Wednesday 5 October 2011

what's in the name

aku sangat bodoh atau sangat baik hati? berdasarkan pengalaman lalu, dia memang tak boleh dipercayai. dan dari ceritanya yang sangat desperate, semua kawan-kawan lain (kawan baiknya yang lain!), tak boleh tolong dia sebab ada masalah sendiri. jadi kenapa aku masih tolong dia?

aku bukan tak kenal dia, dialah satu-satunya orang dalam dunia ni yang neneknya boleh mati dan hidup semula! semuanya sebab tak nak bayar hutang. bukan banyak pun, 100 je. tp untuk orang macam aku yang bukan bergaji 3000 atau kerja dengan singapore airlines, 100 tu banyak! macam-macam aku boleh beli! atau sekurang-kurangnya menabung untuk masa-masa susah, yang mana aku bukan macam dia. boleh call minta tolong 'desperately'...

sebenarnya aku tak faham dia. mungkin aku kenal dia, tapi tak faham dia. dan sejak kejadian 'nenek' dia tu, aku jadi lebih tak nak amik tahu. tapi takdir disuratkan, aku masih jumpa dia. dan masih sanggup tolong orang macam dia...

dia memang totally bersandar pada rupa. mujur juga aku bukan orang cantik (mungkin si comel saja! haha). dan kerja dia memang nak dia selalu cantik. tapi cantik semata, otak kureng...aku bukan merendahkan dia tapi menganalisa kelebihan dan kekurangan manusia. tuhan adil, kan? dan dengan cantik yang dia ada, dia boleh memilih mana-mana lelaki (yang juga tak berapa bijak aku rasa!), janji kaya, untuk sponsor dia.

honestly aku x suka nak campur hidup peribadi dia, tapi apa yang dia buat umpama cari tali letak kat leher sendiri! sabotage diri sendiri! aku pun kadang-kadang sabotage (tak sengaja!) diri sendiri dengan buat keputusan yang merapu-rapu. tapi aku rasa dia langsung tak ada back-up. memang hidup yang seolah tak ada hujungnya...

aku kesian dia sebenarnya, mesti ada sesuatu yang dia cari-cari atau pun satu tempat yang dia ingin berhenti. tapi semua yang dia kenal setakat ni tak membantu ke arah tu. dan aku mungkin salah seorang yang biarkan dia tenggelam timbul hadapi hidup sorang-sorang. 

so aku tolong dia malam ni, lagi sekali, dengan harapan, supaya dia tak tenggelam timbul dengan duit rm7 dalam poket sambil menunggu dato' hantar cash! dan aku harap dato' tu tak 'mati' on the way datang hotel macam yang terjadi pada 'nenek' dia. sebab duit tu adalah saving aku, yang skip study semester ni sebab nak back up financially kalau-kalau aku tak dapat-dapat kerja!

honestly, kalau dia tak bayar 500 aku kali ni, ini adalah yang terakhir aku kenal atau jumpa dia! lepas ni, kalau susah pergilah telifon polis atau bomba. aku mungkin tak sudi lagi mendengar atau pun cuba memahami!

aku pernah search buku makna nama-nama bayi. makna nama aku ialah 
'yang memberi/membawa kebahagiaan'




*atau mungkin aku patut tukar CRT ni???

No comments:

Post a Comment