Monday 30 January 2012

Siaran tergendala

Harap Maaf, Siaran post blog ini mungkin ditangguh hingga saya pulang dari China :)
Bersama gambar-gambar best salji, snowman, tianmen square, china great wall, stadium sarang burung, main ski China dan owh! gambar new year celebration with family at Lumut 
Jangan tukar channel anda! HAHAHA 



Masa balas dendam!!! Pt. 5

ok-ok..berapa banyak season daaa??

ini part terakhir, janji! hihihi

tadi pergi shopping barang nak pergi travel. for the first time, aku nak fly oversea. bukanlah tempat best sangat pun, tapi hopefully best la..insyaAllah :)

tadi baru aku terasa seronok, tak lah sangat-sangat. cuma terasa la seronok, nak fly. somewhere new, never been, new culture, different weather etc aku rasa aku tahu juga, kenapa aku tak rasa seronok sebelum ni. mungkin sebab aku takut, takut dalam ramai-ramai tu aku rasa aku sorang-sorang! well, aku benci rasa tu...sedih!

rasa lohong, yang kosong. macam ko pandang kiri, kanan, depan, belakang, tak ada pun yang ko 'kenal'. tak ada yang ko nak kongsikan..mungkin tu sebab mak aku pesan hari tu;
mak aku (seperti biasa ya) bila aku balik kampung, membuang masa risau kan aku yang oh! dah meningkat setahun lagi lebih tua dari tahun lepas! tapi masih tiada kebarangkalian sudah berpunya..haha (*should i say this live??)

well, orang tua. apa lagi yang dia nak fikirkan? semua pun dia dah ada, capai. apa salahnya dia berimpian begitu. bagus juga sebab aku tahu yang mak aku berharap, tak adalah langsung tak amik kisah..atau dah malas nak kisahkan..sekurang-kurangnya, mak aku mengingatkan. so aku tak lupa! *terlupakah?

ye, bukan aku tak fikir. macam mana kalau aku tak berpunya sampai bila-bila. mampukah aku menghadapi cerita harian aku sendirian, berteman tv, kucing (s), surat khabar, duit berkepuk dalam bank (s), pencapaian/pingat/pangkat/darjat tergantung megah berhabuk kat dinding tak siapa peduli? tak siapa untuk dikongsikan?

bila balik kg dan meluangkan masa dengan parents aku, aku melihat diri aku sendiri di masa tua. kalau aku sendirian, mungkinkah ada anak-anak nak teman pergi shopping, pimpin tangan bimbang aku jatuh, dengar aku berkisah atau ceramah bebel rutin biasa emak-emak, ada masa gelak dengan cucu dan etc etc yang lain yang macam indah sungguh!

ye, aku fikir. dan masuknya tahun baru 2012, menambah sedarkan aku tentang perkara ini. tapi, ini bukan kisah mancari bahan-bahan masak lasagna dari kedai kampung kat ceruk Perlis. ini kisah lebih susah dari itu. ini kisah lebih rumit dari cahaya. ini kisah lebih mendebarkan dari kena tiup kipas angin cap ayam!

tapi tak pe! aku reverse balik kat ayat atas tadi. pesan mak aku;
"mungkin lepas balik dari china ni"

aku pegang kata mak aku nih! moga doanya dimakbulkan, amin. *dan doa ku juga :)


Masa balas dendam!!! Pt. 4

Thanks to Mak cik Soseh, for her ears. Kita sekapal! Dia pula sebab sibuk sangat giler kuasa  nak menunjukkan dia pekerja cemerlang, yang pergi tapau semua kerja tu kenapa? Lepas tu, start blur-blur. Mende simple as print view (excel 2010) pun menyebabkan dia tak nak print untuk meeting!

Sampai sekarang stok dengan sales 2011, belum match. Kerja pula dengan budak finance yang budget best tu. hah! sendiri mau ingat lor..

Sebenarnya, sejujurnya, opis aku sekarang ni paling best. paling aman dan paling berkat! tapi aku kan jahat, nak buat macam mana? disebalik kekebalan 'cengkerang' pure blood (iron-lady kata 'typical'), ada juga terselit keindahan dan kemanisan kerja dengan diorang ni. sungguh, kalau bukan kerana agama, aku rasa kami tak jadi sebaik ni. hancur lebur, mungkin lebih teruk dari setakat dengki mendengki!

oleh sebab tu juga, aku belum mahu pergi. kerana, aku rasa, kalau aku pergi, aku tak akan ada peluang untuk kembali lagi. tak ada lagi jalan lebih 'terang' untuk aku. tak akan ada lagi..untuk ini, aku tak berani mengambil pendekatan rebel yang biasa aku perjuangkan. kerana soal 'terang-gelap' begini, soal yang rumit..rumit untuk dijelaskan.

Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu (An-Nur 24:35)

suatu ketika, dalam mulianya ramadhan, heningnya sujud tahajjud; aku sendiri yang berdoa, mudah-mudahan aku dapat kerja di ansar. berhari-hari menanti, dalam perang salib di iql dan rindu macam burung pungguk pada imt, akhirnya dengan satu gerak nekad melibas pedang, aku tinggalkan iql. sekaligus imt. esoknya, hr dari ansar call aku. dan aku tiba satu jam awal!

cliche nya sebuah kehidupan. tak pernah boleh cakap 'cukup', kerana ia tak pernah mencukupi. tak pernah mampu kata 'berhenti', kerana ia memang tak ada brek kaki! (*ko pernah dengar orang mengarut malam-malam buta? ini la dia...HAHAHA) Kata Justin Bieber 'Never Say Never!'

Moralnya, kehidupan kat ansar mengajar aku rasa sakit hati yang berbeza, mungkin sebab darah kami sama!  sebenarnya memang sama! haha tapi dengan suluhan 'cahaya' tertentu, aku boleh membezakan dan mengambil pengajaran yang kadang kala terasa pahit berpusing-pusing biji mata! tapi ada rasa manis yang indah di hujungnya!

dah cakap dah, rumit nak dijelaskan..!

tapi, biasalah aku hanya manusia biasa. kalau aku tak marah, aku robot. tuhan tak cipta robot, tapi tuhan cipta manusia. yang berfikir, menyelesaikan masalah. tak seharusnya menambah masalah, walau pun kadang-kala dengan cara menambah masalah itulah, kita menemukan penyelesaian pada masalah sebelumnya!

never say never!

*rumit kan?  

Masa balas dendam!!! Pt. 3

Salahkah saya marah-marah? Salahkah kalau saya hilang sabar? Kurang ajarkah saya jika saya tak berpuas hati pada sesuatu keadaan yang tak menyebelahi saya? Kurangkah normal dan norma saya sebagai manusia, jika saya berperasaan marah?

Saya bukan membunuh, mungkin hanya membunuh senyuman manis yang saya miliki! *cliche sungguh! wahaha

Well, that was me. At some point, aku amat marah. tapi siapalah yang peduli? merajuk? buang masa! bukan orang tahu pun..

Ok, cerita marah aku akhirnya reda sendiri. Teka, dengan siapa? Makcik Soseh! Hahaha Sungguh! Masa aku meluahkan perkataan 'saya marah sebab menyampah! menyampah pasal kerja, dan menyampah dengan perkara lain-lain dalam hidup saya!'

aku meluahkannya depan makcik soseh. yang kemudian meneruskan sosehnya tentang tahap menyampah beliau pula! *ish..apa sajalah mak cik soseh. janji, kau gembira...! Masa tu aku bertambah menyampah dan bengang tahap ultraman-taro bertarung dengan nobita. kenapa pula kali ni? *pemarah sunguh la cik rebellious nih! mungkin ini yang korang fikir. tapi...

siapalah yang tak terasa hati, jika..
1. kamu bertungkus lumus menyiapkan milestone 'perfect' untuk team kamu, tapi orang lain yang mendapat lambungan puji.
2. bila mana kamu menghantar report sales yang langsung tak mencapai sasaran (tapi report tersebut menggambarkan kebenaran yang harus diselidik sedalamnya), nama kamu tiba-tiba disebut-sebut oleh bos! kerana sales teruk, ingat pula dia nama aku!

hakikatnya, aku hanya manusia biasa. ramai sangat agaknya orang luar biasa kat opis aku tu, sampai aku yang biasa-terlalu biasa ni, tenggelam oleh mereka. jadi, mungkin aku belum layak berada di situ?

some point, aku rasa, YA, aku terlalu awal untuk berada di situ. Aku ada satu teori interview yang pelik (tapi benar!). Kalau aku sampai tempat interview, tepat pada masa yang dijanjikan, cukup untuk isi borang etc aku layak berada di situ jika penemuduga, tak suruh aku datang sekali lagi. Kalau dia cakap, bersedia untuk temu duga ke-2, sorry..aku selalunya terpilih dengan sekali temuduga :)

aku datang ansar, satu jam awal. jadi? apakah kesimpulan anda? *wink!

call me negative thinker! sometimes i'm the most lousy people you've ever meet! aku dah biasa, orang reject, sampai aku tak percaya kalau aku accepted! buahahahahaha

Masa balas dendam!!! Pt. 2

Ini pula version yang bukan aku tulis semasa kejadian (aku tulis 1 je, kan!), tapi ulasan berkaitan post sebelum ni...

Mungkin ada seorang opis-mate baru aku yang check-on this blog. Dan aku tahu juga, dengan penuh sedar dan waras; ada banyak tulisan aku yang berkisar tentang diorang. Well, my life got nothing much about myself! haha So, accept jelah..tapi aku tahu, che' X seorang yang baik dan boleh dipercayai. (ops! ini bukan bodek, tapi memang betul. che' X sangat berbeza dari guys lain kat opis tu. dan aku respect dia, lebih dari orang lain. sebab dia memang patut dan layak direspect!)

Ok, previous post memang sangat kontroversi kot! Tu tahap kemuncak aku punya bengang, macam naga berapi! Memanglah tahun naga, muncul betul pula naga dari dalam diri aku! wahhhhh...!!



Akibat dari bengang tu lama, dalam sebulan kot aku masuk opis dan tak ada orang berani tegur! Budak finance tu lagi r, sekarang apa-apa dia tanya kat assistant aku. masalahnya, assistant aku pun tak berani nak cakap dengan aku! Ah! Lantak ko lah! Aku peduli apa! Sapa soh buat pasal? 2-2 pun sama..

On the same day, sebenarnya aku dengar budak finance tu mengadu dengan AGM pasal aku. As I say, aku peduli apa? Moralnya di sini ialah, bukan aku nak besar kepala. But for me, everyone have to make it easy for everyone else. Aku bukan nak senangkan kerja aku sorang je, tapi kerja semua orang. Aku pun pernah manage petty cash, so aku tahu susah senang mendistribute duit pada yang perlu. Tapi sebab dia rasa, dia finance yang bijaksana amat-amat, bior je lah! Kita tengok je, sampai bila dia mampu tak rasa penat, buka-tutup coin box tu dan kira cash yang sama keluar-masuk, macam poket kanan-kiri!

Selamat berjaya! *wink!

Sampai ke meeting management, bos pandang perkara ni. Memandangkan saya bukanlah 'kipas-susah-mati' beliau sebagai mana anjing sesat kat opis saya tu. Ops..mungkin lebih baik panggil dia 'penjual kipas angin cap ayam'..saya kan bersopan santun orangnya! ngeee.. :)


Penjual kipas angin cap ayam tu dan BFF-nya si luxury-baby kan memang tak boleh dipisahkan. Hingga tahap milestone saya pun di-copy bulat-bulat, sementara bos memuji habis-habisan milestone yang 'perfect' hasil tangan mereka! Jadi, saya dah tahu, email saya hanya masuk junk-mail bos. So, kawan-kawan, nasihat saya, tak payah susah-susah fikir idea terbaik, siang-malam, caffeine-week segala, kalau kamu tak ada kipas angin cap ayam tersangkut kemas dibelakang kamu macam beg sekolah. Sebab bos hanya rasa bahang panas kalau cakap dengan kamu, dia hanya akan cari kipas. kipas yang kaya-raya!

haha...untuk pengetahuan, saya punch-out >9.30pm jumaat (malam minggu!), untuk email milestone yang 'perfect' tu, dan esoknya kena pergi buat sales (sabtu dan ahad, 8am-6pm) di mmu. hasil sales tersebut >RM1K. Lunch on your own. Tiada allowance untuk executive!

*masa bos aku tanya, aku dah email milestone ke belum? aku rasa nak jawab; dah. tapi tak apalah, saya dah biasa orang tak ambil peduli, tak hargai, tak pandang, tak kisah, apa yang saya tolong fikir untuk mereka! sambil senyum lebar, dihadapan 30 pasang mata!

That's what i call a REBELLIOUS :D

Masa balas dendam!!! Pt. 1

*Mula-mula, gerak KUAT-KUAT!

MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAaaaaaaa......



Sebab akhirnya aku menulis juga! Ahaah! Dah naik giler lah juga aku sebab masuknya tahun baru 2012, aku x post apa2! Dan bulan Januari pun dah nak berlalu lagi erm...sehari?

Kenapa dan ke mana aku menghilang? Wah! Ini soalan kritikal..Okai, secara teknikalnya 'beruk'band peliharaan aku nih membuat hal. Malas juga nak ulas pasal ni, tak faham mengapa auto-billing kena bar juga! Pelik? Tapi benar!

I'm NOT chocolate lover!
Tu teknikal, secara mental pula, macam biasa, chemical imbalance! Panjang benor kisahnya sampai aku malas nak cerita juga, tapi nak bagi tau betapa teruknya sampai sebulan aku tak nak tulis apa-apa. Tak nak pikir apa-apa. Tak nak buat apa-apa dan yang sama waktu dengannya, kecuali makan! Makan je yang aku nak!! (Yelah2x..gelaklah...)

*Aku menulis sambil berteman lagu dari sorang kawan erm...ee...aa...kawan yang...eerrr..yang ** (belum jumpa perkataan sesuai!)

Ok, bawah ni adalah script-diary yang berjaya aku tulis, dalam masa sebulan menyepikan diri! (Giler imbalance!) Tapi, macam biasa, edited version! (Sure-lah!)


aku cuba menulis, tapi sangat penat kebelakangan ini! mentally aku sangat penat! dan tak suka dengan keadaan sekeliling! yup, i'm going to china next month. it's foc, but still i don't really feel good about it. in fact aku tak rasa ada apa yg menarik sejak2 nih!!!


aku pun x pasti apa yg kurang @ lebih, tp aku terasa sangat tak bersemangat! tak mahu itu, tak mahu ini! apa yg aku mahu hanya ~ duduk merenung langit! mengira berapa jauh awan bergerak setiap detik. mungkin itu yg aku mahu! mungkin aku nak  pergi jalan2, trip to nowhere! yup..aku amat teringin nak buat mcm tu. trip to nowhere...


office pun sangat mnyakitkan hati sejak akhir2 nih! entah kenapa rasa rimas dan panas! bosan dan makin menyampah! giler! office aku yg baik dan aman damai tu pun aku rasa menyampah! something wrong ~ so wrong...


khabar terbaru ialah new policy yg mmberi masa 3 bulan untuk kitorng semua berubah mnjadi ala muslimah! menyampah lah! aku malas nak tulis, nnti aku terlebih tulis. dan aku tak mahu sampai terlebih tulis! tapi yg pasti aku kan rebel. ko cakap lah macam mana ko nk, aku belum tentu nak dengar! kecuali klu tu yg hati aku nk!


aku bakal mmberontak, semakin hari makin terperap jek bengkek nih! mnyampah lah..td rasa nk tulis email jek, protes. y with tat new policy? apesal sampai nk soh pki segala labuh nih??? eyyyy aku bukan sekolah lagi, aku dah keje. i'm career women! aku nk jadi moden, aku suka cara iran wlu pun aku bukan syiah yer..tp tu yg aku lebih prefered.


wat i wear to work should not judging how my work done! shit! i hate writing this!


memula psl finance flow yg bodo, tak taw la dah fixed ke belom. then dengan kewujudan aku yg mcm x berapa nk jelas nih. well klu aku x berapa nk jelas, kenapa confirmkan hari tu? aku rasa terseksa jek tau tak!! well aku memang x seswai keje ngan pure blood? atau pun aku lebih suka berada dlaam environment biasa, yg mana aku boleh jadi baik dgn cara dan kehendak serta kesedaran aku snd?


well, aku suka jek previous. tp bila start jeans x boley, itu tak boley, ini x boley...OMG! rasa aku budak sekolah! aku nk rebel!!! bendera rebel sudah naikkkkkkk...


tak kisah lah, aku maybe tak akan berada lama kat situ biar pun aku suka. sebab aku tak boleh terima keadaan hati aku  yg terasa pelik kat situ sepanjang masa! ko tau kan, aku bukan hypokrit! aku sanggup buat apa jek, untuk perkara2 yg aku suka. tp klu hati aku kata tak, amat2lah aku malas nk buat, sbb aku kata tak nak. hati pun x ikhlas, so? baik aku kat imt buat mnde yg aku ikhlas...nk buat..wlu pun sll juga mngalami sakit hati tahap......


kisah nih bermula dgn satu insiden kecik jek. irritated smpi hari nih! 3 biji trak askar kat lane 3 yg mnyebabkan aku lambat 4 minit! lepas tu, asst. dan si soseh, lepas tu finance, lepas tu dah! cukup...takat tu. then datang pula si ustaz yg confirm sll dtg lambat! si ust N yg aku tak pernah nak amik taw pebende yg dia bebel melainkan kutuk mngutuk sal org lain! mcm dia bagus sangat!! sudah la ko!! pastu dia bley plak sound sal baju etc aku koyak kertas kat belakang! x nk dgr, and tak nak tau!!! aku boleh dengar klu ustaz lain yg cakap, tp bukan dia! 


then pula, new policy yg mnyokong ustaz N nih!!! arghhhhh! enough! i will break!


aku dah lama x cakap ngan XYZ! dah hampir sebulan kot. hari tu masa tgh hangat2 perang rebel, aku tuka status 3x. then dia 'hi' tapi aku x reply..itu hari anniversary kitorang! hari yg hujan ptg tu, and aku ngan dia spend time together first time. sblm balik, dia wish happy new year! tp dah 14 hari dah thn baru! bengong..sblm tu, tak dapat dijelaskan kenapa, aku berdoa, dia jgn blk dulu, dan doa tu dimakbulkan! 


sesuatu yg manis, entah mngapa, bila dah jauh, hati pun makin jauh... :(


*see, some of the words is not edited. Sengaja, menggambarkan kekacauan, ribut, taufan, gelora, yang berlaku menghempas dan memusnah serta meroboh kota kecil yang selalunya kukuh, dalam hati aku! Honestly, kota tu dah pernah musnah berkali-kali, jadi dia dah biasa hancur-bina-hancur-bina....bla bla bla