Monday 18 June 2012

dinding

Jam dah 3.30am! Aku sekarang tengah busy study! Haahaha..study pasal kereta, rumah sewa baru dan juga possibility of buying my first house. Tapi my first house tu maybe masih jauh, anyway langkah dah dimulakan dengan menghubungi agent/penasihat. Sekurang-kurangnya, aku dah berusaha :)

Hari ni sebenarnya agak sebal. Beberapa peristiwa berlaku, malas nak tulis kat sini. Tapi memang menyebalkan, hingga aku melantak 2 gelas besar jus tembikai! hahaha Tapi, ia menguatkan tekad! Aku mesti berusaha sendiri! Tak boleh harapkan orang lain!



Semalam aku pergi 'jalan-jalan' dengan Kylie, dah tengah malam, tapi aku memang suka jalan dengan kylie time-time ni. Tak panas! haha Sekarang kebetulan tengah jerebu, and index bacaan udara kawasan selangor memang sangat teruk. tapi sebab malam, tak nampak sangat. Melainkan, sampai satu masa bila nak lap cermin ngan wiper, skali air tak keluar!

Ops, apek ni lupa isi air lah ni. So aku pun berenti kat R&R, dengan cuak-cuak ayam nya pandang kiri kanan, dah pukul 12 lebih kot masa tu. Risau gak aku kalau ada orang jahat nak kidnap ker kan..haha berjaga-jaga katakan..Siap isi air, dengan gumbiranya tarik ler wiper handle kat steering tu. Skali yang belakang jek kuar air!

Erk? Baru aku perasan, bekas air tu pun dia tak tukar sebenarnya! Dah le tu, air tak keluar pun kat cermin depan!

Sebal giler! Nak kena apek nih, bangkrap la ko! Amin. Tipu lagi aku...

Aku tak taulah kalau penyebab pelanggaran tu bersubahat sekali. Tapi honestly, atas dasar kemanusiaan, aku dah bank in some cash untuk dia. Sampai hari ni, aku tak terima pun sms terima kasih etc Bukan mengungkit, tapi menegaskan betapa sebalnya aku malam tu..kalau aku eksiden sebab cermin kotor sangat, dengan guthrie yang tak ada lampu tu, cemana??

Kan aku dah kata, jangan jadi baik sangat!! Biar kau kena langgar dengan orang lain yang lebih jahat dari aku! Amin. Barulah ko akan tahu, apa makna nikmat...selamat menunggang yer..

Doa orang teraniaya sangat makbul! Jangan main-main! Jangan pernah dengan sengaja mahu menganiaya orang lain!

Kylie memang confirm akan ditrade in dengan cik Violet. Nama baru untuk sebuah kereta myvi ungu. tu yang aku plan ler..mana tau boss betul-betul nak belikan audi! AHAHAHAAH

Pasal kereta ni pun, ada juga kisah sebalnya. Tapi aku malas nak tulis. Kang ada pihak terasa plak. aku kan budak jahat, nak buat cemana? mana aku rasa lega kalau tak sakitkan hati orang! betul tak..hahaha Anyway, aku tekad nak handle semua ni sendiri. Anggap jelah aku tak de sesiapa. Aku tak peduli pun!



Tadi sebelum keluar jumpa new house owner, aku sempat tengok cerita ni kat 8tv! walaw..kelakar ada, bodo-bodo pun ada! haha

baca synopsis kat sini :)

dia tak lah hensem, tak kaya juga..tapi dia jujur dan dia sangat memahami. Paling penting, sangat supportive! wahaha Drama jepun sangat tulus dan jujur. kadang ideanya bodoh! tapi dalam kehidupan sebenar, ini perkara yang banyak kita terlepas pandang..

contohnya cerita ni, ada satu adegan tadi, budak kecik kaya yang wakaba tolong jaga tu nak sangat tido sekali dengan pitaro, wakaba dan shota. bila ditanya apa perasaan dia? dia rasa panas, tapi gembira! hahaha shota pun dengan bendulnya explain, walau pun tak selesa dan panas sikit, tapi dapat dengar pernafasan ahli keluarga dah cukup baik!

mak budak kecik kaya tu selalu busy, sampai wakilkan kat wakaba untuk penuhi semua permintaan dia! hari ni dia ada show kat tadika, tapi mak dia tak sempat datang. shota dengan bendulnya menjemput. mulanya budak kecik tu merajuk sebab mak dia kata tak dapat datang, sampai dia gunting baju witch yang dia patut pakai masa berlakon!

skali mak dia datang! haha tapi wakaba dah jahitkan baju tu..so dapatlah mak dia snap some of her adorable daughter berlakon kat pentas! ngeh3 insyaAllah kalau aku ada anak nanti, aku tak lepaskan peluang tu! sebab aku rasa, diorang membesar sekali tu jek! lalalalaa...

*drama ni original tajuk is Zenkai Girl. Tajuk kat 8tv x ingat pula..tapi Ahad, 3pm-4pm! :D



No comments:

Post a Comment