Tuesday 23 October 2012

Pengorbanan, korban, mangsa, survivor...life's like that!

Eh? Apesal masih Oktober? Lama betul bulan ni, penuh 5 minggu! Ish...Bosan dan dah kering ka3 Sebenarnya hati rasa lapang sejak semalam, sebelum tu terasa sangat tak semangat dan berat. Entah ke mana mood aku berlari, tertinggal kat Kinabalu lagi agaknya! ahaha..Mungkin, sebab balik dari Kinabalu masih terasa-rasa nak berjalan-jalan atau eksplorasi ke mana-mana! Ish..dasar nama 'shan-bu' memang kaki jalan-jalan!

Jumaat lepas baru membeli satu tiket ke Fraser Hill. Janji nak pergi dengan budak ofis, aku ON je sebab ada jungle trekking! YES I'm addicted with outdoors! :) Entah, mungkin sebab berada dan buat aktiviti outdoor buat aku rasa bebas dan tenang. Dalam ofis ada banyak cluttered,  dengan real life pun sama. Sana-sini orang tipu, sana-sini orang belit nak kaut untung! Tu yang malas nak fikir pasal real life, sesak! Tak fresh, tak honest, semua orang pentingkan diri sendiri..

Enough, aku bukan anti sosial tapi life in my beloved Malaysia lately macam mengelirukan. Semakin aku dewasa dan mengenali politik dan strategi, aku jadi menyampah dan muak. Macamlah tak boleh hidup kalau tak ada kerajaan! Memanglah negara yang aman menjanjikan ekonomi yang baik, dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup, tapi lately semakin terserlah warna-warna 'kelakar' walau pun setelah mereka cuba sembunyikan. Lebih mengelirukan, kerajaan bertentangan juga lebih kurang sama walau pun belum nyata. So, kesimpulan memang life in Malaysia semakin mengelirukan! Susah menjadi warga negara biasa nih! Ish...  

Politik bukan saja tahap negara, tapi dalam ofis pun ada politik. Memang aku tahu dan tak nafikan, somehow we have to choose side. Tapi aku tak suka bonded dengan satu side. Aku lebih suka bebas mengatakan benar kalau memang benar, salah kalau memang salah. Mana ada orang yang sentiasa betul? Orang gila je kot...Prinsip aku kat ofis sekarang ialah dengar boleh, percaya jangan! Orang kat ofis aku ada kebolehan menjadi cameleon! Lebih menarik, cameleon berdarah tulen! haha Unbelievable, believe it!

Realiti hidup, realiti pekerjaan. Memang sakit, tapi kalau kita ambil yang positif dan belajar bina diri dari situ adalah yang terbaik. Kadang-kadang memang kita terlalu muda untuk buat kesimpulan, dan jalan yang kita pilih bukan favourite orang-orang senior, sedangkan hati kita memang ikhlas. Tapi siapalah yang tahu soal hati, jadi the best is percaya pada diri sendiri. Kalau rasa betul tindakan kita, teruskan. Dengan kedegilan hati tu, kita akan selalu ada alasan untuk memperjuangkan tindakan kita. Kecuali kalau tindakan kita memang salah, memang tak bolehlah nak tegangkan benang yang basah!

As part of mangement yang membuat policy, aku pun kadang-kadang tak faham macam mana para 'kepala' membuat keputusan. Tapi as orang kecil mereka juga aku kena faham, dan bukan sekali dua ini aku menjadi faham situasi mereka. Cuma masalahnya, bila perkara sebenar tak disingkap, tak diperjelas, menjadi salah faham yang berpanjangan. Akhirnya gaduh tak habis! Darah tulen kalau gaduh makan hati! Haha Tidak syak lagi!

Tapi mujur aku dilahirkan degil, dan berbapakan orang yang kepala batu tapi beribukan orang yang paling lembut hatinya; menjadikan aku orang yang akur kalau pun bukan salah aku. Masih boleh berasional biarpun nama aku sedang dijaja-jaja sebagai tak boleh diharap. Tapi pelik juga, yang tak boleh diharap ni yang dipilih menjadi 'kepala' ke 2 untuk mart dan restaurant nanti. InsyaAllah, belum ada black and white, tapi telah diuar-uar dan disebut-sebut, aku yang degil ini bakal menjadi asst Manager  mart dan restaurant. InsyaAllah termakbul dan semakin dekat cita-cita ku mahu menjadi manager! *bwahahahaha

Sebenarnya ada takut dan suka. Takut sebab ini yang pertama untuk aku dan kompeni. Menjadi sangat cenderung untuk salah dan silap, tapi aku suka kerana diberikan kepercayaan ini. Aku boleh belajar banyak perkara baru, yang tak pernah aku tahu atau pun ambil tahu! Mungkin saja tak pernah terfikir. Harapnya, walau apa pun tanggungjawabnya, aku akan mampu memikul selayak dan semampu yang aku ada, mudah-mudahan berjaya. Amin :)

Tak sabar nak balik Khamis ni sempena Aidiladha, nak ku khabar pada emak - saya yang cumil ni nak jadi Manager! haha *If my dad was still around, I can imagine his smile! Masa aku konvo dulu, balik dari konvo, bapak aku boleh komen (dalam banyak2 komen dalam dunia); engkau ni paling pendek!

Ada beribu orang dari beberapa fakulti akan konvo pada satu-satu sidang, macam mana bapak aku tahu anak dia ni paling pendek? *daddy, i really miss you! Mommy don't call, but you used to!

  

Saturday 20 October 2012

the climb 2012

Bermula dengan cita2 giler 2 org budak pompuan, beli tiket murah en.Tony, hingga beberapa siri latihan yang tak seberapa; akhirnya sampai juga aku ke puncak Kinabalu pada 15hb Oct 2012. pencapaian tertinggi tahun ini dan juga tahun2 kebelakangan ini yang tersangat kureng sebarang pencapaian (rasanya lar..)!

Penerbangan ke KK dari KL pada petang sabtu 13hb yang berkejaran dalam hujan menuju ke LCCT! Speed violet mencecah 140km/j - harap2 tak kena saman! plissss....akhirnya sampai ke bumi sabah yang memang di bawah bayu around pukul 4pm. Terus chek in budget hotel, lepas tu jalan2 kat pasar Filipin dan sekitar KK sebab kak yatie and pa-bear pun ada kat KK juga!

Urusan yang dipermudahkan, bila esoknya pun diorang tumpangkan ke Kinabalu park yang sememangnya same-way ke Kundasang. Ada orang nak tengok sheep aka New Zealand katanya..haha Thank you's yang teramat sangat untuk diorang berdua sebab hantar kitorang sampailah ke Timpohon gate! ada macam budak sekolah nak masuk sekolah yang parents hantar sampai pintu gate pun ada! ahaha

The climb is easy, kalau nak dibandingkan dengan bukit tabur, rasanya bukit tabur lagi susah. cuma bezanya kinabalu ni macam never ending climbing! lepas corner ada lagi corner, lepas tangga ada lagi tangga, lepas bukit ada lagi bukit! kalau nak kira tanah rata, hanya beberapa meter je daripada keseluruhan 7.2km! lagi sedih, signboard macam menipu, 2.5km-3km-3.2km-3.5km-3.2km balik! eh? ke mata aku yang dah bengang sebab dah penat mendaki!

Huda dah jauh ke depan, standard la aku memang semput sikit climbing! totally it takes 9 hour daripada 9.30am sampai 6pm once we arrive at Laban Rata. tu belum tambah 100m lagi naik ke atas, menuju dorm kat Gunting Lagadan! Tensi! Makan malam ada kambing bbq, kambing kari, kambing apa entah lagi..tapi makan je semua. makan banyak2! hahaha *lepas tu semput nak naik lagi 100m!! @#$^&

Gunting lagadan bukanlah heated domitory, so memang tak payah berangan nak mandi. Just cuci-cuci je mana patut, karang tido mengigau pula! haha pakai tebal2 siap2 pukul 2.30am nak continue mendaki ke Sayat-sayat sampailah ke puncak Low's Peak. Sampai dorm pukul 7.30pm, pukul 8pm aku dah totally shut down! Memang tahap tak sedar dah! Tapi pukul 12.30am dah terjaga sebab terasa lama giler dah tido! Rupanya baru 12.30 daaa..

Entah kenapa, tetiba rasa sedih amat! Bukanlah sedih sangat tapi terasa macam sayu sampai menangis. Bukan sebab penat sangat, maybe sebab takut sebab nak kena sambung mendaki semula pagi2 buta tu. lagi 2km! takut kalau aku lambat sangat sampai menyebabkan huda tak dapat naik! rupa2nya huda pun fikir camtu, dia kata malam tu dah 'terpasang' niat kalau dia tak larat, and aku nak juga naik, dia soh aku je naik sendiri. dia tinggal pun tak apa! hahah punyalah kitorang cuak sebenarnya!!

FYI kitorang kena sampai ke Sayat-sayat pukul 5am kalau tak kena halau balik..itu pesan guider kitorang en.maurice yang pandang kitorang macam kureng bermata! ceh! dia ok sebenarnya, cuma kitorang ni memang jenis mulut berat, so tak banyak nak ditanya-tanya kat si Maurice ni. anyway dia tak delah jahat mulut sangat cakap kitorang lembik etc, sebaliknya sangat bersabar kena berhenti berpuluh2 kali dan tunggu aku walau pun dalam hujan. masa naik, dia kena tunggu aku. masa turun pula, dia kena tunggu huda! hahaha *lengkap package ko!

naik ke sayat-sayat, seperti namanya memang menyayat! kena panjat tali dan naik melalui celah-celah batu yang curam dan licin. mujur cuaca baik jadi kami boleh naik hari tu. pendaki semalamnya tak boleh naik sebab hujan pagi tu, afiq pun tak dapat naik dulu sebab hujan. memang bahaya kalau time hujan. sebab sangat curam lereng tu..kami sampai sayat-sayat pukul 4.30am! ngeh3 magik! maurice sengih je tunjuk jam kat kitorang..ha, x percaya lagi!

tak habis lagi penderaan ke atas paru-paru dan kaki bila masih ada dalam 1km lagi nak ke low's peak. sesetengahnya tak teruskan ke low's peak, tapi aku dengan huda memang just give a try. kalau ada rezeki, sampailah kami. tiada paksaan sebenarnya. all the way up tu pun, aku pun tak tahu dari mana dapat semangat, berulang-ulang dalam kepala "it doesn't matter what time i reach there, just a bit more, slow-slow, at my pace, it's ok, i can do it bla bla bla" tapi aku memang tak rasa marah sampai nak give up, campak beg etc patah balik etc whats in my head is i want to reach the point, at any given time, i don't mind about the time..tak ada hadiah pun..x ada rekod pun..just climb it..

pukul 6am dan keadaan dah mula cerah, kami sampai ke bawah sedikit dari low's peak. aku dah malas nak naik lagi sikit, sebab aku rasa sama je. low's peak tu ada satu signboard and bendera malaysia kalau tak silap. sebab kitorang kena turun by 6.30am so aku budget2 macam tak sempat. so kitorang just hang around situ2 je amik gambar..sampailah juga kitorang ke puncak tertinggi di Malaysia! hehe Menyambung misi menawan landmark, aku keluarkan pek sos company dan amik gambar berlatarbelakangkan gunung kinabalu, dan balik, upload kat fb.

Sampai ke dorm, sempat tidur dalam satu jam. recharged! tiba-tiba sejuk yang teramat sampai aku rasa demam sekejap! Rupanya ada bengos yang tak tutup pintu dorm! patutlah sejuk giler! giler bangang orang tu, nasib baik aku tak sakit! efek jugalah sebab nak hilangkan sejuk tu bukan senang woo..aku risau tak sampai bawah je! ish..masa breakfast pun aku tak buka baju sejuk supaya dapat kekalkan haba badan. nak makan pun tak selera. dah penat kot..

10.30am kitorang gerak turun sebab maurice dah bising nanti tak sempat ambil lunch. tutup 4pm. aku sebenarnya plan kena juga sampai bawah by 3pm. sebab nak kena rush to airport by 6pm. flight aku pukul 7pm! turun tu, memang lutut sakit menahan, at a point, dua-dua lutut terasa gigil dah! so makan epal untuk dapatkan energy segera. terasa manis betul epal tu dalam hujan dan sejuk2! turun macam lipas kudung! entah dari mana dapat kekuatan, aku pijak batu2 tu macam dah terkoordinate dalam kepala, so aku boleh turun dengan lajunya, tak perlu kira2 step etc macam meluncur!

pukul 2.25pm aku dah sampai Timpohon gate! ahhhh leganya!! masalahnya huda aku tak tahu kat mana..aku memang sangat laju, tak berhenti pun kat pondok mana2 kecuali sekejap. macam kena kejar hantu! dah puas menunggu, akhirnya huda sampai pukul 4pm. lepas tu kitorang rushing ke main gate, amik barang, cert, taxi dan tido sepanjang jalan sampai airport! sepanjang jalan hujan, dari turun gunung sampai ke airport! tukar baju kat airport, kalau tak alamat pengsan la passanger sebelah aku! haha

tak sempat nak amik gambar dengan maurice, tak sempat nak thanks him or amik gambar kat arrival point, sebab memang rushing amat2. maybe i should bought later ticket, tapi nanti kesian pula fida nak jemput aku malam2! anyway sesampainya di rumah, tidur atas katil comel ini, terasa sangat indah dan begitu bermakna! =)

kalau ikutkan, aku tak rasa nak naik lagi! mengenangkan never ending steps all the way up, sejuk sampai sakit paru-paru! tapi aku rasa aku sudi naik lagi, maybe next year? kenapa? sebab aku nak naik dengan penuh lengkap kali tu. umpama orang pergi haji, masa umrah mesti rasa macam banyak yang kurang. sebab baru belajar. bila haji, mesti nak buat baik2. itu yang aku rasa...

maybe, insyaAllah next year 2013 who knows?



Tuesday 2 October 2012

if you get what i mean

lama giler x menulis! gara-gara tensi teramat dengan hal kerja, masih berbekas sebenarnya...masih juga sibuk dengan pesonal aktiviti seperti bakal terbang ke Sabah beberapa hari lagi untuk menunaikan hajat tahun 2012 - mendaki..! aku takut sebenarnya, bukan takut jatuh. tapi takut ia terlalu tinggi! pengalaman mendaki bukit tabur terasa gigil kaki hingga mc 2 hari! takut sungguh hingga aku dah siap-siap apply cuti sehari berikutnya. bimbang sama kejadian dengan sebelum tu, cramp!



tapi rasanya insyaAllah masalah kurang stamina boleh di atasi, sebab aku sll main badminton lately. at least once a week, and pulun giler-giler. cuma lutut ni dah tua haha anyway kalau cakap pasal persediaan tu memang tak habis-habis. nanti aku post balik report untuk itu :)

sebenarnya ada satu hutang juga untuk up-up-and-away series 2012..tahun ni ada lokasi sangat istimewa dekat di hati yang aku pergi. kalau nak ikut duit poket, memang tak dapek la...nak cancel hari tu, tp tiba-tiba ada rezeki dalam akaun. so insyaAllah rezeki sama juga yang akan menaja ke kk beberapa hari lagi. alhamdulillah, terima kasih Allah kerana aturan yang begitu unexpected :)



fatal head collision tomorrow! 

sebenarnya in a rushing sebab nak menyiapkan satu kerja penting yang kena bentangkan esok! memang mati lah kalau kerja sebulan kena siapkan dalam satu malam. sebab tu sejak balik kerja tadi, drive lagi dah fikir macam mana nak solve, nak present in a way, my boss can easily nampak my point. ni pun satu hal besar, sebab aku memang x de mood nak fikir dari hari tu. ditambah dengan masalah last time dengan colleagues yang #$$%^ lagilah aku malas nak fikir.

benda kalau dah tak ikhlas nak buat memang tak datangnya ilham! kenapa aku tak ikhlas? tu sebab mereka-mereka yang #$%^&* tu juga lah! padan muka diorang! bwahahaha *tapi aku juga kena berjaga sampai esok! 


nak tulis juga, last few week after my up-up-and-away series tu, aku yang sangat tensen dan bodo telah meng'hi' beliau yang sedang sangat sibuk tu. sebabnya aku sangat tensen, suddenly terbaca satu web yang sangat comel! terus jatuh hati, especially aku rasa sangat 'familiar' dengan watak tu. terasa sangat 'dekat', conversation pun terasa sangat 'mudah' difahami! if you get what i mean..aku pun bg link tersebut kat beliau. jawapan beliau --> saya sibuk, nanti saya tengok balik. ada meeting...

jurang paling dalam yang aku sengaja terjun sendiri!
haish..susah kalau orang dah sibuk amat. x pe, as i know i'm not important as before :) ngeee... *tiba-tiba sakit hati pada boss aku hilang, sebab aku lebih sakit hati dari sakit hati kat boss! haaaa....! 

tadi colleagues yang satu floor ngan aku mengadu "kami nak cik-rebel (bukan nama sebenar) yang lama!" dengan alasan, diorang kata aku makin jahat sekarang! dulu aku senyap jek, jarang kacau orang. sejak akhir-akhir ni aku jadi nakal! aku pun reply "no more ms nice cik rebel yo!" seyes...kawan online aku pun cakap benda yang sama -- aku cam nakal! haha fyi - it's a disguise. online picture pun da tukar bad-man return *bwahahahaha


so online comic tu meneman aku beberapa hari ni, sambil dengar lagu korea! haha ada rasa 'comel' sikit..tak lagi a** sore sbb apa yang terjadi. sesungguhnya ia ternyata lebih menyakitkan berbanding mereka-mereka yang telah menyakitkan. huuu...

anyway, since when is running away is a way to solve a problem? *c'mon it's not so bad after all, rite?

yes, YOU can always make me smile