Tuesday 24 July 2012

apa erti 50K?

Ia bersamaan dengan 108 bulan commitment. Lebih tepat lagi 9 tahun. Pada masa itu susun nilai telah berlaku sebanyak 45k! (kadar 10% setahun). Dalam tempoh itu, jika service biasa dilakukan sekitar RM200 setiap 2 bulan, jumlah keseluruhan kos service ialah RM10.8k, tidak termasuk service luar biasa. Dalam tempoh itu, belum tentu semua skru, alatan, interior, exterior etc masih cantik berkilat, berfungsi seperti baru!

Jadi, tak wajarkah jika aku kurang berpuas hati jika ada orang membalas komen aku di fb, menyuruh aku rileks..katanya hanya rosak kecil, kenapa nak salahkah seluruh produksi?

Tidak adakah hak untuk aku mendapat nilai tinggi untuk setiap sen yang aku belanjakan? Tidak bolehkah mereka menerima komen aku sebagai 'membangunkan' kerana dalam tempoh hanya 21 hari, kereta buatan mereka mengalami kerosakan kecil?



Ya, kecil. Hanya host wiper tercabut dan air tak keluar membasuh cermin. Kos pembaikan, FOC. Masa membaiki, kurang dari 5 minit.

Tetapi wajarkah? Dalam tempoh 21 hari, hos tersebut tercabut sendiri? Tak berusik pun, dalam bonet depan, gaya pemanduan seorang gadis seperti aku, yang sanggup menggelar kereta sebagai 'anak dara' aku sendiri dan ku namakan ia Violet. Wajarkah?

Cuba bayangkan pula, kalau akibat kerosakan kecil tu, aku tak dapat mencuci cermin dan pemandangan terhalang hingga kemalangan? Jelas, setiap perkara berkaitan kereta berkonsepkan keselamatan pemanduan. Aku dinafikan hak untuk selamat ketika memandu kereta mereka?



Bagaimana mungkin keadaannya selepas 108 bulan?

Aku tak marah, hanya kurang berpuas hati..Mungkin si pengomen bekerja dengan pembuat kereta Violet. Jadi dia tak boleh terima, dan menganggap aku memperlekeh kereta mereka.

Aku tak memperlekeh, cuma mengenangkan setiap sen yang aku belanjakan selama 108 bulan ini, bakal terbakar, berterbangan, jika mereka tak mahu menerima komen pelanggan sebagai sesuatu yang membina!

Building car, People FIRST...hmmm??


No comments:

Post a Comment