Friday 25 May 2012

beware of dog!

Post ni menunjukkan aku memang manusia. Bukan malaikat mahupun jin!

Dialog A
@Rabu
Budak budget best 1: Ala, jangan risau, boleh dapat! Senang, pergi satu tempat jek, semua ada. Simple! Boleh punya..
Penyokong budak budget best 1: Betul, betul..

@Khamis
Budak budget best 1: Boleh ke idea ni, ko setuju ke? Aku dah pening ni. Dah 3-4 aku call dia..
Penyokong budak budget best 1: Ko sure ke dengan idea ni?

Aku: Bila buat sesuatu, terutamanya bila melibatkan orang lain, aku memang akan jadi extra-extra fussy and demanding. Sebab aku bukan hanya jaga nama aku, tapi nama team aku. Sebab aku bukan hanya puaskan hati aku, tapi semua orang yang bakal dapat servis dan perkhidmatan yang aku akan offer.

Aku expect something more, from my team mates. Or at least show me that you have extra courage to deliver great result!

Kenapa semalamnya, semua cakap boleh. Tapi bila buat, dengan senangnya mengalah. Hanya beberapa kali cuba, tujuan tak tercapai pun, sedangkan masa masih ada 2 minggu lagi!

Aku memang sengaja divide team tu untuk handle job yang ada 'certain' orang cakap boleh sangat-sangat. Saja nak bagi diorang rasa apa yang aku rasa. Tapi, hampeh! Ni la contohnya kalau buat kerja tak ikhlas. Cakap lagi besar dari perbuatan! Dan aku benci orang yang cakap je lebih!

We'll meeting tomorrow!




Dialog B
Housemate: Hari ni aku bawa balik kereta. Aku nak parking depan gate eh?
Aku: Ala, ko parking je la bawah lampu tu. Selalu aku parking situ ok jek, bila ko bawa balik keta. Jangan risaulah..
Housemate: Ala, kalau keta aku tak pe. Ni keta orang..
Aku: Habis tu, keta aku bukan keta orang? Aku bukan orang meh?


Conclusion
Aku diselubungi rasa tak puas hati kerana beberapa kejadian akhir-akhir ini. Aku tak rasa aku bersalah, kerana ternyata aku telah mencuba jadi natural sebelum membuat keputusan. Mungkin aku terlampau perfectionist, atau pun mulut lancang, tapi aku telah beri 'peluang' dengan mengalah dan mendengar serta menerima pendapat orang lain sebelum itu, tanpa banyak soal.

Berlapang dada dan menyerahkan kepercayaan pada orang-orang ini, yang ternyata pada satu masa, tak boleh diharap!

Aku memang bukan ketua yang bagus, kerana aku memang bukan natural-born leader. Tapi ketua yang baik boleh dilatih, dan itu yang sedang berlaku. Aku memang sebelum ni, selalu gunakan taktik 'kenakan pada batang hidung' kalau team aku budget macam bagus. Supaya dia berfikir sendiri pro and con tindakan mereka.

Last PE (Personal Evaluation), AGM aku kata, aku lembut sangat as a leader. Tapi aku beralasan, aku pun tak suka ketua suka mengarah. Aku suka friendly approach. Tapi dia tanya, is it work? 

So, sekarang aku tau - I'm too kind! Baik sangat sampai matlamat tak tercapai. Tapi tak pe, I'll blend it. Kalau ada orang budget best ni, memang kenakan kat batang hidung adalah cara terbaik. Tapi kalau merisikokan matlamat tu, aku kena bercakap juga, supaya lebih jelas! 

Tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak!

p/s Aku puasa hari ni, tapi maaflah Tuhan, puasa aku tak mampu menahan marah hari ni. Tapi aku harap, aku dapat belajar untuk menjadi ketua yang lebih baik. Amin.




No comments:

Post a Comment