Friday 15 June 2012

bebel

Hari ni boss belanja kat meatwork citta mall ara damansara. Sebenarnya aku tak sudi nak pergi sebab meeting semalam dah kena 'bakar'! Malas aku nak layan! So tadi aku pergi dengan muka separuh masak!

Boss bawa bersama ID favourite dia yang telah mengalahkan ID yang aku pilih dengan penuh kesungguhan! grrr...maka dengan itu, aku pun dengan selamba badak air nya, mengomen yang bukan-bukan kat ID tu, minta itu ini! Tu tanda aku geram!

Cari lah lagi pasal dengan aku...

Bukan masalahnya aku melimitkan kreativiti, tapi as a technical mind, aku berfikir dan buat keputusan berdasarkan fact and figure. Bukan duit aku yang nak dileburkan sepanjang perjalanan business ni nanti, duit boss juga. Jadi aku rasa bertanggungjawab berjimat apa yang patut. Lagi pun, apa barang kalau dapat hasil yang boom, dengan perbelanjaan yang boom juga? As a practical person, aku nak dapatkan hasil boom dengan perbelanjaan yang minimum boom! Pada akulah, ini baru boom! hehehe

Entah macam mana, assistant sudah terbocor cerita kat boss, yang aku nak beli kereta baru. So tadi boss pun tanya, apa kereta yang ada dalam wish-list aku? Lepas tu sesedap rasa mencadang kereta yang bukan-bukan untuk aku. Ada ke, dia cadang kereta Audi?! Aku rasa, boss aku ni lupa kot gaji yang dia offer kat aku hari tu? hahaha



Sebenarnya aku pun risau juga, nak beli kereta baru. Aku memang kedekut. Budget less than 500 monthly commitment jek! So mestilah kereta cikai-cikai jek. Masalahnya, setakat 2012 hingga June ni, kereta budak office aku standard Forte, Elantra, VW, Peugeot etc Segan plak nanti terselit FLX! AHAHAHAHA

Entahlah, tiba-tiba terasa nak buat loan rumah dulu baru buat loan kereta. Saja, sebab loan kereta senang je nak buat, tapi loan rumah sedikit susah..ish..fikir lagilah...

Hari ni melaporkan yang aku bakal diserang selsema atau pun batuk untuk kali yang entah ke berapa bagi tahun ini sahaja! Hem...tanda-tanda yang aku dah tua nampaknya! Selalu susah betul nak selsema atau demam, tapi sejak tahun lepas dah agak berkali-kali! ish...




No comments:

Post a Comment