Friday 2 May 2014

come back? maybe

Wah! Posting terakhir adalah setahun yang lalu!

Bukan malas menulis atau dah tak rebel lagi, tapi tak ada ruang. Personal internet aku dah cancel hampir setahun lalu, untuk cut cost. Juga cut my one and only expression channel - this blog. Tiba-tiba semalam dan hari ini aku rasa nak menuliskan semula pendapat dan pandangan aku tentang banyak perkara. Sebelum tu, tarikh semalam ialah 1 May - hari pekerja - May tahun 2014, yang entah mengapa trigger 'sesuatu' dalam minda aku. Dan hari ini, aku rasa nak menulis semula dalam blog ini - tapi lebih matang dari rebel!

Mungkin sebab aku dah matang (haha) dengan sebenarnya, hingga bila aku baca facebook pagi ini, 2 May 2014, aku rasa aku perlu mula menulis seperti dulu, dengan lebih matang untuk mengekspresikan pandangan dan pendapat aku tentang sesuatu isu atau perkara. Banyak, terlalu banyak isu dan perkara yang aku nak kongsikan, kupaskan, walau pun pendapat tu semua adalah pandangan peribadi aku dan aku bukanlah sesiapa yang pakar untuk dirujuk.

Untuk sesi pengenalan (semula), aku akan mulakan mengenai TV.

Yap, tv. Ramai jutawan yang aku baca memberikan pandangan supaya jangan banyak tengok tv, tapi lebihkan baca buku. Mereka anggap sesiapa yang menonton lebih dari 3 jam sehari, mungkin tak boleh jadi jutawan macam diorang!

Pendapat aku pula, bergantung pada apa yang ditonton. Sekarang tv channel bukan sekadar ada hiburan. Ada informasi, temubual dan lain-lain program bermanfaat, yang mungkin sama atau mungkin lebih bermanfaat daripada buku. Lagi pula, buku mungkin tak up-to-date berbanding tv.


Aku sendiri memang amat bergantung pada tv untuk sebarang info. Radio memang hanya dengar dalam kereta. Kereta bergerak hanya pergi dan balik kerja. Sebulan sekali, untuk balik kampung. Internet kalau dulu adalah sumber primer aku, tapi memandangkan sekarang dah switch to prepaid, data yang ada adalah terhad. Jadi, aku banyak tengok tv.

Sebenarnya aku banyak belajar dari tv. Sangat banyak. Dari kecil, tv tu dah macam kawan karib. Tak dapat dipisahkan. Tapi, dari kecil juga, rancangan yang aku tengok dan minat, kebanyakkannya bukan hiburan. Aku suka tengok National Geography, berita, travel guide, cooking show, contohnya. Aku prefer foreign (english, chinese, japanese, korean, etc.) program berbanding malay.

Badminton. Antara sukan yang aku pernah rasa (perasan) aku ada bakat. Tapi aku tak pernah pergi training badminton pun. Jadi, dari mana aku dapat? Dari tv! Macam tu juga kungfu etc Memanglah tak pandai, tapi setakat nak tumbuk (lepas tu lari laju-laju!) - boleh sangat! :)

Rancangan tv banyak memberikan aku info, selain tu, impian dan cita-cita. Masa kecil nak jadi lawyer, sebab membesar dengan Law & Order. Sampai sekarang pun aku masih berminat dengan kerjaya tu, sebab tv show mengajar aku lawyer adalah pemikir strategi yang bagus! Licik...haha

Kesimpulannya, tv bukan semestinya membawa pengaruh buruk kecuali mungkin dari segi kesihatan, sebab menjadikan kita malas bergerak. Potato couch. Tapi tv tetap paling berpengaruh dalam hidup seseorang, jadi pilihlah rancangan yang bagus sebagai inspirasi. Aku rasa, kita tak semestinya mengalami sesuatu pelajaran, tapi dengan melihat, otak separa sedar kita merekod perbuatan itu dan kita akan secara natural bertindak mengikut rekoding otak bawah sedar kita, bila masa ia diperlukan membuat tindak balas.

No comments:

Post a Comment