Tuesday 6 May 2014

Lagu raya pojaan

Semalam aku dengar lagu raya sambil buat kerja. (Sungguh kurang kerja! Haha). Semua sebab sangat mengantuk, Monday Blues…

Tiba-tiba rasa sedih dan takut. Sejak 3 tahun lepas, aku paling takut raya! Sebab aku sangat takut sedih amat. Sebab aku rasa, raya macam tak begitu bermakna. Yup, my dad passed away 3 years ago, a week before raya. Masa first year tu tak terasa lagi. Walau pun secara separa sedar, aku mengalami withdrawal syndrome. Aku balik dari kampong pada hari raya kedua dan berkurung dalam bilik sampailah office start kerja semula, which is seminggu selepas raya.

Tahun kedua without my dad, raya tak ada air! Dan yang paling obvious masa tu, kami sangat tak rasa nak buat sebarang persediaan. Nak masak lauk raya pun tak ada perasaan! Kalau mak aku tak ada, confirm kami tak buat apa-apa!

Raya tahun lepas, agak baik. Walau pun sama juga sedikit sebanyak, kurang perasaan dari segi membuat persediaan, kami bergambar ramai-ramai – demi mengubat hati mak. I knew, she hurt the most!

Sejak my dad passed away, kami ni dah macam kambing tak bergembala! Selalu bila raya my dad memang orang paling rajin mengalahkan perempuan, pergi beli barang rumah, kuih, itu ini. Langsir baru, cat rumah, bersihkan keliling rumah dan segalanya! Of course bukan dia yang buat sangat pun, tapi dia banyak memberikan arahan ala general tentera!

Masa tu, itu bukanlah perkara paling best kami rasa, tapi sekarang selepas my dad dah tak ada, itulah perkara yang paling kami perlukan, paling kami rindukan! Yup! We misses you a lot dad!

Tengok KKKG sempena Mother’s Day hari tu, my favorite among the very few Hindi movie yang aku suka. It still touching, still managed to bring tears to my eyes! Deeply inside, aku baru perasan yang aku dah lama tak mengalami perasaan yang ‘dalam’ tentang sesuatu – whatever it is.

I’m hiding in a nutshell. Failed to be reached or reaching out. I think it’s all hurts. It’s all lies. Somehow bila dengar lagu raya ni, aku tertanya satu soalan. Kalau omputeh, soalannya bunyi camnih: what do you want for Christmas? (all I want for Christmas is yooouu!) Tapi memandangkan aku ongelap, soalan aku bunyinya camnih plak: apa aku paling inginkan masa raya?

Without hesitate; aku nak bergambar ramai-ramai satu family – free style outdoor family photo. Aku harap dalam gambar tu semua orang senyum/ketawa. Dan walaupun my dad was no more in the picture, and gambar tu akan terasa sedikit ‘kekurangan’, I’ll be happy to say that it will be my favorite photo! Aku akan gantung besar kat hall. Nanti kalau anak aku tanya, aku jawab – tradition, my son. Tradition!

Hahahaha

Ok-ok. Walau pun mungkin masa depan kelihatan berkilau-kilau bak permata, ketahuilah masa ini lebih baik dan bermakna. As for now, all I have is my mother. However, all I cant say except write here – I just knew that I could miss my mom too! It never happened before. Maybe my perspective change when I’m force to standing on her ICU bed a couple of months ago, and when I’m forced to heard she said – she’s lonely!

   

   



No comments:

Post a Comment