Thursday 14 June 2012

Apa itu hikmah?

Mencari mood nak menulis semula selepas beberapa lama mendiam diri! Baru lepas baca satu blog seorang gay, yang sangat selamba-land! Well, walau pun dia 'bebas' membuat 'apa' saja yang dia suka, kelihatan begitu 'menikmati' hidupnya, ternyata dia tak lah begitu gembira..ada juga masanya dia berduka cita, dikutuk-hina sesedap rasa etc

Aku tak ada banyak sangat keprihatinan untuk komen lanjut tentang beliau. Cuma menyamakan sedikit kisahnya dengan aku sekarang..ada masa best, ada masa tak best :(

First, salam rindu untuk kylie tersayang. Mommy rindu riding with you! Dah beberapa hari mommy jauh dari kamu! Harap kamu dah siap dan sihat seperti yang uncle bengkel tangkak bagi tau tadi petang. Hanya tunggu bayaran bil jelas, dan mommy boleh ambil kamu semula Ahad/Isnin ni!!!

Yieeeehhhaaaa :)

 
Apa yang terjadi pada hari tu memang 'sangat' indah! Betul, tak tipu! Walau pun memang kylie mengalami kecederaan teruk, buat pertama kalinya, tapi semuanya dimudahkan Allah. Alhamdulillah, aku dan orang yang dilanggar (atau pun punca pelanggaran!) berada dalam keadaan baik. Tiada mangsa cedera teruk, hanya calar ringan. Dan aku yang memang tengah serabut dengan hal family (my daddy sick), tak perlu menambah serabut kepala kerana urusan di tempat kejadian diuruskan dengan lancar oleh pak-pak polisi dari balai ledang, yang kebetulan mahu membuat roadblock. Mereka semua adalah saksi kejadian pada hari tersebut, dan sebulat suara bersetuju bahawa; bukan salah aku..

Terima kasih pada pak-pak polisi semua, atas urusan yang cepat dan segera serta bantuan khidmat nasihat yang percuma :)

Aku memang tak tahu menahu pasal kemalangan, tak pernah terfikir pun (memandangkan aku pemandu berhemah! haha), jadi diorang lah explain apa patut aku buat dari A-Z. Mana option yang aku patut amik etc

Masa-masa serabut seperti minggu lepas, aku sendiri confius nak telifon siapa! Masing-masing sibuk dan serabut dengan urusan masing-masing, dan entah macam mana aku pula direzeki kan dengan kemalangan tu. Tapi tak apalah, ada juga hikmahnya..

1. Aku dapat extra 1 hari EL. Aku EL Khamis & Jumaat, balik kampung sebab jaga my dad admitted to hospital. So Isnin tu dapat satu lagi EL, melayakkan aku tido dengan mak lagi satu malam! haha
2. Malam tu aku dapat tido dengan mak, sebab pagi tu masa balik dari hospital, mak aku nak masuk untuk shift siang. Mak cakap dia tak sempat lagi tido dengan aku walau pun aku balik empat hari cuti termasuk Sabtu & Ahad, sebab aku amik shift malam kat hospital.
3. Isnin tu juga bapak aku dapat balik rumah, walau pun secara paksa. Doktor sebenarnya tak bagi sebab bapak aku belum sihat sepenuhnya. Tapi dia dah rindu sangat-sangat nak balik rumah..
4. Sepanjang empat hari cuti tu aku rasa rumah sangat-sangat kosong! Bapak kat hospital and mak temankan. Sebelah malam pula aku pergi hospital, so memang bila aku kat rumah, tak ada siapa kat rumah!
5. Kylie dapat make-over secara 'percuma' sebab orang tu sudi menjelaskan bil pembaikan kereta 100%. Sebab salah dia keluar dari simpang tanpa tengok kiri-kanan!
6. Dapatlah naik bas dari Segamat ke Seremban, then kejar naik komuter ke Shah Alam pula. Penat giler! Heret beg berat ke hulu hilir..sekurang-kurangnya aku rasa apa tu syukur, ada kereta sendiri. Kecik pun tak apalah! :)

Moral of the story, kalau ikut perasaan, memang sedih dan tensen! Tapi redha je lah, benda dah jadi. Bukan boleh reverse! Bersabar, moga-moga ada kebaikkan untuk semua pihak :)


  

No comments:

Post a Comment