Tuesday, 2 October 2012

if you get what i mean

lama giler x menulis! gara-gara tensi teramat dengan hal kerja, masih berbekas sebenarnya...masih juga sibuk dengan pesonal aktiviti seperti bakal terbang ke Sabah beberapa hari lagi untuk menunaikan hajat tahun 2012 - mendaki..! aku takut sebenarnya, bukan takut jatuh. tapi takut ia terlalu tinggi! pengalaman mendaki bukit tabur terasa gigil kaki hingga mc 2 hari! takut sungguh hingga aku dah siap-siap apply cuti sehari berikutnya. bimbang sama kejadian dengan sebelum tu, cramp!



tapi rasanya insyaAllah masalah kurang stamina boleh di atasi, sebab aku sll main badminton lately. at least once a week, and pulun giler-giler. cuma lutut ni dah tua haha anyway kalau cakap pasal persediaan tu memang tak habis-habis. nanti aku post balik report untuk itu :)

sebenarnya ada satu hutang juga untuk up-up-and-away series 2012..tahun ni ada lokasi sangat istimewa dekat di hati yang aku pergi. kalau nak ikut duit poket, memang tak dapek la...nak cancel hari tu, tp tiba-tiba ada rezeki dalam akaun. so insyaAllah rezeki sama juga yang akan menaja ke kk beberapa hari lagi. alhamdulillah, terima kasih Allah kerana aturan yang begitu unexpected :)



fatal head collision tomorrow! 

sebenarnya in a rushing sebab nak menyiapkan satu kerja penting yang kena bentangkan esok! memang mati lah kalau kerja sebulan kena siapkan dalam satu malam. sebab tu sejak balik kerja tadi, drive lagi dah fikir macam mana nak solve, nak present in a way, my boss can easily nampak my point. ni pun satu hal besar, sebab aku memang x de mood nak fikir dari hari tu. ditambah dengan masalah last time dengan colleagues yang #$$%^ lagilah aku malas nak fikir.

benda kalau dah tak ikhlas nak buat memang tak datangnya ilham! kenapa aku tak ikhlas? tu sebab mereka-mereka yang #$%^&* tu juga lah! padan muka diorang! bwahahaha *tapi aku juga kena berjaga sampai esok! 


nak tulis juga, last few week after my up-up-and-away series tu, aku yang sangat tensen dan bodo telah meng'hi' beliau yang sedang sangat sibuk tu. sebabnya aku sangat tensen, suddenly terbaca satu web yang sangat comel! terus jatuh hati, especially aku rasa sangat 'familiar' dengan watak tu. terasa sangat 'dekat', conversation pun terasa sangat 'mudah' difahami! if you get what i mean..aku pun bg link tersebut kat beliau. jawapan beliau --> saya sibuk, nanti saya tengok balik. ada meeting...

jurang paling dalam yang aku sengaja terjun sendiri!
haish..susah kalau orang dah sibuk amat. x pe, as i know i'm not important as before :) ngeee... *tiba-tiba sakit hati pada boss aku hilang, sebab aku lebih sakit hati dari sakit hati kat boss! haaaa....! 

tadi colleagues yang satu floor ngan aku mengadu "kami nak cik-rebel (bukan nama sebenar) yang lama!" dengan alasan, diorang kata aku makin jahat sekarang! dulu aku senyap jek, jarang kacau orang. sejak akhir-akhir ni aku jadi nakal! aku pun reply "no more ms nice cik rebel yo!" seyes...kawan online aku pun cakap benda yang sama -- aku cam nakal! haha fyi - it's a disguise. online picture pun da tukar bad-man return *bwahahahaha


so online comic tu meneman aku beberapa hari ni, sambil dengar lagu korea! haha ada rasa 'comel' sikit..tak lagi a** sore sbb apa yang terjadi. sesungguhnya ia ternyata lebih menyakitkan berbanding mereka-mereka yang telah menyakitkan. huuu...

anyway, since when is running away is a way to solve a problem? *c'mon it's not so bad after all, rite?

yes, YOU can always make me smile
 

  

Friday, 21 September 2012

emosi aku sedang terganggu

hakikatnya, sakit.

ah! entah, malas nak tulis. bosan! nak buat sesuatu yg adrenalin rushing! tgk hantu? mkn pedas misalnya? haha



tidak normal bahagian ke 2 - ujian Allah tu manis sebenarnya bila kita sabar menghadapinya. tapi tipulah klu kita boleh tunduk pasrah tanpa mabuk dengan amarah dan kesumat dendam. cuma mungkin aku tak mahu fikir2 sangat kerana ia akan hanya meluapkan marah. lahar dalam gunung di hati ni dah memerah sejak semalam, syaitan juga dah bergayut2 membisik di telinga meniup2 bara mmbakar lahar; tapi kutahan je. mudah2an Allah jua berikan balasan baik. Aku yakin, apa yg aku buat adalah benar pada ketika ia berlaku dan aku tahu aku bukan sendirian di situ.

cuma suara kecil kami ni apalah dayanya? tak berupaya memujuk dan mengipas sang raja. wlu pun 3 against 1 - tiada makna! umpama joker dalam filem lama2, kerjanya membuat lawak untuk raja. itu pandangan jujur aku tentang mereka. x pe, kipaslah..salah tetap salah, benar tetap benar!

klu aku degil, klu aku jahat, klu aku tak jujur, klu aku munafik sekalipun - aku tahu aku berkerja keras dan tak sekelumit pun mahu atau dengan sengaja menerbitkan untung untuk diri snd atau kaum keluarga, melainkan gaji bulanan yg aku terima! aku bukan orang begitu. selamanya! jujurlah biar pun pahit. itukan lebih mudah dari berbelit2! tak mengapa, Allah tak pernah cuti, malaikat juga tak pernah mc. Dia maha tahu setiap apa yang berlaku.

Ini bukan kali pertama, nilainya juga hanya kecil saja. tak tercalar pun rasanya, cuma kesal mengapa orang begini masih ada? dasar darah tulen! jumud dengan warna kulitnya, konon menjunjung agama atas batu jemala, tapi mengisytiharkan moral rendah, bikin malu saja! kau bahaskan dasar muamalah, sepertinya aku sekular kurap yang hanya tahu kira untung tp tiada moral. habis, yg kau dedahkan maklumat pada keluarga kau tu jujur kah? 'muamalat' kamu dengan syarikat dan aku - jujurkah? aku bekerja untuk syarikat, bkn keluarga kamu. atau mungkin kamu tak pernah faham istilah "kroni". mungkin hanya kau sekolah arab, tahu bahasa arab, pandai mengaji. sepertinya aku tak sekolah agama? tak tahu arab dan tak tahu mengaji?

oooh...dunia! mengapa ada orang begini?!

sekali lagi, tak mengapa..insyaAllah aku yang mungkin munafik di mata mereka ini sedang cuba mahu memilih jalan Mu ya Allah. dengan bantuan Mu pertolongan Mu, aku harap dapat kutahan segalanya menyempurnakan amanah mereka. aku akan bertahan selagi mana Kau ada di sisiku. meneman dan merahmati langkah ku. sama seperti selalu, pengalaman ini milik ku. tipulah, pijaklah, akhirnya nanti tetap ada rezeki untuk ku, sedkit atau banyak, bukan kamu penentu. dan aku akan ada di situ, selagi mana Allah mahu!



Monday, 17 September 2012

Brunei here I come!

Aku baru perasan, rupanya untuk birthday aku tahun ni aku tak post apa-apa! Haha nampaknya aku terlupa! Busy dengan benda lain, yang mungkin tak ada kaitan dengan aku. Hingga akhirnya aku tak buat apa-apa pun untuk diri aku! Ceh...

*So ini adalah backdated post. Sementelah tadi pergi rumah ofis mate Nad yang baru menukar status menjadi Puan. Tahniah! Aku memang tak selalu pergi rumah orang kahwin, kalau pergi pun mcm nilah, hanya rumah member terdekat..well, balik tu dengar DJ tu membebel; kalau ada sesiapa yang pernah tersepit memilih antara cinta dan kerjaya, pilihlah cinta kerana kerjaya kita tak akan pernah berhenti meminta kita mengejarnya!

So birthday aku yang ke 28 tahun ni aku berjaya menjejakkan kaki ke Brunei. Negara ni sejak dari aku tahu tentangnya memang telah menimbulkan keinginan untuk aku tengok sendiri. Apa yang aku nak sangat tengok? Mungkin sebab aku didedahkan dengan gambar perkahwinan anak Sultan Brunei masa tu, dan gambar kahwin diorang sangat 'unik'. Kebanyakkan tetamu dan most Bruneians pakai tudung! Susah nak nampak rambut sanggul-sanggul dalam hall yang besar kilau kemilau tu! So itu antara sebabnya..aku ingin nak tengok the real Brunei!

Kalau ikutkan, plan ni hampir ditangguh sebab masalah keawangan. Tapi entah macam mana, memang dah rezeki nak tengok Brunei, masalah diatasi dan 17 Sept 2012 lebih kurang pukul 4am misi aku mengembara ke tanah asing itu pun bermula. Sepatutnya flight aku pukul 7 sekali delay sampai 2 jam! Nak muntah aku tunggu 2nd plane dalam pukul 9am. Aku hadiahkan lagi diri aku, sebuah buku "It's Not How Good You Are, It's How Good You Want To Be" untuk mengisi masa lapang.



Akhirnya flight aku sampai dan dengan Bismillah (juga seperti biasa, harapan supaya aku tak pulang lagi! haha) aku pun naik plane tu dan sebaik duduk, aku dah tak peduli lagi apa pun yang flight attendant tu nak bebel! Aku terus doze off! Celik-celik dah berlegar di ruang udara Brunei, waiting to landing. Berdebar kejap, how is Brunei. Am I be ok since I'm travelling alone?

Sebaik turun dari plane, jejak kaki ke Brunei International Airport yang sungguh-sungguh sederhana! Jauh kalau nak dibandingkan LCCT apatah lagi KLIA! Memang sangat sederhana dan lama. Mungkin sebab tak banyak flight into Brunei, mungkin ramai memilih jalan darat dari Sarawak, jadi lapangan terbang tak perlu hebat-hebat.

Aku dah arrange dengan hotel untuk transport, so sebaik sampai diorang dah tunggu. Terkejut dia tengok aku yang datang sorang-sorang, dan lebih terkejut sebab aku dah kerja! Haha Dia ingat aku student! *Happy 28th birthday by the way! :D

Exchange rate masa aku pergi hari tu ialah B$2.6 to RM1, jadi aku agak berhati-hati mengatur belanja. So sementelah ada satu pasar malam 'Tamu Kianggeh' seperti yang diberitahu hotel staff tu, dekat je, so aku plan nak cari makan kat sana. Sekali aku terjaga dah azan marghrib! Terpinga-pinga sekejap sebab cuaca masih cerah, jam pun baru pukul 6 lebih. Tapi dah masuk marghrib. Alamak, aku suda terlepas tempat makan. Cadangnya nak pergi jalan-jalan cari makan, tapi takut pula!

Belek-belek buku menu, rasa tak mahal pun! So aku pun buat room servis! Pergh..kat Malaysia memang tak buat lah kalau room servis tu. Tapi aku tengok rate kat sini, walau pun hotel, ratenya tak double-triple pun. Itu yang aku buat room servis. Menu yang aku pilih ialah Tomyam, Nasi goreng telur masin dengan ice lemon tea. Total B$17..kalau convert memang mahal, tapi kalau ikut rate hotel murah r! Better dari aku jalan kaki malam-malam dengan tak sure business hour Brunei sampai pukul berapa..



Lepas makan tengok tv sambil 'bercerita' dengan angin dan meninjau rumah orang kaya depan hotel aku. Banyak giler kereta dia! Kata hotel staff situ, itu rumah 'Pehin' atau pun orang besar sedara mara Sultan. Siaran tv tak banyak, movie lama, so aku biar je sambil 'study' buku Introduction to Brunei. Banyak juga info yang aku dapat. Contohnya kat Brunei, makanan non-halal tak boleh dihidangkan di kedai-kedainya. Arak pun tak jual in public. Pendidikan adalah percuma. Minyak memang sangat murah, kereta paling banyak atas jalan ialah Vios dijual pada harga B$4000 kalau tak silap. Tapi industri kereta mewah kat Brunei memang menarik, sebab diorang cepat tukar kereta. Sebab kereta murah kan..In term of business, kalau boss aku nak melabur kereta mewah kat Brunei dengan industri makanan halal, memang best.


So malam itu tidur dengan doa yang panjang, manalah tahu kalau-kalau jodoh aku ada di tanah ini..HAHA

Esoknya, kalau ikutkan aku terlewat subuh. Subuh diorang masuk pukul 4am, aku kunci jam pukul 6.30am! hihi Erm...tak apa, Allah maha tahu. Lepas tu, breakfast. Sebab tak ramai hotel guest, so diorang tak hidangkan buffet. Personal order, baru cadang nak makan banyak-banyak! hahaha Lepas isi perut dan belek-belek surat khabar Brunei, aku pun keluar dari hotel untuk jalan-jalan. Kebanyakkan kedai tak buka lagi, operating hour diorang pukul 9 atau 10. Masa aku keluar tu pukul 8 lebih kurang.



Seperkara menarik tentang Brunei ialah papan tanda mesti ada tulisan jawi. Standard Chartered dengan Citibank pun ada jawi, KFC malah restaurant jepun pun ada signboard jawi! Segan aku sebagai orang Malaysia. Kalau ikutkan rumpunnya sama, agamanya pun sama..Tapi tak apalah, itu satu kelebihan Brunei dan keunikannya. Aku jalan-jalan mengelilingi Kampung Air, masjid Omar Ali Saifuddin yang dengarnya berbumbung emas, Stadium rakyat, kompleks perniagaan baru yang ada beberapa mall etc Panas! Walaupun baru pukul 9, tapi matahari terasa mengigit. Sebab tak tahan, aku pun balik hotel. Btw pukul 10.30 ada 45 minit free tour arranged.


Masa tunggu nak tour tu la berkenalan dengan seorang lecturer Taylor College Australia. Dia orang China, tapi migrate ke Australia. Aku pun sembang pasal Beijing etc Since tour guide tu tak pandai speaking, so aku kena translate. Family dia dah tunggu kat Penang, so dia memang tak boleh delay flight ke KL ni. Dia sama macam aku juga, 1 night stay je at Brunei. Tengah hari tu visit Royal Regalia, masa free tour tu lalu depan Istana Nurul Iman dan singgah sekejap kat Masjid baru diorang, Masjid Hasanal Bolkiah.


Bandar Sri Begawan tu kecik je, dan dari hotel aku boleh jalan kaki je ke hampir semua lokasi pelancongan yang terkenal kat Brunei. Sebenarnya Brunei tu biasa je, kalau nak dibandingkan dengan KL pun ada lagi banyak benda menarik. Tapi Brunei mengekalkan sifat humble walau pun kita tahu Brunei adalah negara terkaya Asia sebab ia negara pengeluar minyak. Trip berakhir dengan penerbangan balik ke KL pukul 2pm lebih hari tu.

Overall, impian menjejak kaki ke Brunei tercapai dan walau pun Brunei biasa je, ada perasaan best yang tak sama dengan negara lain. Am I coming back to Brunei? YES! I would love to, in a few more years. Dan mungkin juga pergi Brunei hari tu dengan tak sengaja mengutip berkat perkahwinan puteri Sultan Brunei yang berlangsung beberapa hari kemudian...

next year hint? hihi

Monday, 10 September 2012

setiap kita punya luka

Hari ni terasa berat nak pergi kerja. Dah lama tak malas-malas, ingat nak amik mc-hammer, tapi sedar-sedar dah sampai office! Tanpa sebab yang pasti, aku malas nak habiskan lagi satu hari puasa enam, aku tangguhkan ke esok. Semoga esok, lebih ikhlas...

sangat tak berperasaan sejak malam tadi hingga awal pagi isnin, bukan monday blues. ada satu 'rahsia' yang tak boleh beritahu. tapi ia menjadi-jadi sepanjang hari ini. sebenarnya tak pasti sangat akan unsur-unsur lain tu, tapi bab 'rahsia' tu aku pasti.

pagi berjaya dijalani dengan jaya. alhamdulillah, akhirnya satu bahagian daripada entah berapa lagi bahagian dari projek mart dan restaurant telah selesai. sebenarnya aku agak musykil, mengapa dulu aku tak dapat cari vendor yang boleh supply? setelah buang masa dengan vendor yang boleh supply 'cakap' je, akhirnya baru jumpa vendor sesuai..mana agaknya dia sembunyi? atau tak cukupkah usaha kami mencari?

petang, memaksa dan mengugut bekas assistant supaya menyerahkan lebih dari satu quotation untuk bahagian lain pula projek mart dan restaurant. aku rotan ko 2x kalau by 3pm ko tak bagi quotation! kedengaran kelakar, tapi aku memang serious! kalau aku mak dia, dah lama aku rotan budak tu! kalau aku tanya, semua boleh. semua pun sempat. tak busy, bisa saja diatur. bila nak result, langsung tarak!

lagi satu budak purchaser yang tak berdedikasi. aku suruh dia fikir, dia suruh aku fikir masalah dia! dia ingat aku tak payah fikir benda lain? penat aku suruh dia letakkan diri dia dalam kasut boss dengan puan, kalau duit tu duit dia sendiri, apa perancangan dia?

balik-balik dia cerita, saya ikut je puan nak beli apa. kalau puan ada banyak sangat masa nak tick satu-satu list tu, dah lama dia buat! tak payah bayar gaji ko! bengos..si budak sales satu ni pun serupa. bila bercakap, nak betullll je..pro sangatlah dengan event management dia pernah handle dulu. skali minta milestone, pun x boley buat! aku suruh dia susun mana priority pun dia tak taw nak letak! cemana?

tambah-tambah sakit hati dan kepala aku memikior budak-budak jr. executive nih! pening! aku suruh dia, last-last akuuuuu juga yang buat sendiri! susah nak memberi faham, kalau dalam kepala dia dah ada pemahaman sendiri yang kunun-kunun betul tu! adess...mungkin mereka belajar dengan mudah, sedang aku dulu perlu bersaing, membuktikan diri dicelah-celah bangsa asing.

aku pun belagak juga, tapi aku belagak ada lah isi. ini belagak macam berisi benor! Pukul sorang-sorang kang! ish...

malamnya sedih tanpa diketahui puncanya. yang pasti bukanlah kerana budak-budak yang tak faham arahan tu. aku tak kisah sangat pun kalau perlu bertungkus lumus buat semua benda. sebab so far, aku enjoy apa aku buat. it's invaluable experiences for me dan aku selalu beringat, kalau aku bekerja dengan orang yang hanya mahu mempergunakan aku, mereka tak akan dapat apa-apa. sebab pengalaman aku dalam kepala aku! muahahahahaha...

lagi pun aku merancang untuk ada business sendiri, satu masa nanti. jadi, ini free lesson untuk aku. aku sangat seronok dengan semua kerja-kerja memikir dan menyusun strategy dan perancangan ni. sangat besh! terpulanglah kalau mereka hanya mahu semuanya disuap ke mulut.

setiap kita punya luka. aku sedih kerana aku pun ada luka. bukan tak sembuh-sembuh, tapi ia asyik terlanggar, tersenggol, tersadung 'sesuatu'. lalu ia berdarah semula, sakit semula. tiba-tiba ada satu suara, katanya tak mungkinlah kalau manusia yang lemah sifatnya itu, dengan sekali ujian, lalu menjadi hebat, kebal dan kuat. kalau begitu sifatnya, siapa lagi yang mahu meratap atas dosa mereka? bukankah Allah sangat suka mendengar hambaNya merayu mohon pengampunan. kenapa perlu diciptakan lagi malaikat, kerana manusia pun sudah boleh menjadi malaikat dengan sedikit ujian. bukankah taubat itu lebih manis, hanya bila dosa itu terasa sangat berat.

Tapi rasanya, aku baru terasa my dad is missing...



Wednesday, 5 September 2012

Sakit

Rasa semacam tak betul sejak beberapa hari lepas! Rasa blur dan penat yang tak tahu mengapa. Kalau hari Isnin tu logik, sebab weekend lepas banyak aktiviti. Selain memulakan training ala cart nak ke kk, sibuk kemas rumah aka bilik dan beraya. Beraya yang cuak, sebab ada cerita orang tak kelihatan menyelit di kalangan rombongan raya kami!

Benci! Apa masalah diorang? Mana adil, dunia dia tersembunyi! Kenapa nak marah kalau terlanggar bahu? Aku bengang dan malas nak ambil port! Nanti aku rebel! Sebolehnya aku tak mahu ambil tahu banyak sangat ilmu tentang mereka. Baik aku belajar ilmu matematik, sains, komputer, calculus atau pun pun saja, janji tak berkaitan dengan dunia tersembunyi mereka! Malas!

Yang aku tahu dan mahu, Allah tuhan ku. Muhamad rasul ku. Cukup. Sakit hati juga bila terdengar cadangan-cadangan meniup-niup! Berdesing je telinga! Kadang-kadang aku rasa nak pakai earphone 24/7! Hanya pasang lagu opick, supaya ingat tuhan selalu. Supaya tak dengar kata-kata mengarut, yang diam-diam mencalar hati! Aku ni rebelious, mungkin aku tak bersuara, jadi hati aku koyak dengan kata-kata mereka. Pesan aku, jangan bagi aku koyak telinga korang pula dengan kata-kata aku nanti!



Blur dan erm..konfius. Tak nak tulis kat sini sebab aku rasa dah ada jawapannya. Tapi sebagai manusia lemah, aku mengaku bila kita ada dua kali peluang, ia sangat-sangat menggoda! Susah, nak putuskan antara yang aku suka dan yang ditakdirkan untuk aku. Aku dah tanya, dan aku dah ada jawapannya. Tapi berapa kuat aku mampu pegang jawapan itu, sebab hati aku memang suka sedangkan ia bukan jalannya!

Haishhh...ingin je aku sound, jangan cakap dengan aku lagi! Jangan kacau aku. Nanti aku jadi bengong, kau bukan nak tolong pun. Kau datang dan pergi sesuka hati. Aku ingin nak hukum kau, hukuman yang ultimatum. Supaya kau belajar, aku bukan barang mainan, simpanan, koleksi, yang kau boleh keluarkan bila kau suka, simpan bila kau dah bosan! Aku manusia, ada nama, ada muka, ada hati, ada perasaan! Ada masa susah dan ada masa senang. Bukan kau sorang je susah, aku pun susah kadang-kadang. Bukan aku je senang, kau je susah. Faham?

Tapi, mesti aku tak boleh marah kau...



Tuhan, kau boleh uji aku dengan kelaparan, kekurangan harta, kesedihan, kehilangan kesayangan, kekosongan, kesakitan, kegagalan atau pun segala macam lagi yang lain-lain. Aku akan mampu bertabah, kerana Kau selalu ada. Tapi jangan uji aku dengan cinta, aku tak tahu bagaimana menghadapinya! ~ Buzzing head  

  

Sunday, 26 August 2012

Upload my dedication

Untuk perkongsian, inilah suara the voice yang aku sangat suke..Kalau tak sedap, jangan marah :) Maybe kalau live lebih best! Sorry juga quality audionya kureng..


Taqaballahu minna wa minkum

Ramadhan dah berlalu, bersama dengan kemeriahan dan keagungannya. Keindahan dan kedamaiannya. Keistimewaan dan keajaibannya. Entah dapat jumpa lagi atau tak Ramadhan depan? Tak siapa tahu...

Ramadhan ini yang terakhir untuk ayahanda. Syawal ini adalah yang pertama untuk anak-anak dan mak, tanpa ayahanda. Terngiang-ngiang di telinga suara ayahanda mengalun takbir raya selepas solat marghrib, masuknya 1 Syawal! Ayahanda pergi seminggu sebelum hari raya, petang 23 Ramadhan.

Tak tahu nak mulakan cerita bagaimana. Tak pasti juga apa perasaan aku sebenarnya! Mixed! Aku tak pernah fikir akan kehilangan daddy secepat ini. Tak ada 'angin' pun yang bertiup, tak ada 'pokok' pun yang bergoyang. Aku sempat berbuka puasa bersama-sama masa 1 Ramadhan hari tu. Sempat bawa daddy naik Violet baru. Sempat buatkan daddy karipap yang macam goreng pisang! Sempat belikan jubah baru untuk raya - cuma tak sempat daddy pakai...

Sejujurnya, aku tak rasa terkilan sangat. Sebab aku angap ini kerehatan untuk daddy dari kesibukkan penyakit dan urusan dunia. Juga kerehatan untuk semua yang ditinggalkan, terutamanya mak. Cuma aku masih terasa daddy masih ada. Tak terasa dia dah pergi selamanya, walau pun aku menyaksikan semuanya - dari kain putih dikoyak, yang bagai menyiat telinga, memandi hingga saat aku melangkah terakhir tinggalkan daddy di dunia baru.

Tapi aku tak rasa daddy pergi jauh..he's part of me! Living inside my heart. Macam semua orang kesayangan aku yang dah pergi..aku doakan, cerah dan luas kubur ayahanda. berlemah lembutlah malaikat menjalankan tugas mereka. mudah-mudahan Allah ampunkan ayahanda ku dan dipelihara disisi hambaNya yang soleh lagi diampuni. amin.

Daddy, I like this picture most! Gonna miss your laugh and smile! Please sleep well there...

Berhari-hari mencuba menulis cerita magiknya Ramadhan tahun ini. Tapi masih terbatas dek cerita daddy. Ada banyak yang aku nak tulis, sudah pun di draft, tp belum sampai hati nak post. Tak pasti kalau-kalau itu yang aku nak ceritakan..

Ramadhan tahun ni ada banyak magik. Mungkin Allah sengaja tak mahu aku bersedih sangat. Kerana ada sesuatu yang Dia akan ambil dari aku untuk selamanya. Aku pun tak tahu, cuma terimbas kisah lalu. Rasanya hilangnya gg dl lebih teruk aku rasa! Rasanya hampir setengah tahun aku diuji dengan pelbagai 'kehilangan' dari sebesar hingga sekecil barang peribadi - sabun, berus, baju, kasut, duit etc Last-last sampai jari tersepit pintu!

Biarlah..nak jadi kenangan..

Masa daddy pula, cuma ada 2 kejadian. Violet kena scratch dengan hilangnya tester perfume strawberry yang bau sedap dapat dari vendor! 2-2 pun aku x berperasaan. Tu je. Tak ada masa yang aku terduduk memikir kenapa hari itu terasa kosong, kosong yang berbeza dari biasa...jadi bila mak mengadu, kekosongan di dadanya sehari selepas daddy pergi, aku amat pasti, Allah dah sediakan aku lama dulu untuk ini semua...Subhanallah, Dia sesungguhnya hanya menguji hambaNya yang mampu menerima ujian.

Misi aku sekarang, memujuk mak. seperti biasa, meringankan sakit, mengurangkan. aku tahu, kenangan ini sampai bila pun akan selalu mak ingat. tak mungkin akan terluput dari ingatan! untuk mak, aku doakan kekuatan dan kecekalannya menghadapi ujian ini. aku akan cuba berusaha, mempercepatkan kemampuan aku membeli rumah sendiri. juga kebolehan menyara mak, supaya aku boleh larikan mak ke sebuah rumah yang hanya beberapa langkah dari masjid. senang mak nak beribadat, nak dengar ceramah atau belajar mengaji. moga terubat luka hatinya, tenteram mak dan daddy dengan berkat ayat Allah :) Ubat paling mujarab!



Magik! Tak jumpa perkataan yang lebih sesuai selain ini. Sebab itu yang aku rasa, bila semua yang aku tanya, Dia jawab. Sejahat dan sehina aku ni pun Dia jawab soalan aku, entah macam mana lagi aku nak cari perkataan..

Kenapa magik? Sebab Dia 'jawab' semua yang aku 'tanya' sepanjang Ramadhan ni dengan segera. Soalan pasal 'pak cik' violet yang menyampahkan tu - akhirnya aku tahu juga warna sebenar beliau! juga berita kehilangan daddy aku terima selepas aku singgah solat di sebuah masjid di tangkak. bukan ketika memandu. Allah lebih tahu, Maha tahu..

Aku balik sini satu malam, selepas urusan daddy selesai. sebab ahad tu aku balik sehelai sepinggang. Ambil keperluan raya mana yang patut. Sampai sini tepat-tepat masa berbuka, walau pun ETA dijangka pukul 8. Berkobar-kobar aku singgah ke surau the voice, dia azan isya' masa tu. Sejuk hati aku dan hanya Dia tahu lega hati aku dengar suara kesukaan tu. terasa ada juga tempat untuk aku mengadu, biarpun hanya aku 'cakap' pada dia..

sempat juga aku solat terawikh, yang mana magik berlaku lagi. aku kan sangat excited pasal the voice, jadi aku sempat kira turn siapa imam terawikh malam tu. kalau ikutkan, sepatutnya bukan turn dia, tapi Allah nak gembirakan aku, dia imam terawikh malam tu. dan menambah lebih makna, masa witir, dibacakan doa khatam quran. aku baru je khatam quran pagi tu, untuk daddy!


tak magik macam mana lagi, kalau lepas solat ada tahlil. aku selitkan nama daddy sekali, harap sampai bekalan aku untuk daddy. dapat juga daddy dengar suara the voice, so daddy jangan risau, lepas ni aku cari 'tuan rumah' yang boleh jadi imam. yang baca fatihah dan quran dengan baik. insya Allah. selain tu, Allah takdirkan juga aku tahu nama the voice - namanya Ustaz Abdul Hamid. Asal dari Bogor Indonesia. Iqbal yang aku tulis sebelum ni adalah imam ke 2, dari Lombok Indonesia. Diorang ni memang setiap tahun dijemput datang ke surau ni, jadi imam terawikh.

Satu lagi 'jawapan' ialah the voice sudah pun berkeluarga. kalau tak silap, anak lelakinya ada bersama, dan sedang dalam pengajian menjadi al-hafiz. insyaAllah. Sungguhpun aku banyak tahu pasal dia pada malam tu, aku masih tak direzekikan melihat wajahnya. Hanya dari tepi, dan tak jelas. Memang dia bukan yang aku selalu pandang! Sebab dia kecil-rendah je orangnya, macam yang Fida cakap. Tak kisah, aku bukan nak tahu dia hensem @ tak, aku cuma nak dia tahu yang suaranya amat sedap!

Semoga usahanya diberkati Allah selalu, semoga jihadnya mendapat balasan baik. Mungkin dia tak tahu, tapi dia berjaya mengikat satu hati untuk datang lagi solat terawikh di surau sama, tahun depan!

Semoga ada lagi Ramadhan tahun depan untuk aku, kau dan kita semua. Taqaballahu minna wa minkum.



P/S Tujuan aku menulis, bukan berbangga. tuhan 'berbicara' dengan setiap dari kita dengan cara yang berbeza-beza. Terpulang bagaimana mentafsirnya. Pada aku, ini semua adalah nikmat. Tak semestinya sebab aku baik, ini juga adalah ujian untuk aku!

Satu masa nanti aku mungkin akan ditanya semula; nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan?