Sunday 5 August 2012

Suaranya sampai ke langit!

Ramadhan tahun ni berlainan benar dari Ramadhan tahun-tahun sudah. Mungkin sebab tak pernah buat, atau mungkin sebab dah mula sedar diri dah tua tapi masih kurang 'bekal', maka aku rajin pula pergi terawikh! Honestly, aku selalu teringin je nak pergi, tapi perginya tak juga! Berangan je..selalunya segan, sebab sorang-sorang..tak tahu, tak biasa..

Tapi tahun ni, aku habiskan masa selepas office hour (5pm) dengan sambung kerja mana perlu, tak pun sekadar surfing internet cari bahan bacaan yang menarik (tak termasuk fb!). Lepas tu pergi bazaar dengan budak office yang sama-sama macam aku, belum berkeluarga. Kami buka bersama, adalah dalam 5-6 orang. Lepas tu pakat-pakat pergi terawikh mana-mana..

Kat sinilah aku jatuh cinta! Untuk kali yang entah ke berapa dalam hidup, asyik jatuh cinta jek! ha3 Percaya tak, aku jatuh cinta dengan suara? Suara imam terawikh tu sangatlah sedap! MasyaAllah! Tenang giler bila dengar bacaannya. Aku selalu tak perasan, dah buat 8 rakaat!! Dari jauh lagi aku dah tersenyum terkenang suaranya, menghampiri pagar masjid apatah lagi? Makin lebarlah sengih aku! Kali pertama aku sedar tentang suaranya yang sungguh merdu tu, balik terawikh terasa seperti terbang! Ringan dan amat tenang..and since my love affair with 'the voice' continues...

So sekarang, aku tak mou miss terawikh kat situ. Surau tu area rumah Fida kat PH, sedangkan ada je surau depan rumah aku! Giler! Jangan risau, aku tak buat dosa sebab aku tak pernah nampak muka dia! Ada sutrah antara ruang solat wanita dan lelaki, dan aku pun segan dowh nak tengok dia..sekadar mengagumi dari jauh. Sapalah aku ni untuk tok imam bersuara sedap yang baca quran semerdu dia! FYI dari suaranya, dia masih muda lagi.

Tapi alhamdulillah, sebab suara sedap dia tu, hati terpaut nak pergi terawikh, lagi dan lagi. Fida tak de pun, aku pergi sendiri pun tak pa! haha Dan tadi, 'belajar' pasal sujud tilawah. Tulah, jahil, selama ni belajar je, tak pernah buat. Tadi ada bacaan yang ada sujud tilawah, dan sebelum solat, imam ekhem-ekhem telah memberi tahu..sebak rasa hati, banyak perkara yang aku tak pernah buat rupanya! Thanks to beliau kerana 'mengajar' dan thanks to Him, memberi aku peluang belajar, melalui seorang hamba utusanNya dari kalangan manusia macam aku.



P/S Tak sure, tapi tak berdosa rasanya sebab suara lelaki bukan aurat untuk wanita! Dan aku pun tak pernah tengok dia, hanya pernah nampak belakangnya. Itu pun samar-samar sebab ada sutrah, dan tak pasti pun betul ke dia yang aku nampak tu, tah-tah imam yang lain..

No comments:

Post a Comment