Monday 6 May 2013

PRU dan kematian demokrasi Malaysia


OK, PRU dah berakhir tengah malam tadi. dengan keputusan yang ternyata amat2 tak munasabah! bayangkan, kebangkitan rakyat di sana-sini selama 5 tahun ini, berakhir dengan kemenangan BN? Tak logik kan? dan Kedah jadi milik BN semula. Selain tu, DAP menang lebih banyak kerusi berbanding PAS & PKR, hingga seolah momokan BN menjadi nyata! akhirnya, ramai orang mengeluh balik, supaya melayu bersatu supaya DAP tak ambil kesempatan! lor...

honestly, aku tak rasa BN jujur dalam hal ini. dari yang aku perhatikan, BN semakin hilang tempat di hati rakyat. Semua orang tak suka rosmah, kes altantuya dan c4 masih tak settle, beng hock dan sebagainya, jadi mana logiknya rakyat masih memilih BN? kalau kat luar bandar, aku masih boleh percaya. tapi kalau
urban people yang terdedah dengan pelbagai maklumat pun boleh terpangkah BN, sungguh mengerikan tahap tak pedulism rakyat malaysia! dowh!

ada komen penyokong BN yang paling menarik pada aku ialah; katanya baguslah BN menang. minta BN perbaiki kekurangan dan belajar dari kesilapan. siap bagi tahu, dia dah tahu yang BN banyak buat hal sana-sini, tapi masih lagi sudi memberi mandat lagi 5 tahun! ki3 tak paham aku! sanggup ditipu terus2 sejak dulu, kini, dan lagi 5 tahun? hurmmm....menarik!

satu lagi komen pasal DAP yang menang lebih banyak dari PAS dan PKR. Semua salahkan PAS & PKR kerana pecahkan melayu kepada 3! Tun M kata, dia dulu pecahkan 2 je, tapi anuar & TGNA pecah sampai 3! hasilnya DAP menang. Macam mana kalau memang BN kalah, tapi DAP paling banyak kerusi? Siapa perdana menteri malaysia? kelakar kan?

pada aku, dulu kini dan selamanya, aku tak pernah peduli pun dengan menjadi MELAYU. Apa sangat lah..buat segan ada! bangsa yang dilabel malas, layu, bodoh, rasuah, nak jalan mudah..ini ke yang dibangga sangat? apa aku pernah minta dilahirkan melayu? atau adakah ang pernah minta dilahirkan cina, hingga tak berhak mendapat status bumiputera walau pun lahir, besar dan mungkin mati di tanah ini - macam melayu2 lain juga...?

siapa pun layak menjadi pemerintah, janji jujur dan amanah. tak menipu, korup dan penuhkan poket kroni. well, aku memang tak suka kalau aku dapat sesuatu tanpa sebab yang pasti. kecuali kalau memang aku usahakan, memang ada orang hadiahkan. tapi, itu pun penghargaan aku berbeza dengan sesuatu yang memang aku usahakan. nilainya lebih tinggi! i'm proud of what i do! bukan siapa yang ada menjadi kabel aku. aku pun tak pandai kabel2 nih...rs hypo giler!

ok, walau pun ramai yang sedih kerana kalah dan ditipu, aku harap ini jadi pemakin supaya kita lebih kuat. kita belajar daripada pengalaman. look at the positive side, ada hikmah yang mahal boleh dikutip di mana2. janji, jangan mengalah...mana tahu, kemenangan tu sebenarnya hanya beberapa tapak je lagi! ok,
dengan ini juga mengisytiharkan, aku akan mendaftar seberapa segera ini, supaya next PRU18 aku dapat sama2 mengundi. kan, dah berkobar! inilah antara hikmahnya! jangan riso, klu memang rezeki kita - akan TETAP jadi milik kita! pada masa itu, dah tentu terasa lebih manis, sebab kita telah berusaha sehabis daya :)

aku pun kalau ikutkan, tak puas hati. mana mungkin BN masih dipilih? dan dari yang aku baca, macam biasa, BN menipu. kali ni lebih terang-terangan! *dowh! blackout dan tiba2 ada extra bailout box? selain tu, terang2 masuk kan bangladesh. haha sapa tak marah? tapi, apakah hak rakyat yang kerdil ni? dah soh undi, dah undi. tapi SPR dan gov sendiri menipu balik! haishhh...terang2 muka pengerusi SPR tu sengih sebab PKR tak menang. ceh..giler berat sebelah. dah la tu, kata2nya yang penuh sombong dlm tv3 kata pengundi yang tak puas hati masa hari mengundi, hanya boleh tengok je, akan selalu ku kenang2! well, aku doakan, dia jatuh longkang dan orang hanya tengok je! tak rasa nak tolong pun! dan pada masa tu, aku harap dia tersedar balik apa yang dia ucapkan dlm tv tu! haha rasakan!

tv3 dan tv9 pun semalam, sepatah tak sebut pasal negeri2 yang dimenangi PKR, PAS & DAP! Aku beriya nak dengar, tapi tak sebut langsung! diorang hanya sebut2 bila BN menang! ceh...ini apa barang lar..itu pun, ramai lagi masih tak nampak, kan? pelik kan manusia nih? aku bukanlah nak kata apa, musykil! ramai rupanya orang malaysia ni yang sangat takut dengan IF...memang patutlah susah nak berubah. memang patutlah masih memilih BN! huhu baru IF dah takut! ceh...

oh, sebenarnya nak citer rakyat malaysia telah hantar petisyen ke white House minta US campur tangan bila pilihanraya pun tak membantu. mungkinkah ada cara lain supaya keadaan ini dapat diperbetulkan? bukan apa, kalau dah minta orang asing masuk campur, itu dah kira cerita dulu2. aku pun tak setuju kalau minta campur tangan kuasa asing, sebab diorang mesti nak something in return! it's not a win-win situation. so how to force the government to listen to rakyat?

but, i dont think so...selagi kita dimomokkan dengan IF. selagi kita takut melangkah sendiri menentang arus, kita tak boleh buat apa2. jadilah kita macam rakyat pertama tadi, dah tahu dirinya ditipu, tapi masih membenarkan penipu menunjuk jalan supaya lebih jauh sesatnya! hahaha apa punya orang daaa...

percaturan politik, tak tahu siapa punya, tapi menarik - DAP menang banyak, lalu ada modal menakutkan MELAYU PENAKUT ni hingga tak tahu berapa banyak pilihanraya lagi! Kedah milik BN semula, dan Mukhriz Menteri Besar Kedah yang baru! Oleh kerana MELAYU sangat bergantung kepada MELAYU nya, sampai bila pun pakatan PAS-PKR-DAP tak akan boleh diterima lagi! kerana, orang MELAYU takut sangat dipimpin orang bukan MELAYU! Kenapa ye? kenapa pula aku sibuk nak ke JEPUN, BRUNEI dan yang seangkatan dengannya? mungkin kerana aku tak boleh terima ditipu berkali2, hatta oleh bangsa aku sendiri!

cuba bayangkan pula cina atau india? suka ke diorang ditipu oleh bangsa melayu berkali2...cuba bayangkan pula, jika tulisan ini, adalah luahan seorang india/cina. kalau melayu tak sanggup dipimpin bukan melayu, kenapa pula mereka harus akur dipimpin bukan bangsa mereka? fikir2kan lah...tuding DAP racist sedang sendiri terang2 racist!

p/s ramai berkabung dengan menukar gambar facebook mereka kepada hitam sebagai bantahan.