Wednesday 29 February 2012

ombak rindu

baca tajuk pun dah tau, mesti nak jiwang-jiwang! :D

saja, aku tetiba nak mengada-ngada guna tajuk filem sensasi tu! SEO! haha x derlah, aku sebenarnya baru faham lirik lagu Ombak Rindu tu! haha giler lambat! maklumlah, aku memang kadang-kadang tak begitu teruja, hingga semua orang lain dah settle, baru aku nak start! kakaka

Anyway, hari ni ngengada nak cakap pasal rindu. ceh! apakah qualification yang aku ada untuk bercakap perihal ini?? *jangan risau, aku pun tertanya-tanya juga soalan yang sama! :D

ok, rindu tu tak semestinya pada boifren, boleh je rindu kat kucing, tumbuhan, suasana etc macam aku, kadang-kadang rindu suasana raya! awal tahun lagi dah terasa-rasa indahnya raya! terdengar-dengar lagu raya! haha pada aku, raya event penting dalam setahun. sebab itu masa kita berkumpul semua anak-beranak, adik-beradik, sanak-saudara..masa raya, paling sweet sebab berakhir ramadhan then semua berkumpul :)

apa yang aku rindu nih? haha aku rindu kat orang...aku malas nak tulis, sebenarnya. saja nak bagi tahu, aku baru tahu maksud lirik lagu ombak rindu. dan aku rasa, aku faham, kenapa ia OMBAK rindu. bukan TITIS, bukan SESUDU, bukan, bukan, bukan...ia ombak, sebab ia datang dengan cepat dan tenaga berton-ton air laut.. eh? ni masuk sains pula.. :)  

ok-ok, ia ombak kerana ia punya kekuatan menggoncangkan hati. walau pun mungkin hati yang paling batu! hati yang sangat susah nak percaya sesuatu yang manis boleh juga berlaku padanya! ki3 *oh! sudah hanyut dek ombak! 

lagi, ia ombak kerana ia berjaya mengoyak hati ku! ahahaha korang pernah tak rindu orang @ sesuatu hingga rasa hati tercarik-carik, terkoyak-koyak, sebab apa yang dilihat depan mata, bukanlah apa yang ingin dilihat di hati..perghhh...

jadi teori aku berkata, rindu tu disebabkan apa yang kita mahu, tak sama dengan realiti. kerana itu juga, kuman diseberang laut, kadang lebih jelas dari gajah di depan mata! haha *wah, mendalam nih! dan aku yakin, sekecil umat pun punya rasa rindu, baby pada ibunya, jadi terbuktilah, aku pun punya kualifikasi bercakap tentang rindu..

ok, nak tido sekarang. belayar di lautan rindu..... HAHAHAHA :D

Friday 24 February 2012

honey-dew-saturated point

OMG! I haven't writing for Feb thou i promise to upload stories and post about my Beijing Trip! Kinda busy a bit lately..plus after the Beijing trip, i discover that i really like being away and the idea of migration is really clear! haha i told my mom about it, just the destination is unsure...

ok, current issues is i'm having battery not charging problem with mat top. i bought a newer battery and even the charger, but the issues is not solved. try to uninstall and install the battery software as well, but it works for only like 5 seconds! so now i'm writing this while waiting the completion of downloading the updates by the manufacturer.

ish...i'm really annoyed when any of my properties isn't working properly! i just cant think of anything else because of it! ok now it's completed. got to check on that first. i'll get back here later...

it's 7am now and today have to run to putrajaya till sunday for sales event. hoping to bring along mat top because the size is smaller and lighter than the company laptop but battery problem. haaaah..long way to go. now is scanning....

got some sweet-like-honey-dew news, but don't know how long it last. finally you want to see me. but after sometimes, i'm kinda nervous to think about what to talk about? thou we're talking like everyday virtually! haha erm..talk about it later after the 'seasons' done. hope it turn out well? hihi

ok, think i want to come work early today. prepare for the event things. so i stop here first, till meet again. good day to everyone :)

Friday 10 February 2012

Beijing Last Day

Hari ni last day, sedih masa kemas barang malam tadi! Rasa macam baru jekkk sampai! hahaha

Pagi ni, lepas breakfast, kitorang pergi satu lagi tempat last shopping. Sini tempat bagus shopping barang electric, gadget, toys etc Kat sini aku beli Sinanju! ahaha Sinanju made in China, harap en Sifu tak marah sebab tak beli yang ori! Ori sangat mahal, RM200++ so aku beli made in China Y150 (RM75!)

Sepanjang tour ni kitorang pergi 3 tempat shopping. Tempat pertama kitorang pergi, aku tak beli apa-apa. Tambah pula pekedai kat sini sangat agresif! Main tarik-tarik! And in case dia tak nak jual pada harga yang dia offer (best price), dia akan halau ko suka-suka dia!

Second and third place is much better. Much politer and organised..

Tips membargain kat China is easy. Sebab diorang akan buka starting price giler punya besar, so ko kena cut at least 1/2 from it. Harus diingat, diorang boleh naikkan harga hampir 500% dan ikutlah ko punya kemampuan membargain nak bagi jadi affordable. Kalau diorang tak nak juga, blah je dari situ. Kalau diorang panggil, mean diorang setuju. :)

So far, aku rasa best! Sebab aku rasa diorang pun tak suka kot kalau diorang buka Y10,000 then orang terus bayar. Macam tak exciting. So kalau ada tawar menawar tu rasa lebih meriah dan best :) Try la, test power...

Lepas shopping, makan tengah hari last. Then gerak ke airport. Flight delay hampir 2 jam, maybe sebab angin kuat. Plane bergegar-gegar hampir separuh perjalanan. Berat sungguh rasa nak tinggalkan Beijing! Walau pun komunikasi macam ayam dengan itik, toilet tak pernah jumpa yang wangi dan selesa; aku rasa best! haha Maybe sebab tu experience pertama aku ke luar negara..mungkin kalau ke europe nanti aku lebih jatuh hati! haha

Honestly, aku ada bagi tau mak aku, aku mungkin nak migrate satu hari nanti. Tapi tak tahu ke mana atau pun buat apa. Cuma yang pasti, aku akan terus mengembara mencari tempat yang aku rasa memang 'tempat aku'

So, Beijing, thanks for accepting me. I'll definitely come again someday :)

Beijing Day Four

Hari yang ditunggu tiba lagi, hari ni nak pergi Forbidden city and Tienanmen square. Aku excited nak pergi Forbidden city sebab banyak sangat tengok cerita cina lama-lama yang ada adegan di sini. Terasa macam gah giler kot!

Tapi nak sampai ke Forbidden city, as the name itself, kenalah berjalan merentas angin lebih kurang 3km! Untuk aku tak adalah susah sangat, tapi as for baby and budak kecik, menangis sepanjang jalan sebab sejuk. Dataran Tienanmen tu biasa je, nothing special. Tapi Forbidden city tu menarik. Majestic.

Ada lebih kurang 3 lapis pintu gerbang (atau lebih) untuk sampai ke tengah-tengah istana which is the balairongseri. Tak pergi naik atas tu pun, sebab tak sempat dan sejuk. Kesian kat budak-budak, so cepat-cepat balik. Anyway, it's great. And someday, i'll definitely want to visit again :)

Selepas tu pergi tempat massage kaki. Oww! Aku tak join, sebab aku geli. And plus tak ada tukang urut perempuan. *Kang marah pula encik ehem-ehem! hihi so aku pun dok diam-diam je la kat kerusi..Tapi kat sini aku bengang giler ngan sorang indonesian tu, dia speaker kat situ, asalnya dari Bandung. Belagak giler macam pengurus rumah urut! *Memang pun!

Tapi lucky aku tak join, sebab aku rasa tempat tu ada sikit-sikit tempat urut/pelacuran aouch! Dengan most of the sifu's yang muka macam bapak ayam..seriously tu tempat paling menyampah aku pergi sepanjang lawatan ini..sumpah, tak mou pergi sini lagi!

Ops, sebelum pergi dataran Tienanmen tu kitorang pergi minum teh. Berkenalan dengan teh oolong, pu-er dan lichi. Info kat sini paling best ialah belilah teh pu-er. Teh ni meningkat kadar 9% setahun! Macam harga tanah! Ni pun kalau beli, boleh tulis wasiat untuk anak-anak! haha Aku nak beli, tapi tak jumpa jalan keluar nak pergi amik credit card! haha

Design tempat ni pun sangat cantik, teliti. Tapi susah nak cari jalan keluar! Mungkin kalau datang lagi, aku akan beli teh pu-er tu sebagai warisan..hehehehe

Beijing Day three

Seperti biasa, pagi breakfast mende yang sama. Tapi aku tak kisah, makan je. Janji nanti tak lapo! hihi

Hari ni kitorang pergi lawat zoo, tengok Panda!! Teringat pa-Yap aka Panda-man! haha Tapi semua panda kat sini tak sudi pandang kitorang. Diorang tengah tido, sambil hala bont** kat kitorang! Ceis! So tak ada gambar panda comel makan buluh seperti yang digembar-gemburkan!

Hari ni angin kuat, tahap 3 atau 4. Aktiviti asal ialah melawat Tienanmen dengan forbidden city, tapi tak digalakkan. Suhu ialah -12.

Lepas lawat panda, makan tengah hari dan kemudian pergi melawat kilang sutera. Ingat nak beli sutera cina untuk baju raya, tapi corak sangat limited and tak cantik! Old-skool. So tak jadi beli...Hanya cuci-cuci mata tengok ceongsam yang sangat cantik :)

Hari ni ialah Chap Goh Meh aka hari terakhir (ke-15) tahun baru cina. Sebab malam tu kami free aktiviti (group satu lagi pergi tengok kung fu theater), so aku dengan Su pergi jalan-jalan merakam video diorang main mercun! Giler meriah!

Kat China, dibenarkan main mercun hingga 15 hari. Asalnya diharamkan juga, tapi lepas tu dibenarkan semula sebab kurang meriah kalau tak ada mercun. So some corner street, boleh tengok kedai mercun/bunga api yang besar-besar. Mercun dan bunga api yang diorang main tu pun, besar macam tin minyak tanah zaman dulu-dulu atau pun tin biskut timbang tu! Diorang main tengah jalan dan mana-mana corner atau blok macam fighting each other, siapa lebih kuat.

Suhu -13 dengan angin kuat, tapi aku gagah berdiri di luar melayan mercun di malam chap goh meh in beijing :) *sebenarnya ada niat tersediri! ahaha Masuk bilik, kaki terasa gatal macam kena gigit serangga. Rupanya sebab sejuk sangat, kulit jadi kering dan merah-merah. Cepat-cepat sapu krim supaya tak lebih teruk. Lucky I'm a plum, sebab boleh guna lemak yang ada mengawal sejuk. Kawan-kawan yang 'kering' semua dah kena awal-awal! ahaha

Meriah giler!

Beijing Day Two

Malam pertama tidur lena amat! Dah letih and kesejukkan kot? Wake up call 6am then prepare untuk breakfast etc Breakfast sangat biasa, tak menarik sangat! Ada nasi goreng, kuew teow goreng (yang maybe chef baru study malam tadi!), cereal, roti, salad, bubur, tu jek kot..aku pun tak tour sangat apa yang available. aku amik nasi and sayur, telur rebus, dan juice. Hari-hari pun sama! ahaha Saja makan pagi berat-berat, so tak cepat lapar..

Hari ke-2, lawatan ke tempat jed. Cantik-cantik, murah serendah Y100 (RM50) hingga berjuta-juta Yuan pun ada! Dari sekecik ukiran rabbit hingga ke sebesar-besar ukiran kapal pun ada, dan harga pun tentulah berjuta-juta Yuan! Aku tak beli apa pun, sebab banyak sangat! Pening. Tak suka buat pilihan bila ada banyak sangat yang nak dipilih! So aku amik gambar banyak-banyak je kat sini, and kutip info pasal jed.

Jed ni bagus sebenarnya, sebab ia makin lama makin cantik. So boleh tulis wasiat untuk wariskan jed pada anak cucu! hihi Cara nak kenal jed asli ada 3 cara. 1-Bakar. Jed asli tak akan terbakar atau pun jadi panas. 2-Calarkan. Jed sangat keras, jadi ia tak akan calar. 3-Bunyi. Bunyi jed yang bagus, nyaring bila diketuk. Lagi nyaring, lagi bagus jed tu. Mungkin lawatan seterusnya, aku akan beli jed nih! ngeh3 teringin juga nak beli sebenarnya... :)

Lepas jed, kitorang pergi tempat kristal pula. Kat sini pun cantik-cantik juga, tapi limited. tak seluas kedai jed tadi. And punyalah brilliant otak diorang, design kedai tu 'memerangkap' customer supaya tak jumpa jalan keluar! Info pasal kristal pula, kristal pun keras. Cermin mata kristal tak akan pecah, juga tak akan calar. Kristal ni lebih menarik sebab colourful berbanding jed yang hanya ada warna hijau, putih...Keranda Chairman Mou (Mou Tse-Tung 1893-1976) diperbuat daripada kristal putih (eternity)

Aktiviti seterusnya yang sangat ditunggu ialah snow world! Main ski! Well, aku jatuh 2x! Then give up! haha sebab tak boleh nak berdiri bila dah jatuh tu! hahahaha Sebenarnya Beijing tak ada salji masa ni, yang ada kat snow world tu hanyalah salji buatan. One of us, injured. Terseliuh. Nothing much kat sini melainkan kena bebel ngan nyonya cina tu bila nak pulang equipment. Sebab? Dia tak paham aku cakap apa, aku pun tak paham apa dia cakap! hahahaah lantak ko lah!

Main ski punya pasal, sakit-sakit tangan! haha lenguh. Lepas tu, lunch. Tempat ni agak exclusive dan mostly kata masakan sedap. Entah, aku rasa, semua pun sedap! hihihi

Another anticipating activity; Great wall!!!! Serious, aku sangat teruja nak pergi sini! And memasukki kawasan great wall tu, aku dah excited. Hyper! Memang sah, aku kaki hiking! :) Sebenarnya aku risau juga kalau-kalau dalam cuaca sejuk tu aku pengsan ke haper ke, tergolek-golek ke bawah bukit tu kang, sia-sia jek! Tapi everything ok :) Aku berjaya naik sampai satu tower je la, sebab masa pun tak ada. At least la kan, jejak la kaki kat Great wall tu.. :)

So, aku rasa dapat la satu experience nanti bila nak naik Kinabalu, boleh bungkus badan supaya tak sejuk sangat! Tu antara faktor kejayaan mendaki Great wall :D *Berkat prektis walking dengan pa-bear juga, aku tak rasa penat sangat :) Andika kata, sesiapa yang dah mendaki great wall, layak dipanggil 'warrior'...hehehe

Lepas tu pergi visit kilang miracle krim Bou apa ntah..instructor tu pun pandai cakap melayu and aku gelak sampai rasa nak muntah! Sebab dia buat lawak, tapi muka blur jek!!! hahaha One thing is, kesian juga la, sebab dia kena bakar/lecurkan tangan sendiri, lebih kurang 4x sehari untuk tugas tu! Huiyoo..baper gaji dia agaknya eh?

Krim tu untuk melecur, 1st degree burn. Dia selamba sapu besi panas dengan tangan, sampai bau daging terbakar, lepas tu sapu krim tu. Made of aloe vera etc Selain tu ada juga koyok etc Sini ialah kedai ubat herbal cina, bau ubat sangat kuat! Krim ni menarik, mungkin boss aku minat untuk jadi pengedar tunggal? haha

Sebenarnya aku tulis kat sini juga, sebagai personal journal. Aku tau mesti boss aku nanti nak minta report. So aku tulis siap-siap sini (note) supaya aku ingat! hihi *Bijak..bijak..

Lepas tu, makan malam dan tidur. Sebenarnya taklah terus tidur, melepak sembang-sembang pillow talk, girls talk, sampai salah seorang tidur, barulah kitorang tidur. Bilik twin share, so sometime kitorang pillow talk kat bilik orang lain..bila lagik kan..?  

Beijing Day 1

heehehe I'm back!! Sadly the Beijing trip is over as we land on KLIA about 10pm last night on 8th :) To be honest, it's sad to fly back to KL!!! HAAHAHA

Trip to Beijing yang semua orang berdebar tunggu dan kecoh nak pakai baju sejuk macam mana, long john etc akhirnya tamat. Sedih woo! Terasa banyak lagi perkara nak dibuat dan tempat nak dilawat bla bla bla Maybe paling best sebab cuaca sejuk kat sana! hihihi

Ok, meh citer secara lebih teratur...

Flight dari KL delay sikit on the 3rd Feb, dalam pukul 11pm lebih finally take off. Naik flight Air China, yang englishnya hampeh tak paham! haha so kitorang buat-buat paham je la..sepanjang flight tak tidur lena, sebab penumpang sibuk ke sana-sini, and maybe tak begitu selesa since kerusi kecik jek. Tidur-tidur ayam je..baru nak tidur, dah kena bangun sebab diorang served makanan. Macam maggi goreng jek! Sedih, terasa macam sahur dengan maggi!

Akhirnya, bumi Beijing dijejak juga juga bila touch down dalam pukul 6am. Waktu Beijing tak ada beza dengan Malaysia, so tak payah tukar set jam. First thing after keluar plane is cari baju sejuk! Masa tu suhu -6! Semua orang excited sebab bila bercakap berasap-asap! haha! Jakun giler....ki3

Perkara ke 2 pula, cari toilet! Teng3 Jangan buat-buat terkejut, sebab korang tak akan jumpa toilet dengan paip air serata Beijing! So pandai-pandailah bawa wet tissue or isi air dalam botol sebagai langkah keselamatan! Penting nih! Haha



Then dalam pukul 7am bergerak keluar dari airport. Apa yang menarik kat sini ialah; kitorang beratur as 'FOREIGNER' !! Waha..belagak siott...then meet our tour guide Mr. Andika. Dia ni original made in China haha maksudnya China-man, tapi sangat fasih berbahasa Melayu. Selalu perasan, muka dia macam Bae Yong Jun! Ah! Apa sajalah....tapi all along, he's very helpful and very informative. Banyak pasal Beijing/China yang dia ceritakan dan banyak juga pasal Malaysia yang dia tahu.

So, after breakfast the first place kitorang pergi ialah Summer Palace. Kat sini adalah tempat Maharaja China zaman dulu berehat time-time summer yang panas. Ada man-made lake yang korek guna cangkul, and jambatan yang ada 17 lubang menandakan 'eternity'. Entah apa yang best sangat pasal eternity hingga semua maharaja sibuk nak eternity, aku pun tak pasti! Time ni, tasik ni beku walau pun tak keseluruhan. Touring around the palace melawan sejuk (kali pertama!) adalah pengalaman yang best giler! Dan pemandangan pun sangat cantik! :)

Lepas touring around, pergi tempat pearl atau pun mutiara. Tak menarik sangat, melainkan dapat test krim mutiara free! hihi tapi busuk! sebab diorang tak add perfume, asli. so ada bau hanyir sikit. Sedikit info pasal mutiara ialah mutiara ada dua jenis, mutiara laut dan tasik. mutiara laut lebih mahal sebab cuma ada satu mutiara dari satu tiram. tapi tiram tasik ada lebih dari satu mutiara dan oleh sebab itu functionnya untuk kosmetik sebab lebih murah dan banyak.

Next is lunch yang semua orang kebulur sebab cuaca sejuk! Lepas tu check in hotel dan rehat sekejap sampai lebih kurang pukul 4pm. One of us tertinggal bag kat airport! Lucky we all is caring enough and dont mind sharing with her. Just next time, kena remember check all your belongings before moving, ya..
Hotel tu nice, Holiday Inn Temple of Heaven. Satisfying la, anyway kitorang pun bukan stay kat hotel sangat. Mostly jalan-jalan whole day, so stay hotel hanya untuk tidur!

Petang tu pergi shopping baju tebal dan kasut bagi yang masih tak ada baju sesuai selepas tu tengok persembahan akrobatik. Best! Hebat! Sebab semua yang diorang buat tu, aku tak boleh buat! So hebatlah tu! haha Malam lebih panjang bila sejuk, so by 6.30pm dah gelap macam pukul 8pm! Lepas tengok akrobatik tu, pergi makan malam. Sejuk, so semua orang kebuluran lagi!

Speaking of makan, lucky lidah aku ni universal. So aku tak kisah sangat chinese style ke, thai ke, japanese ke, western ke..semua pun sedap! hihi Tapi some of us, especially mak cik-pak cik terasa kurang selera sebab some of the food masin, atau pun taste-less. And tak ada kuah-kuah. Yang wajib ada, telur dadar! Breakfast, lunch, dinner, wajib ada! then sayur pun kobis, taugeh, saderi..maybe sebab musim sejuk, so tak banyak sayur available..

Lepas tu balik hotel dan tidur. wake up call pukul 6am! Awal giler..Oleh sebab cuaca sejuk, kitorang mandi ala-ala P.Ramlee! Lap badan dengan warm water jek, kalau tak, takut nanti jadi demam atau pun sakit tulang pula!

Continue day two...