Monday 23 July 2012

Di mana syurga

Baru balik dari kampung, bercuti 3 hari sempena menyambut Ramadhan :) Balik ke KL dengan jalan yang jem, semua orang pun amik keputusan yang sama dengan aku; balik lepas berbuka! Haha Tapi tak kisah, janji hati ku tenang (walau pun tak lah sangat..)

Di mana syurga? Aku pernah tanya mak, syurga-neraka belum ada orang lagi kan sekarang? Yang ada baru alam kubur, sebab syurga-neraka adalah final destination atau pun balasan major sama ada seseorang tu Muslim yang baik atau bukan. Mak aku iyakan je! Haha

Kenapa aku cakap pasal syurga? Last week, aku tengok Desperate Housewife. Repeat kot, sebab aku ni jarang tengok tv sekarang. Rumah x de astro! Tapi, sangat terkejut sebab watak Mike telah mati dibunuh! So yang aku tengok tu nak cerita balik pasal Mike..



Susan kena bagi eulogy, tapi dia tak sure nak cakap apa tentang Mike. Sebab Mike seorang yang diam, tak banyak sangat cakap. Mike pun bukan orang yang special sangat, so tak banyak yang Susan nak ceritakan untuk mengenang Mike. Tiba-tiba dia teringat sesuatu..

Ada satu masa, diorang tengah makan kat kedai anak dia tanya pasal syurga. Panjang lebar soalan tu lebih kurang bermaksud dia nak tahu siapa boleh masuk syurga, syurga kat mana etc Panjang lebarlah juga Susan menjawab hingga satu soalan yang dia tak terjawab lagi. Akhirnya Mike jawabkan untuk Susan; Syurga adalah tempat yang gembira, bersama dengan ahli keluarga. Bila kita makan sama-sama, macam sekarang. Bila kita memancing dekat air terjun! Itulah syurga..

Simple. Susan terdiam dan anak dia pun puas hati!


Hari tu ustaz aku ada cerita, dia belanja satu family dia makan best masa Turki menang pilihan raya. Sebagai tanda gembira, akhirnya ada seorang perdana menteri yang Islamik. Lepas tu ada juga ustaz lain pesan, masa berbuka puasa bersama keluarga bulan Ramadhan ni, berdoalah semoga kita semua satu family bukan hanya dapat berkumpul menikmati hidangan time kat dunia ni, tapi mudah-mudahan kat padang Mashyar nanti pun dapat berkumpul lagi!

Sebenarnya, kalau kita berfikir lebih sikit, ada kenikmatan yang tak terlihat dari berbuka bersama-sama :) Bukan sebab makanan banyak, boleh celoteh, gurau senda etc tapi lebih dari tu! Ada gembira dan tenang, yang tak dapat dibeli dengan wang! Ada kesyukuran yang hakiki, sebab sekurang-kurangnya aku berbuka bersama parents yang masih ada. Memang mak dan bapak tak sihat sangat, tapi mereka masih ada...

Alhamdulillah..

So back to the question above, I bet you got what i mean! :)


*Aku buat karipap buat pertama kali hari ni! Dari mula sampai habis! Pergh...kira lulus la kalau nak kawin dah nih! Tapi karipap aku ada rupa pisang goreng! Sebab tepung lembik and aku tak letak margerin/minyak dalam adunan tepung! wahahaha 


Bakal-bakal mak mertua, silalah pertimbangkan semula! :D




  

No comments:

Post a Comment