Tuesday 8 January 2013

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Dah lama tak menulis, mencari-cari mood untuk menulis kembali bukan saja di blog ni malah untuk newsletter kompeni dan macam-macam lagi benda. Aku tak menulis sepanjang Disember lepas bukanlah sebab terlalu sibuk. Aku dah terminate broadband - langkah pengurangan kos. Langkah lain yang bakal di ambil ialah pindah rumah lagi! huhu

Bukan sengkek sangat, tp boleh lah begitu! Hampir muflis mungkin. Dan diharap 2013 ada salary adjustment yang boleh melegakan jerutan di poket ini di samping membina kembali cash reserve yang sepatutnya! Harapnya dengan pengenalan kepada jawatan baru, turut ada berita gembira yang melebarkan senyuman :)

*Ha! Tulah, jalan-jalan tak hengat...

Seawal tahun 2013 aku kehilangan mood yang tiba-tiba. Sebelum tu lagi pun dah terasa mood-less tapi memasuki tahun baru jadi lebih less-mood. Ada beberapa kerja tertangguh yang aku masih belum gagah berlari untuk siapkan. Tulisan pun tiada warna untuk menceriakan. Bimbang kalau yang sampai nanti ketatapan pembaca adalah bahan paling bosan pernah mereka tengok! Jadi aku tunggu hingga ada mood walau pun dateline suda semakin hampir...

Nak kata aku overwork tak juga, segalanya berjalan lancar dan perlahan-lahan. Tiada pecutan perlu dilakukan mungkin aku cuma perlukan lebih rekreasi minda. Nak berekreasi minda pun, dengan jerutan di poket, tentulah sentiasa perlu berhati-hati! Jadi mungkin itulah alasan utama. Selain itu mungkin kurang motivasi atau pun sokongan dari mana-mana pihak. I'm isolated totally!

Hurm..masalah ini perlu di atasi juga. Aku macam dah hilang kepercayaan pada manusia. Mungkin kerana aku rasa amat-amat sakit hati atas perbuatan mereka-mereka yang rapat tapi menghalalkan perbuatan melukakan hati aku tu, tak dapat aku terima! Jadi aku malas mahu mempercayai sesiapa lagi. Membiarkan telifon berbunyi tanpa diangkat atau pun membiarkan ia bisu saja. Atau pun berada di tempat yang sama tapi seolah-olah jauh jaraknya dan tak nampak fizikalnya.

Salah akukah? Aku tak mahu menyakitkan hati dengan kata-kata, dan aku hanya mampu berdiam. Kalau diam aku mencipta berita palsu yang aku semakin sombong - silakan. Aku akan kekal dengan tak mahu kata apa-apa. Sukati kamulah nak buat spekulasi, aku tahu apa yang berlaku dan kenapa aku memilih diam. Susah jika kita punya hubungan rapat! Lebih baik kita tak kenal, marah atau benci pun tak ada kaitan...senang cerita...

Sistem imunisasi yang aku cipta menunjukkan reaksi pada beberapa perkara. Contohnya opismate aku terpaksa berhijrah kerana masalah politik ofis yang aku malas nak amik port sangat. Kelihatan aku sangat tak mempunyai perasaan bila aku tak tahu apa yang harus aku katakan pada hari terakhirnya. Yes, I'm cutting all connection. Tapi aku ucapkan good luck, mana tahu menjadi cikgu adalah lebih baik untuknya?

Lagi, aku tak bereaksi kala si ehem-ehem menegur setelah hampir setengah tahun berdiam diri. Masih mengingati warna merah kesukaan aku dan tahu apa yang aku suka buat, tapi itu bukan tiket untuk senang-senang datang dan pergi dalam hidup aku! Sejujurnya aku mungkin sayangkan dia lebih dari yang dia tahu, dan dengan jujurnya aku mahu pergi lebih jauh bersamanya. Tapi dia yang datang dan pergi dengan sesuka hatinya, salahkah aku memilih untuk membina tembok ini kerana terus bermimpi untuk bersamanya seperti mengoyak hati sendiri?

Kritikan adalah perkara paling susah untuk aku terima kerana aku rasa aku telah berusaha melaksanakan sesuatu sehabis baik. Bukan aku tak boleh terima teguran, tapi ia sedikit mengecewakan dan aku tak lagi punya 'doktor' untuk merawat.

Aku ingin mencuba sekali lagi, tapi aku bimbang tak boleh terluka lagi...

  

No comments:

Post a Comment