Thursday 28 June 2012

pecah



Kebelakangan ini, tembok itu pecah. Melimpahkan semula perasaan indah bila adanya kamu! Rasanya, aku rindu kamu...


Kamu? 


Mengenangkan itu, tembok itu terbina semula, biarpun sedikit-sedikit 

Tuesday 26 June 2012

Healing the sick heart

Actually was in terrible condition, it's hot weather now, and my head was boiling inside! To make matter worst, it's not only because of the hot weather but some other external factor which lead to my most frustration condition for this year!

Feel like going somewhere, doing something stupid!

Anyway, I try to be as positive as I can. Try to write it down one by one and dig deeper into the issues, see where it goes and any solution door available. It works, insyaAllah. As I more honest and concern on the issues, more aware of the details, I become clear of which and what steps should I take. Alhamdulillah, it is not settle 100% yet, but my heart is more calm with His help and guide.

I know the problem is just mere, but my mind condition and my heart feel so sick, that I seem can't see any solution into it. Hopefully, everything will be better soon :)

Let me share one of Malaysia famous nasheed group, back in 90's, and YES they were my favourite group as well. I hope this song heal some pain inside our heart..


"Whenever your heart sick and in paint, because of the trouble and test, remember it is NOT forever, so instead say Innalillah"  Raihan, Puji-Pujian


Sunday 24 June 2012

Tuesday 19 June 2012

ready to reset clock

Giler malas nak tulis dalam english! my english is very broken now! berhabuk, lama tak guna! kakaka ish kena start balik rajinkan diri menulis in english, dah le converse in bahasa. sekejap lagi, mau simpan dalam 'lemari' pulak english aku tuh! hihi

anyway malam tadi dah jumpa dealer and evaluate kylie! sedey siot! kylie is my bestest friend! aku bukan benci kylie, tapi keadaan memaksa! eceh, memaksa lah sangat..bukan apa, value kylie makin susut, especially after the accident. lagi pula, aku jenis malas nak fix kereta. so best is aku let go jek..moga-moga kylie jumpa orang yang rajin mengupdate kereta. bukan racing!

aku sebenarnya tak dapat bayangkan, kalau semua berjalan lancar, hari nak transfer ownership tu mesti sedih!! ha....mengapalah si bangang tu keluar simpang tak tengok kiri kanan!? kalau tak, tak payah tukar kereta!



tapi aku belajar banyak perkara juga, especially pasal finance! ngeh3 aku kan suka sangat buat detail comparison, memang kerja aku kot (job description: tukang fikir yang bukan-bukan!). belajar perkara baru memang seronok, tapi untuk aku yang sangat mengambil masa lama untuk decide something, memang tak boleh fikir benda lainlah jadinya! 24hr aku fikir benda tu jek! lagi tinggi risiko, lagi lama dan lagi semak otak aku...

tadi juga pergi tengok rumah baru kat puchong. eh rumah sewa baru. area tu memang best compare dengan yang lagi satu tu. so sekarang nak tau pasal komitmen aku monthly. caranya, apply jelah loan. submit jek, kalau x dapat, apply lagi with lower spec! ngeh3

pasal spec pun sebenarnya tak confirm sangat. higher spec pun aku bukan nak g racing, balik kampung pun malas! higher spec nak buat apa pun? imej semata-mata! bayar loan, aku juga putih mata! hahaha tapi entahlah, mengikut contoh boss aku kata, kita kena aim high. dont limit chances. dont afraid of risk. kalau kita asyik calculative on every issues, at the end, kita tak ada apa-apa. sebab tak berani mencuba!

tapi mengikut rasminya, ukurlah baju di badan sendiri. ukur badan boss aku, dia soh beli audi! haha anyway, tadi aku dah buat calculation sikit. so aku dah ada basic understanding and faham apa risiko dan chances yang aku bakal ada. bukan buta-buta kira...then apply loan. insyaAllah tak ada masalah. cuma aku paling risau monthly komitmen yang tinggi..



but to be honest, myvi financing memang sangat kompetitive! terer la economist dalam perodua tu..haha dia berjaya menjadikan semua variant myvi either 1.3 atau 1.5, sangat susah untuk dipilih! akhirnya tentu je perodua juga yang untung! haha

pening, esok pagi ada presentation budget mart. hopefully everything went smooth, kalau ada sangkut pun sikit-sikit je harapnya. aku dah naik muntah darah dah attached dengan benda yang sama! harapnya, by the time aku nak fly to ****** semua ni dah settle. kira aku memang pergi dengan otak 0 pasal kerja! yeay!  


Monday 18 June 2012

dinding

Jam dah 3.30am! Aku sekarang tengah busy study! Haahaha..study pasal kereta, rumah sewa baru dan juga possibility of buying my first house. Tapi my first house tu maybe masih jauh, anyway langkah dah dimulakan dengan menghubungi agent/penasihat. Sekurang-kurangnya, aku dah berusaha :)

Hari ni sebenarnya agak sebal. Beberapa peristiwa berlaku, malas nak tulis kat sini. Tapi memang menyebalkan, hingga aku melantak 2 gelas besar jus tembikai! hahaha Tapi, ia menguatkan tekad! Aku mesti berusaha sendiri! Tak boleh harapkan orang lain!



Semalam aku pergi 'jalan-jalan' dengan Kylie, dah tengah malam, tapi aku memang suka jalan dengan kylie time-time ni. Tak panas! haha Sekarang kebetulan tengah jerebu, and index bacaan udara kawasan selangor memang sangat teruk. tapi sebab malam, tak nampak sangat. Melainkan, sampai satu masa bila nak lap cermin ngan wiper, skali air tak keluar!

Ops, apek ni lupa isi air lah ni. So aku pun berenti kat R&R, dengan cuak-cuak ayam nya pandang kiri kanan, dah pukul 12 lebih kot masa tu. Risau gak aku kalau ada orang jahat nak kidnap ker kan..haha berjaga-jaga katakan..Siap isi air, dengan gumbiranya tarik ler wiper handle kat steering tu. Skali yang belakang jek kuar air!

Erk? Baru aku perasan, bekas air tu pun dia tak tukar sebenarnya! Dah le tu, air tak keluar pun kat cermin depan!

Sebal giler! Nak kena apek nih, bangkrap la ko! Amin. Tipu lagi aku...

Aku tak taulah kalau penyebab pelanggaran tu bersubahat sekali. Tapi honestly, atas dasar kemanusiaan, aku dah bank in some cash untuk dia. Sampai hari ni, aku tak terima pun sms terima kasih etc Bukan mengungkit, tapi menegaskan betapa sebalnya aku malam tu..kalau aku eksiden sebab cermin kotor sangat, dengan guthrie yang tak ada lampu tu, cemana??

Kan aku dah kata, jangan jadi baik sangat!! Biar kau kena langgar dengan orang lain yang lebih jahat dari aku! Amin. Barulah ko akan tahu, apa makna nikmat...selamat menunggang yer..

Doa orang teraniaya sangat makbul! Jangan main-main! Jangan pernah dengan sengaja mahu menganiaya orang lain!

Kylie memang confirm akan ditrade in dengan cik Violet. Nama baru untuk sebuah kereta myvi ungu. tu yang aku plan ler..mana tau boss betul-betul nak belikan audi! AHAHAHAAH

Pasal kereta ni pun, ada juga kisah sebalnya. Tapi aku malas nak tulis. Kang ada pihak terasa plak. aku kan budak jahat, nak buat cemana? mana aku rasa lega kalau tak sakitkan hati orang! betul tak..hahaha Anyway, aku tekad nak handle semua ni sendiri. Anggap jelah aku tak de sesiapa. Aku tak peduli pun!



Tadi sebelum keluar jumpa new house owner, aku sempat tengok cerita ni kat 8tv! walaw..kelakar ada, bodo-bodo pun ada! haha

baca synopsis kat sini :)

dia tak lah hensem, tak kaya juga..tapi dia jujur dan dia sangat memahami. Paling penting, sangat supportive! wahaha Drama jepun sangat tulus dan jujur. kadang ideanya bodoh! tapi dalam kehidupan sebenar, ini perkara yang banyak kita terlepas pandang..

contohnya cerita ni, ada satu adegan tadi, budak kecik kaya yang wakaba tolong jaga tu nak sangat tido sekali dengan pitaro, wakaba dan shota. bila ditanya apa perasaan dia? dia rasa panas, tapi gembira! hahaha shota pun dengan bendulnya explain, walau pun tak selesa dan panas sikit, tapi dapat dengar pernafasan ahli keluarga dah cukup baik!

mak budak kecik kaya tu selalu busy, sampai wakilkan kat wakaba untuk penuhi semua permintaan dia! hari ni dia ada show kat tadika, tapi mak dia tak sempat datang. shota dengan bendulnya menjemput. mulanya budak kecik tu merajuk sebab mak dia kata tak dapat datang, sampai dia gunting baju witch yang dia patut pakai masa berlakon!

skali mak dia datang! haha tapi wakaba dah jahitkan baju tu..so dapatlah mak dia snap some of her adorable daughter berlakon kat pentas! ngeh3 insyaAllah kalau aku ada anak nanti, aku tak lepaskan peluang tu! sebab aku rasa, diorang membesar sekali tu jek! lalalalaa...

*drama ni original tajuk is Zenkai Girl. Tajuk kat 8tv x ingat pula..tapi Ahad, 3pm-4pm! :D



Friday 15 June 2012

bebel

Hari ni boss belanja kat meatwork citta mall ara damansara. Sebenarnya aku tak sudi nak pergi sebab meeting semalam dah kena 'bakar'! Malas aku nak layan! So tadi aku pergi dengan muka separuh masak!

Boss bawa bersama ID favourite dia yang telah mengalahkan ID yang aku pilih dengan penuh kesungguhan! grrr...maka dengan itu, aku pun dengan selamba badak air nya, mengomen yang bukan-bukan kat ID tu, minta itu ini! Tu tanda aku geram!

Cari lah lagi pasal dengan aku...

Bukan masalahnya aku melimitkan kreativiti, tapi as a technical mind, aku berfikir dan buat keputusan berdasarkan fact and figure. Bukan duit aku yang nak dileburkan sepanjang perjalanan business ni nanti, duit boss juga. Jadi aku rasa bertanggungjawab berjimat apa yang patut. Lagi pun, apa barang kalau dapat hasil yang boom, dengan perbelanjaan yang boom juga? As a practical person, aku nak dapatkan hasil boom dengan perbelanjaan yang minimum boom! Pada akulah, ini baru boom! hehehe

Entah macam mana, assistant sudah terbocor cerita kat boss, yang aku nak beli kereta baru. So tadi boss pun tanya, apa kereta yang ada dalam wish-list aku? Lepas tu sesedap rasa mencadang kereta yang bukan-bukan untuk aku. Ada ke, dia cadang kereta Audi?! Aku rasa, boss aku ni lupa kot gaji yang dia offer kat aku hari tu? hahaha



Sebenarnya aku pun risau juga, nak beli kereta baru. Aku memang kedekut. Budget less than 500 monthly commitment jek! So mestilah kereta cikai-cikai jek. Masalahnya, setakat 2012 hingga June ni, kereta budak office aku standard Forte, Elantra, VW, Peugeot etc Segan plak nanti terselit FLX! AHAHAHAHA

Entahlah, tiba-tiba terasa nak buat loan rumah dulu baru buat loan kereta. Saja, sebab loan kereta senang je nak buat, tapi loan rumah sedikit susah..ish..fikir lagilah...

Hari ni melaporkan yang aku bakal diserang selsema atau pun batuk untuk kali yang entah ke berapa bagi tahun ini sahaja! Hem...tanda-tanda yang aku dah tua nampaknya! Selalu susah betul nak selsema atau demam, tapi sejak tahun lepas dah agak berkali-kali! ish...




Thursday 14 June 2012

Laporan kaji cuaca!

Kylie dah balik!!! Sebenarnya berat sungguh dugaan tanpa kylie di sisi! Yelah, aku kan sangat Independence, dengan manusia. Tapi aku sangat depending on kylie! haha tu sebab kylie adalah my 'bestest' friend!

Tak best sebab kena bergantung pada orang lain, susah nak align timing and commitment orang dengan diri sendiri. Hasilnya conflict dalam diri sendiri, hingga aku mengambil keputusan nak beli kereta baru! time tu juga! giler...

Tapi, the moment aku pegang semula steering kylie ahad lepas, masa nak jemput balik, aku terus jatuh cinta semula! She's stil the bestest car of all! haha Tertangguh sekejap niat menukar kereta. Walaupun sejak accident tu terasa sedikit 'majuk' dengan kylie. Bukan dengan kylie, tapi yelah, macam sedikit phobia kot...

Gambar baru tak sempat nak amik lagi, sekarang tak habis-habis busy! Rasa nak 'bertafakur' tepi laut dan bina semula diri sendiri! Ish...banyak betul 'kecederaan' yang tak 'kelihatan' di sana-sini! Terasa nak quit pun ada! hahaha *pantang mengalah?

Thanks to apek bengkel tangkak yang baik hati sebab sanggup amik aku kat toll tangkak malam ahad tu pukul 10! Hantar sampai rumah boss dia, sebab boss dia bawa balik kereta! Cis! Alhamdulillah, sekali lagi, walau pun kejadian ni susah, tapi masih lagi dipermudahkan :)

Tapi, jeles dengan apek tu, naik honda acord baru tu! Full spec lagi! Jemput aku pakai seluar pendek (apek-apek tu..!) jek! Ish...sabar..sabar...


Walau bagaimana pun, niat menukar kereta tetap berjalan. Aku rasa, sekarang sangat tertekan kot! So i need some (lots) of new thing or environment supaya aku tak bosan! Macam-macam, dan aku tak ada banyak masa untuk bertenang!

Tekanan kat ansar makin tinggi sebab mini mart projek semakin menghampiri due date. High pressure sampai rasa nak muntah, selain nak geget orang! Terutama boss aku yang pening! Tak habis-habis tukar plan. Tak finalised. Lepas tu buat-buat tak faham kenapa kitorang lambat decide anything! Argh! Tak habis-habis nak clap untuk halal team! Yang sebabkan semua orang focus attention kat situ jek! Benci, pokok kalau setakat siram jek pun boleh mati! Inikan pula aku..grrrrr..

Tadi lepas meeting, aku 'bakar' team mart aku, next week, kita bagi boss PR total amount almost 200k! Dah dia yang pandai-pandai cakap barang tak ada! Bwahahaha...sila note yang aku memang 'bat-man' AHAHA


Tulis ni sambil tengok Euro German vs Belanda. Aku sokong German, as usual. Sebab Italy sure tak boleh menang! haha Tapi tak focus, tadi balik kerja, makan dan tido. Sangat penat hingga tertido atas lantai! Memang penat gile, rushing since 2 minggu ni full 7 days! Nak amik cuti, tapi baru amik EL. Mau tak mau, manfaatkan cuti weekend ni jelah!

Bila nak sabtu malam ni?? Ish..lamanya..



Apa itu hikmah?

Mencari mood nak menulis semula selepas beberapa lama mendiam diri! Baru lepas baca satu blog seorang gay, yang sangat selamba-land! Well, walau pun dia 'bebas' membuat 'apa' saja yang dia suka, kelihatan begitu 'menikmati' hidupnya, ternyata dia tak lah begitu gembira..ada juga masanya dia berduka cita, dikutuk-hina sesedap rasa etc

Aku tak ada banyak sangat keprihatinan untuk komen lanjut tentang beliau. Cuma menyamakan sedikit kisahnya dengan aku sekarang..ada masa best, ada masa tak best :(

First, salam rindu untuk kylie tersayang. Mommy rindu riding with you! Dah beberapa hari mommy jauh dari kamu! Harap kamu dah siap dan sihat seperti yang uncle bengkel tangkak bagi tau tadi petang. Hanya tunggu bayaran bil jelas, dan mommy boleh ambil kamu semula Ahad/Isnin ni!!!

Yieeeehhhaaaa :)

 
Apa yang terjadi pada hari tu memang 'sangat' indah! Betul, tak tipu! Walau pun memang kylie mengalami kecederaan teruk, buat pertama kalinya, tapi semuanya dimudahkan Allah. Alhamdulillah, aku dan orang yang dilanggar (atau pun punca pelanggaran!) berada dalam keadaan baik. Tiada mangsa cedera teruk, hanya calar ringan. Dan aku yang memang tengah serabut dengan hal family (my daddy sick), tak perlu menambah serabut kepala kerana urusan di tempat kejadian diuruskan dengan lancar oleh pak-pak polisi dari balai ledang, yang kebetulan mahu membuat roadblock. Mereka semua adalah saksi kejadian pada hari tersebut, dan sebulat suara bersetuju bahawa; bukan salah aku..

Terima kasih pada pak-pak polisi semua, atas urusan yang cepat dan segera serta bantuan khidmat nasihat yang percuma :)

Aku memang tak tahu menahu pasal kemalangan, tak pernah terfikir pun (memandangkan aku pemandu berhemah! haha), jadi diorang lah explain apa patut aku buat dari A-Z. Mana option yang aku patut amik etc

Masa-masa serabut seperti minggu lepas, aku sendiri confius nak telifon siapa! Masing-masing sibuk dan serabut dengan urusan masing-masing, dan entah macam mana aku pula direzeki kan dengan kemalangan tu. Tapi tak apalah, ada juga hikmahnya..

1. Aku dapat extra 1 hari EL. Aku EL Khamis & Jumaat, balik kampung sebab jaga my dad admitted to hospital. So Isnin tu dapat satu lagi EL, melayakkan aku tido dengan mak lagi satu malam! haha
2. Malam tu aku dapat tido dengan mak, sebab pagi tu masa balik dari hospital, mak aku nak masuk untuk shift siang. Mak cakap dia tak sempat lagi tido dengan aku walau pun aku balik empat hari cuti termasuk Sabtu & Ahad, sebab aku amik shift malam kat hospital.
3. Isnin tu juga bapak aku dapat balik rumah, walau pun secara paksa. Doktor sebenarnya tak bagi sebab bapak aku belum sihat sepenuhnya. Tapi dia dah rindu sangat-sangat nak balik rumah..
4. Sepanjang empat hari cuti tu aku rasa rumah sangat-sangat kosong! Bapak kat hospital and mak temankan. Sebelah malam pula aku pergi hospital, so memang bila aku kat rumah, tak ada siapa kat rumah!
5. Kylie dapat make-over secara 'percuma' sebab orang tu sudi menjelaskan bil pembaikan kereta 100%. Sebab salah dia keluar dari simpang tanpa tengok kiri-kanan!
6. Dapatlah naik bas dari Segamat ke Seremban, then kejar naik komuter ke Shah Alam pula. Penat giler! Heret beg berat ke hulu hilir..sekurang-kurangnya aku rasa apa tu syukur, ada kereta sendiri. Kecik pun tak apalah! :)

Moral of the story, kalau ikut perasaan, memang sedih dan tensen! Tapi redha je lah, benda dah jadi. Bukan boleh reverse! Bersabar, moga-moga ada kebaikkan untuk semua pihak :)