Monday 28 May 2012

Arjuna dalam mimpi

Mood beberapa minggu kebelakangan ini memang sangat down. Setakat pukul 12 tengah malam tadi pun terasa tak best. Sedang bertungkus lumus menyiapkan financial plan - yang semakin menggemuk! Satu part belum siap, dah tambah part baru...adeiii...bila nak habis nih???

Procrastinate. Musuh utama perancangan. Harap draft ke-5 siap menjelang petang esok, lepas confirm dengan accountant..waha..chayo2x

Weekend yang painful, bila terasa dok dalam oven. Pasang kipas sampai 2 pun masih panas! Tiba-tiba terpandang ausino punya bedsheet yang sedang menunggu pembeli bertuah. Dapat idea untuk jadikan curtain! Yeay!

Sesuai menapis cahaya yang sungguh aggresif dari luar! :)


Modern house design sekarang gunakan warna-warna kelabu, silver, hitam, purple etc yang satu masa dulu tak terfikir nak gunakan pon! Dan aku memang suka modern design, dengan combination glass and leather, natural lighting plus banyak pokok betul; alamak! bila nak siap apartment impian saya nih!?

Tertengok design rumah kat jepun yang sangat kiut miut - sakura room! Wah..terus terfikir nak buka construction business! Tapi kat malaysia panas, and kalau buat rumah sekiut kat jepun tu, maybe kurang profitable pula. hmm it's an idea, thou! :)

DIY weekend yang mengubah mood (for at least!) dari menyampah dan berduka cheta, kepada sesuatu yang lebih 'wow! aku kreatif la juga!' hahaha Uplifting la juga..gunakan paper clip untuk sambungkan curtain! haha



Sedang berehat (bersauna?) terlintas tentang orang tu. adeii, sakit jap jantung. susah ek kalau kita simpan jek apa yang kita rasa. nak cakap tak boleh, nak lupakan pula tak sampai hati! tapi perlahan-lahan kena terima hakikat, goodbye tak semestinya perlu disebut. diam-diam je pun, boleh jadi goodbye sign juga..

sigh..@_x

never been so honest about it here :) but yes, tak de cerita orang ni dalam hari-hari aku menjadikan ia bosan! tiba-tiba perlu hentikan angan-angan, bila termasukkan nama dia dalam angan-angan aku! takut nak lalu tempat kitorang jumpa, sebab takut nak ingat lagi. sebenarnya, tak mahu juga ia berakhir camtu jek, tapi...

  

Last night, sebab tak tau sangat nak buat apa, revisit k.d at 2am! Spend time thinking about my plan kat situ about half an hour, then baru gerak balik p.h. keje giler? tak lah...k.d memang tempat yang tenang, aku boleh berfikir kat situ, dengan ruang dan udara yang banyak! tak sesak, tak panas, tak susah untuk bernafas...

on the way balik, terserempak dengan kereta audi TAN91 yang aku selalu (bolehlah kata hari-hari!) jumpa masa lalu nkve dulu! aku tak pernah perasan pun drivernya, tapi aku selalu terserempak kereta tu, either aku bagi dia laluan atau dia bagi aku laluan. tu sebab aku boleh ingat number tu! haha ada jodoh tu..! ahah

since bilik sekarang dah lengkap ala bilik hotel, kebanyakkan masa tv memang on. tak ada astro, so tengok je lah channel yang free. tengok badminton, dan mengagumi pemain korea! diam-diam jek diorang boleh kejar walau pun dah ketinggalan jauh! they play smart, compare to china yang play hard. my assumption lar..however baru aku tahu, enjoying juga tengok women games!

kesungguhan anda dikagumi!

diorang main rally, sekali sekala attack, more macam bersukan - bukan bertanding! haha tapi puas hati sebab tengok penguasaan gelanggang dan distribution bola yang baik. paling best time yi han vs jung (tak ingat full name!). jung mendahului sampai mata 20, dan kalau tengok muka dia memang dia amat konfiden dapat 21 dengan mudah. masa tu yi han baru 17!

tapi memang nasib dan semangat tak mengalah yi han, bila dia mampu kejar ditambah dengan kesilapan-kesilapan jung hingga akhirnya diorang seri 20-20, dan akhirnya dimenangi yi han dengan 21-20! terer x? huuu...sengih jek aku tengok game tu, kagum! ni baru real, telur di hujung tanduk! haha

kesimpulan, mood menjadi lebih baik lepas dengar lagu faizal tahir - selamat malam. tak bercita-cita untuk tidur malam ni sebab nak siapkan financial ni! tapi nak cheta,
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman





No comments:

Post a Comment