Friday 25 January 2013

tak tercapai akal mu


Berdebar menunggu gaji pertama tahun 2013! Poket dah kosong, seperti biasa. Tapi hati penuh harapan agar ada perubahan pada payslip. Harapnya makin banyak :) Aku bukanlah bekerja demi duit semata-mata, tapi tak juga sanggup kalau bergaji paling rendah antara semua executive! Aku faham juga kalau polisi kompeni darah tulen, menitikberatkan pencapaian akademik walau pun kelihatannya aku berjaya buktikan yang ianya tak ada kaitan sangat dengan apa yang aku buat, macam tu juga semua team aku. Kitorang semua tak ada satu pun yang berlatarbelakangkan Business! Aku dengan Efa masing-masing engineering Elektrik dan Civil. Penghulu PH pula Multimedia. Sorang lagi member akan blah akhir bulan ni, join Pejabat Tanah Petaling.

Speaking of which, aku memang tak minat keje dengan gomen, tak ada dalam darah aku kot...Kebebasan berfikir dan bereksplorasi adalah kurang, masa depan mungkin senang tapi masih juga bukan sesuatu yang aku suka. Aku kan gile cabaran! Haha

Segila-gila aku, ada masa aku kecut perut memikir sebenarnya! Ia secara tidak langsung mengikat aku pada Ansar tapi insyaAllah aku memang suka dengan misi dan visi kompeni ni. Seperti mimpi zaman remaja yang jadi realiti! Tapi, aku akan cuba beringat dan selalu sedar, bahawa setiap perkara hebat yang berlaku dalam hidup perlu mengorbankan sesuatu. Apa yang sedia aku korbankan??

Untuk soalan ini aku perlu jelaskan, tahun ini akan sibuk amat sehingga bulan Mac. Kalau tiada aral, bulan April mungkin kami dapat melancong percuma seperti tahun lepas. Tapi aku tak kisah sangat tentang itu. Yang aku kisahkan, gaji patut naik. Berapa banyak naik - lagi penting! Sebab melancong sekali je, dan masih juga perlu duit poket beli kelengkapan atau shopping cenderahati. Jadi gaji naik adalah lebih penting dan menjamin kestabilan hidup :)

Selepas projek mart dan cafe ni, ada 3 bulan atau 6 bulan paling lama untuk test market. Selepas tu, wajiblah store manager dan restaurant manager yang monitor. Aku cuma akan observe begitu-begitu je, align back whats seem running away from the path. Aku memang suka building the thing, tapi suruh run, sekejap bolehlah...Kalau ikut perancangan incik boss, dia nak aku propose kedai komputer kat Kota Bahru lepas ni. Dah lama gilak aku tak pergi KB tu! Best juga, cuma aku mungkin tak faham bahasa diorang! :D

Selain tu aku tak pasti. Tapi mungkin, aku pun akan terlibat pembinaan kilang kat Kelantan nanti. Sebab dah involve in PM since mart and cafe ni, so should be ada experiences. Aku suka! Sangat tak sabar dan seronok, so far... Apa yang aku korbankan? Masa. Masa dengan emak. Tapi aku balik sebulan sekali sekarang. Tak pun, asalkan ada cuti panjang, aku akan balik. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku akan cuba beli rumah dekat-dekat ofis, nak bawa mak stay sekali. Hopefully mak ok. Memang inilah impian aku selama ni, especially sejak bapak dah tak ada.

Ditegaskan di sini, aku akan cuba penuhi impian mak supaya cepat kawin. Aku pun tak nak bayangkan, hari paling bersejarah tu, tanpa bapak dan mak! Mesti aku sedih amat! Jadi, dengan penuh mengada-ngada dan bersungguh-sungguhnya, aku berikrar untuk spend masa kerja kuat-kuat untuk 2013. Supaya akhir tahun 2013, aku ada masa untuk majlis besar tu. HAHA *Mengada giles! Korang semua, silalah doakan ye! :)

Selain tu, menjelang bulan 7 aku akan kena bayar roadtax untuk anak dara violet tu, buat pertama kalinya. Berdebar rupanya jadi ibu yang menjalankan tanggungjawab eh! haha Lebih best lagi, aku plan nak beli rumah mungkin sebagai hadiah birthday diri sendiri! wawawa Besawnya hadiah! Rumah 100k je, saja nak buat investment. Cari yang dekat dengan office supaya senang nak lari balik kalau mak panggil emergency. Since aku akan jadi sole owner, aku kena fikir banyak kos juga sebab nak jaga mak. Tapi, insyaAllah akan ada rezeki tu untuk aku dengan mak nanti :)

Disebabkan tahun 2013 ni fokus aku adalah kerja, maka tahun berikutnya disasarkan sebagai tahun bina diri dan keluarga. InsyaAllah aku nak masuk belajar balik lepas kawin! haha Saja, supaya ada penyokong moral yang genuine :) Speaking of which, aku serahkan sepenuhnya pada Allah. Mudah-mudahan adalah seorang hambaNya yang dikirim untuk meneman jalan aku ni, begitu juga aku meneman jalan dia. Honestly, kalau tak de juga, maka wishlist ni postpone kepada tahun berikutnya! haha Seperti selalu, urusan ini walaupun melibatkan hati aku, tapi perasaan hati ini, bukanlah di dalam kekuasaan diriku sendiri...

Semalam aku mimpi pak cik tu, entah macam mana dan sejak bila, kad birthday dia sampai kat ansar! huiyo..nama pun mimpi! nampak sangat nanti aku kena sponsor hadiah birthday beliau, walau pun dia tak ingat birthday aku bila! ceh! Speaking of this juga, ada bau-bau bacang kat opis dari sorang junior ni. Junior ni dari tahun pertama aku join dah terbau bacangnya, cuma aku tak perasan seperti selalu! Tapi masa Beijing tu memang nampak obvious, cuma aku diamkan je. Since aku ada violet pula, dia lebih-lebih simpan gambar violet! aku pun x de simpan! ish3

Kitorang memang selalu outing beramai-ramai dengan junior-junior lain, maklum ler, aku ni senior yang sporting! wawawa ke sebab aku tak kelihatan seperti senior pun! haha Tapi last month, saturday first working tu dia terobvious lagi sekali, masa training. aku pun tak berapa faham, hinggalah sorang lagi junior J yang kitorang selalu keluar tu consult aku pasal produk herbalife dia, boleh plak junior J ni sibuk-sibuk nak bg tau Junior tu pasal aku. Eh!? ini sudah musykil ni...obviousnya membuat aku berfikir balik. Honestly he's too junior by age, dan ada beberapa faktor lain lagi yang tak memungkinkan aku berperasaan terhadap beliau. tapi, jika memang telah begitu suratannya, aku redha je lah..

Because of this juga, aku dengan ikhlas hati mendoakan pak cik tu bertemu jodohnya dengan segera. Senang aku amik jalan lain. Begitu juga si junior ni, moga-moga dia bertemu jodoh juga dengan segera. Samalah dengan aku, mudah-mudahan aku pun berpeluang mengedar kad yang ada nama aku dan ehem ehem tu dan menjemput kawan-kawan ke majlis besar aku nanti - walaupun aku memang tak nak buat besar-besar! haha

Pak cik seperti cuba memberitahu sesuatu, dia kata tahun ni nak raya kat tempat lahir dia selepas raya kat tempat dia membesar. Manalah taw, dia nak visit bakal in-law dia ke kan, sebab mak dia dah carikan calon isteri untuk dia. haha aku pula saja bagi dia pening, letak tarikh mart and cafe kat status, lepas tu tanya boleh tak invite boss lama datang event? Lepas tu dia cakap aku jahat, sedangkan tahun lepas dia cakap aku baik! hahaha *Bengong 2-2!

Sekarang Penghulu PH tu tengah sibuk dengan nak propose gf dia. Tengah fikir macam mana lah itulah inilah. Bukalah cerita si Efa yang laki dia dulu propose on his knee kat concorde. Siap dengan violin segala! Nat-o pula tak ada kisah apa-apa, dia orang melayu biasa je katanya. Aku? Haha aku pernah fikir dulu, maybe pak cik kena lari accross airport security dan tahan kapal terbang dari berlepas! sebab di saat akhir baru dia tu sedar, selama ni siapa yang dia diam-diam sayang! hah! berangan, no 1!

aku ada presentation besaw mart and cafe minggu depan. esok aku ingat nak briefly diskuss dengan boss and puan, minta opinion atau pun akak rina tu..tapi kalau aku free and diorang tak busy lah. aku pun dah tahap pening juga ni, penuh tangan hari-hari! last week dah terasa perut pedih, ops..better beli suspension sebelum lebih banyak dinding perut dihakis asid! pak cik dan aku telah menjadi satu kapal sejak aku kena gastrik sebab iso tahun 2011! tapi aku kini telah menjadi lebih faham apa dan mengapa pa-yap buat apa-apa dulu. sebab aku pun dah jadi macam dia! like teacher, like pupil! haha

masih banyak tak siap untuk presentation pun. makin berdebar dan aku tahu juga tak banyak yang aku boleh putuskan, sebab boss jenis sangat lenient. aku pula garang sangat. kalau aku rasa ayam, ayamlah jadinya. tapi aku percaya, semua ni bukan sebab diri aku sendiri, melainkan aku juga memahami tekanan yang boss dengan puan hadapi. aku berharap dapat membantu, memudah cara. so mana-mana yang aku rasa kecik, aku decide je sendiri. dah jadi baru aku bagi taw boss! haha jangan marah ye boss, sebab aku susah nak call dia 1-1. nanti dia pun tak faham, lagi pening ke..so meh aku tolong, mana yg patut. bab duit, memang tak la. cuma implementation tu. mana yang aku faham, aku rasa logik, insyaAllah aku tlg dia decide the best. kalau dia still tak suka, wat can i say? as usual, i already voice it out...

ok dah tengah malam. masa untuk buat kerja balik. naik muak nengok sebenarnya. tapi no choice. aku kena bagi diri aku sendiri faham dan rasa terurus, barulah aku boleh uruskan orang lain untuk memahami kerja masing-masing. speaking of which, aku rasa nak buat sendiri semua! sebab aku paling susah minta komitment orang lain!

sekian.


Tuesday 8 January 2013

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Dah lama tak menulis, mencari-cari mood untuk menulis kembali bukan saja di blog ni malah untuk newsletter kompeni dan macam-macam lagi benda. Aku tak menulis sepanjang Disember lepas bukanlah sebab terlalu sibuk. Aku dah terminate broadband - langkah pengurangan kos. Langkah lain yang bakal di ambil ialah pindah rumah lagi! huhu

Bukan sengkek sangat, tp boleh lah begitu! Hampir muflis mungkin. Dan diharap 2013 ada salary adjustment yang boleh melegakan jerutan di poket ini di samping membina kembali cash reserve yang sepatutnya! Harapnya dengan pengenalan kepada jawatan baru, turut ada berita gembira yang melebarkan senyuman :)

*Ha! Tulah, jalan-jalan tak hengat...

Seawal tahun 2013 aku kehilangan mood yang tiba-tiba. Sebelum tu lagi pun dah terasa mood-less tapi memasuki tahun baru jadi lebih less-mood. Ada beberapa kerja tertangguh yang aku masih belum gagah berlari untuk siapkan. Tulisan pun tiada warna untuk menceriakan. Bimbang kalau yang sampai nanti ketatapan pembaca adalah bahan paling bosan pernah mereka tengok! Jadi aku tunggu hingga ada mood walau pun dateline suda semakin hampir...

Nak kata aku overwork tak juga, segalanya berjalan lancar dan perlahan-lahan. Tiada pecutan perlu dilakukan mungkin aku cuma perlukan lebih rekreasi minda. Nak berekreasi minda pun, dengan jerutan di poket, tentulah sentiasa perlu berhati-hati! Jadi mungkin itulah alasan utama. Selain itu mungkin kurang motivasi atau pun sokongan dari mana-mana pihak. I'm isolated totally!

Hurm..masalah ini perlu di atasi juga. Aku macam dah hilang kepercayaan pada manusia. Mungkin kerana aku rasa amat-amat sakit hati atas perbuatan mereka-mereka yang rapat tapi menghalalkan perbuatan melukakan hati aku tu, tak dapat aku terima! Jadi aku malas mahu mempercayai sesiapa lagi. Membiarkan telifon berbunyi tanpa diangkat atau pun membiarkan ia bisu saja. Atau pun berada di tempat yang sama tapi seolah-olah jauh jaraknya dan tak nampak fizikalnya.

Salah akukah? Aku tak mahu menyakitkan hati dengan kata-kata, dan aku hanya mampu berdiam. Kalau diam aku mencipta berita palsu yang aku semakin sombong - silakan. Aku akan kekal dengan tak mahu kata apa-apa. Sukati kamulah nak buat spekulasi, aku tahu apa yang berlaku dan kenapa aku memilih diam. Susah jika kita punya hubungan rapat! Lebih baik kita tak kenal, marah atau benci pun tak ada kaitan...senang cerita...

Sistem imunisasi yang aku cipta menunjukkan reaksi pada beberapa perkara. Contohnya opismate aku terpaksa berhijrah kerana masalah politik ofis yang aku malas nak amik port sangat. Kelihatan aku sangat tak mempunyai perasaan bila aku tak tahu apa yang harus aku katakan pada hari terakhirnya. Yes, I'm cutting all connection. Tapi aku ucapkan good luck, mana tahu menjadi cikgu adalah lebih baik untuknya?

Lagi, aku tak bereaksi kala si ehem-ehem menegur setelah hampir setengah tahun berdiam diri. Masih mengingati warna merah kesukaan aku dan tahu apa yang aku suka buat, tapi itu bukan tiket untuk senang-senang datang dan pergi dalam hidup aku! Sejujurnya aku mungkin sayangkan dia lebih dari yang dia tahu, dan dengan jujurnya aku mahu pergi lebih jauh bersamanya. Tapi dia yang datang dan pergi dengan sesuka hatinya, salahkah aku memilih untuk membina tembok ini kerana terus bermimpi untuk bersamanya seperti mengoyak hati sendiri?

Kritikan adalah perkara paling susah untuk aku terima kerana aku rasa aku telah berusaha melaksanakan sesuatu sehabis baik. Bukan aku tak boleh terima teguran, tapi ia sedikit mengecewakan dan aku tak lagi punya 'doktor' untuk merawat.

Aku ingin mencuba sekali lagi, tapi aku bimbang tak boleh terluka lagi...

  

Ho Hey 2013!




It's new year 2013!! Bring it on! :) More challenges, more prosperity, more meaning, more knowledge, more love, more and more and more!

Ho Hey! 2012 was a great year, with some of it sweets, some of it tears, welcoming new things, saying goodbye to some other, new places, new faces, there's ups and down - most importantly what I learnt from it. What it shape me to what I become today :)

Ho Hey! The song is a regret that his girlfriend choose someone else, but he keep on positive. Ho Hey! That's what I'm trying to be for 2013. I might failed some on 2012, but I'll try again this 2013! Ho Hey!

Best of luck to me and everyone else. Let's try to make ourselves beneficial to this world by giving more to other but expect less in return. InsyaAllah, Allah know's best of what inside our heart. We'll get back what we give. Try to live free from human appreciation, let Allah alone rewards us :)

Gambatte kudasai :) With great power, comes great responsibility!