak makan langsung etc usually you will know since you know your routine..

so apa solution aku? aku tahu ada issue, tapi tak sure apa. so tak boley tackle..hmm...now just being quiet, oh ya..i think i want to try focus and engage on my current work like hell! haha mencuba mencontohi ex-papa yang gile kerja! dari dulu cuba, tapi tak tahu macam mana nak focus 100% attention to something!? any ideas, anyone? please feel free to share...domo arigatto gozaimas :)

aku harap dengan cara ni, aku boleh baiki diri for long term. have something to stick to as sometimes aku rasa too free till i can 'fly' anywhere, anytime, whatever stupid reason it can be! ow-ow i'm too exposed! but honestly, feel free to drop me any good advice, i think i'm gonna need it, desperately...! haha

and last, aku rasa aku takut dengan diri sendiri yang semakin 'tenggelam'...i should be the sun, which always raising, not sinking...