Tuesday 24 July 2012

apa erti 50K?

Ia bersamaan dengan 108 bulan commitment. Lebih tepat lagi 9 tahun. Pada masa itu susun nilai telah berlaku sebanyak 45k! (kadar 10% setahun). Dalam tempoh itu, jika service biasa dilakukan sekitar RM200 setiap 2 bulan, jumlah keseluruhan kos service ialah RM10.8k, tidak termasuk service luar biasa. Dalam tempoh itu, belum tentu semua skru, alatan, interior, exterior etc masih cantik berkilat, berfungsi seperti baru!

Jadi, tak wajarkah jika aku kurang berpuas hati jika ada orang membalas komen aku di fb, menyuruh aku rileks..katanya hanya rosak kecil, kenapa nak salahkah seluruh produksi?

Tidak adakah hak untuk aku mendapat nilai tinggi untuk setiap sen yang aku belanjakan? Tidak bolehkah mereka menerima komen aku sebagai 'membangunkan' kerana dalam tempoh hanya 21 hari, kereta buatan mereka mengalami kerosakan kecil?



Ya, kecil. Hanya host wiper tercabut dan air tak keluar membasuh cermin. Kos pembaikan, FOC. Masa membaiki, kurang dari 5 minit.

Tetapi wajarkah? Dalam tempoh 21 hari, hos tersebut tercabut sendiri? Tak berusik pun, dalam bonet depan, gaya pemanduan seorang gadis seperti aku, yang sanggup menggelar kereta sebagai 'anak dara' aku sendiri dan ku namakan ia Violet. Wajarkah?

Cuba bayangkan pula, kalau akibat kerosakan kecil tu, aku tak dapat mencuci cermin dan pemandangan terhalang hingga kemalangan? Jelas, setiap perkara berkaitan kereta berkonsepkan keselamatan pemanduan. Aku dinafikan hak untuk selamat ketika memandu kereta mereka?



Bagaimana mungkin keadaannya selepas 108 bulan?

Aku tak marah, hanya kurang berpuas hati..Mungkin si pengomen bekerja dengan pembuat kereta Violet. Jadi dia tak boleh terima, dan menganggap aku memperlekeh kereta mereka.

Aku tak memperlekeh, cuma mengenangkan setiap sen yang aku belanjakan selama 108 bulan ini, bakal terbakar, berterbangan, jika mereka tak mahu menerima komen pelanggan sebagai sesuatu yang membina!

Building car, People FIRST...hmmm??


Monday 23 July 2012

Di mana syurga

Baru balik dari kampung, bercuti 3 hari sempena menyambut Ramadhan :) Balik ke KL dengan jalan yang jem, semua orang pun amik keputusan yang sama dengan aku; balik lepas berbuka! Haha Tapi tak kisah, janji hati ku tenang (walau pun tak lah sangat..)

Di mana syurga? Aku pernah tanya mak, syurga-neraka belum ada orang lagi kan sekarang? Yang ada baru alam kubur, sebab syurga-neraka adalah final destination atau pun balasan major sama ada seseorang tu Muslim yang baik atau bukan. Mak aku iyakan je! Haha

Kenapa aku cakap pasal syurga? Last week, aku tengok Desperate Housewife. Repeat kot, sebab aku ni jarang tengok tv sekarang. Rumah x de astro! Tapi, sangat terkejut sebab watak Mike telah mati dibunuh! So yang aku tengok tu nak cerita balik pasal Mike..



Susan kena bagi eulogy, tapi dia tak sure nak cakap apa tentang Mike. Sebab Mike seorang yang diam, tak banyak sangat cakap. Mike pun bukan orang yang special sangat, so tak banyak yang Susan nak ceritakan untuk mengenang Mike. Tiba-tiba dia teringat sesuatu..

Ada satu masa, diorang tengah makan kat kedai anak dia tanya pasal syurga. Panjang lebar soalan tu lebih kurang bermaksud dia nak tahu siapa boleh masuk syurga, syurga kat mana etc Panjang lebarlah juga Susan menjawab hingga satu soalan yang dia tak terjawab lagi. Akhirnya Mike jawabkan untuk Susan; Syurga adalah tempat yang gembira, bersama dengan ahli keluarga. Bila kita makan sama-sama, macam sekarang. Bila kita memancing dekat air terjun! Itulah syurga..

Simple. Susan terdiam dan anak dia pun puas hati!


Hari tu ustaz aku ada cerita, dia belanja satu family dia makan best masa Turki menang pilihan raya. Sebagai tanda gembira, akhirnya ada seorang perdana menteri yang Islamik. Lepas tu ada juga ustaz lain pesan, masa berbuka puasa bersama keluarga bulan Ramadhan ni, berdoalah semoga kita semua satu family bukan hanya dapat berkumpul menikmati hidangan time kat dunia ni, tapi mudah-mudahan kat padang Mashyar nanti pun dapat berkumpul lagi!

Sebenarnya, kalau kita berfikir lebih sikit, ada kenikmatan yang tak terlihat dari berbuka bersama-sama :) Bukan sebab makanan banyak, boleh celoteh, gurau senda etc tapi lebih dari tu! Ada gembira dan tenang, yang tak dapat dibeli dengan wang! Ada kesyukuran yang hakiki, sebab sekurang-kurangnya aku berbuka bersama parents yang masih ada. Memang mak dan bapak tak sihat sangat, tapi mereka masih ada...

Alhamdulillah..

So back to the question above, I bet you got what i mean! :)


*Aku buat karipap buat pertama kali hari ni! Dari mula sampai habis! Pergh...kira lulus la kalau nak kawin dah nih! Tapi karipap aku ada rupa pisang goreng! Sebab tepung lembik and aku tak letak margerin/minyak dalam adunan tepung! wahahaha 


Bakal-bakal mak mertua, silalah pertimbangkan semula! :D




  

Monday 16 July 2012

Tembak orang!

Yo! Rasa macam dah lama tak tulis apa-apa! Memang pun! haha Tak banyak nak dituliskan melainkan cerita mengarut hidup aku yang kadang-kadang bosan gilers nih..

Last week main paintball dengan opis-mate. Best! Balas dendam sebab last time masa family day, cuma dapat sorang 50 biji! La nih, bagi sorang satu beg = 500 biji!! Tapi tak juga mati-mati! ahahaha Memang sah tangan tak bedung semua! haha


Dapatlah mengimbas semula zaman-zaman kanak-kanak main perang-perang dengan adik beradik kat semak tepi rumah! Cuma masa tu, senapangnya guna peluru bunyi mulut jek! Hahaha Masa join kadet dulu pun merasa gak menembak, tapi taklah join perang-perang. Dah tua-tua ni, barulah merasa tembak orang betul! Huish..ganazzz..

Tapi best..boleh guling-guling, comot-comot sikit sekali sekala. Selalu main badminton tak delah comot, cuma peluh sakan! This time best sebab dapat guling-guling dan tembak orang. Peluh under face-mask tu macam kena simbah air! Overall, best! Maybe boleh plan untuk main lagi banyak kali, lepas raya! :D

Thanks to Boss and Puan sebab belanja main, makan and minum serta transport pergi sana! :)

Orang kata, main, main juga. Belajar, belajar juga. Kat sini ada satu tazkirah pasal perang yang baik juga kalau kita share sama-sama. Dalam situasi main paintball ni pun terasa sakit amatlah kalau kena sebiji tembakan, masa first time main dulu ketar lutut sebab takut kena tembak dan tak tahu patut atau tak menembak lawan. Semput berlari mencari perlindungan, ala rambo merangkak sana sini mengelak kena tembak. Demi nyawa, untuk hidup.

Cuba bayangkan pula, kalau pallet tu adalah peluru hidup? Sanggupkah kita berdepan situasi perang yang mana peluru tak kenal siapa? Mampukah segala taktikal atas kertas kita aplikasikan sambil berangan nak jadi hero? Cukup beranikah kita?



Sempena Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi, InsyaAllah, ku mohon kita semua diberi kekuatan menempuh segala ujian. Ditabahkan segala yang menjadi dugaan. Diberikan kesempatan memohon keampunan. Moga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya, amin :)

Selamat berperang melawan nafsu sendiri! 

Wednesday 11 July 2012

Birthday Wishes 1 Yr Diari Si Rebel


Bulan Julai ni Blog Si Rebel nih rupanya, dah pun berusia satu tahun!! Tahniah! Mencorat-coret kisah ke-rebelan aku sejak setahun lepas! Waha..amacam? Cukup rebel x nih? haha


Harapan aku untuk blog ni adalah supaya dengan menulis kat sini, aku jadi lebih lega sebab dapat meluahkan rasa yang terbuku di hati. Berkongsi serba sedikit tips berguna cara-cara menghadapi permasalahan atau pun lain-lain perkara. Banyak yang aku rebelkan, kadang tak semestinya hanya melepas geram :)


So sempena setahun ini, ada temubual exclusive dari aku terhadap penulis blog ni! ahaha *bengong, aku lah weh! Sebenarnya, aku dah pindah rumah baru. Dah ada 'anak dara' baru. Sekarang ni, so far, alhamdulillah, segalanya lancar. Dan aku gembira daripada dulu. Sekarang fokus pada kerja, yang memang naik-turun tekanannya! Sabar jelah, punca rezeki tu.. :)


Balik rumah sekarang senang nak lepak-lepak kat living hall, nak view pemandangan dari balcony pun boleh, sambil minum teh lagi! Tu yang aku rasa lega, nak balik rumah cepat-cepat berbanding dulu rasa macam nak hangkut tikar-bantal tido opis! Alhamdulillah, setiap ujian pasti ada hikmah :)


Tengah baca magazine tu terbaca pula artikel Fun Fearless Fabulous Women. Menceritakan tentang beberapa wanita berjaya dalam bidang masing-masing, tak semestinya berstatus high-profile. Aku sangat kagum dengan wanita-wanita camnih, rasa diorang sangat cekal dan tabah hadapi dugaan dan cabaran hidup. Mostly, ibu dan isteri, tetapi masih berjaya dalam bidang mereka! Hebat? Girl's power!!


  
Kenapa statue of liberty? Nanti aku letak muka aku dengan poyo over confident pose untuk post ni, meluat pula korang baca! hua3 Anggaplah itu impian aku, setinggi itu cita-cita aku :)


Personal Motto
It's easier to argue than agree!


Wanita awesome bila...
Berkerjaya tetap atau berpendapatan sendiri, tapi masih ibu yang hebat dan ada masa mendidik anak-anak, serta isteri yang anggun dan bijaksana untuk suami


Kualiti diri yang paling bagus
Keras kepala, tapi lembut hati!


What's keep me going
Bila orang lain fikir aku tak mampu lakukan sesuatu, aku akan buktikan tanggapan itu 100% salah!


Cara relax
Baca Quran dan tafsir. Sertai aktiviti lasak!


Apa yang mengecewakan aku
Dipandang rendah atau masih dipandang rendah


10 tahun akan datang
Ada business sendiri berkaitan makanan. Bakery, restaurant ala starbuck. Sebab i'm passionate about cooking! 


Perkara paling awesome pernah dibuat
Solo backpacking ke luar negara pada hari jadi yang ke 28! *Jeng3

Monday 2 July 2012

selamat datang dan selamat pergi

Memperkenalkan, ahli keluarga baru saya, cik Violet! Sebuah SE warna mystic yang terasa begitu chumil skali! haha Gambar x amik lagi, sebab tergesa2 menjemput anak dara saya yang baru tu dari 'hospital' kat Ampang petang tadi.

walau pun saya familiar jalan tersebut, tapi sebab gemuruh ditambah beberapa masalah teknikal lain, yang menggugat rasa dan iman yang memang sedikit ni; perjalanan jadi sangkut sikit2..tapi akhirnya, alhamdulillah :)

dob: 1/7/12, 5.45pm, 1.5 kg!
antara takut dan berani, sebab saya tak pernah test drive pun! hanya study comment dan spesifikasi dari internet, akhirnya anak dara saya selamat 'dilahirkan' dan dibawa pulang dengan selamat ke PH. Sepanjang jalan terasa 'tinggi' dari orang lain! *ish3 betapa chomel nya aku! 

so far pengalaman beberapa minit tu terasa ok dan baik. tiada bunyi pelik atau kepelikan yang diperkatakan oleh kawan yang baru membeli 'transformer' 3 bulan lepas. harapnya x ada apa yang tak best, sementelah namanya 'lagi best'. harap cancel plan beli proton demi mengelakkan masalah begini, berbaloi2..

selamat datang violet. menggantikan kylie yang setia menemani sejak 2006, menempuh suka dan duka, masa-masa duka gembira, tinggi-rendah bersama-sama. pindah rumah dengan kylie hingga tak nampak belakang! harapan aku, moga violet turut berbakti sebaik malah lebih baik lagi, mengambil tempat kylie. aku harap, 15 minit mereka parking sebelah tadi, cukup untuk violet terima amanat dari kylie. 

fyi violet diperolehi dengan perasaan berbaur! ada marah, duka, geram, bengang etc Biarlah, hanya Allah yang tahu dan membalas. Harapnya balaslah saja di dunia, tak perlu sampai ke akhirat sana.


loving memories 
This is a story about a friendship between human and machine.

It was end of 2006, i was on my last term working at the first company after graduated from Uitm. I meet  her few month or maybe few years before that, and fell in love with her cuteness! our relation was nothing more on that time until brother decided to pass the car to me, while my sister in law bought a Neo. 

I remember the first time i bath her, she become so shinny, even my sister in law cant recognised! That was our first bonding together. At that very time I actually haven't pass my driving license yet, still with L and keep on failing my bukit-test! We venture the road together and i become expert driving auto-car since she is so cute and easy to maneuver.

I hate sending her to service because I have to see her hanging on the car-jack when they were changging her oil and filter. i think she afraid of height and scream for help! i can hear her screams, that is why i hate sending her there! i think it's just normal for a mother to feel guilty seeing their kids injected with needles right?

our longest distance adventure is Penang, i think about 2 or 3 times. And the highest is Cameron Highland. Countless of Genting and balik kampung. Overall kylie is a very good car. i remember when we were coming back from Seremban, attending my friends open house, that is the first time her rubber strip on the right side of the roof toppled off. We stop by at petrol station and some guys tease us for driving so fast!

I salute kylie because she never had any major problem while carry me around. She never broke down or even puncture her tyre in the middle of no where. Always, if ever happen, is still on my compound, easy for me to get help and stay safe. When i live in puchong, she always get assaulted by naughty hand.
somedays my tyre were flat all of a sudden and my tyre tube lid was stolen.

i salute her further when i come back from kl to my hometown in segamat for my sister wedding, actually her fan is not functioning, but she didn't stop or broke along the route, keep on safe until i arrived home with the cakes and all. the only spare part needed change is that fan and the auto power window motor. that is happen due to wear and tear, not any careless by her.

then come the major accident last June. the stupid motocycles cause her to be repair and i was left without her for a week. that incident change me a lot especially because it involve other people in my life, related or unrelated with her! it's a point of maturity, and i decide to have no string attached with anyone anymore. that is why, i look for other car. with my name on it.

kylie is not guilty. i hope, after this she was handed to a kind hand. gentler and caring than me. i hope they built a great journey together, greater than what i had with her. i hope she doing well after this, better and continue serving other people the way she serve me. protect me. and accompany me. 
i hope she's even happier with the new owner. i wish her all the best. 

thank you so much for being there with me once. thanks for the memories, thanks for the cares, thanks for the pride, thanks for the friendship! i love you so much. i will never forget you. 

it will be so hard seeing you driven away, which maybe i will never see you again..