Tuesday 19 July 2011

hidung berlari??

hari ni tak ada banyak untuk dikongsikan. dari pagi sampai petang, bertungkus lumus! kan dah cakap kena process pr/claim yang bersepah2 tu..rasa nak 'bakor' jek pula! haha geram

so far semakin baiklah semuanya. cuma aku sangat sibuk sekarang. baru rasa dah clear sikit pr -- teeet! masuk lagi! tu yang rasa nak bakor tu! grrrr..so sekarang ni masa yang bagus untuk aku figure out best way to manage or plan my task. walau pun semua pr urgent, mesti ada priority or laws supaya aku tak lah macam orang giler terkejar-kejar itu ini!

hmm..i need to establish a system! this week aku akan cuba fikirkan bagaimana, cedok-cedok kat mana-mana, atau pun 'rasuah' je sharon soh tolong fikir! wahahaha jahat! pastu this saturday boleh dibentangkan dalam mesyuarat kabinet. ahahaha kalau tak, jawabnya aku kena buli je la dek semua orang! x boleh balik-balik dari office!

ok, malas cakap lagi sal office. ada banyak pula mende masuk dalam kepala secara tiba-tiba. kebimbangan tak bertepi2 hihihi x berhati perut betul kebimbangan itu, bagilah aku peluang bernafas! @_x

hmm..this weekend aku mimpi bende pelik lagi. mimpi bintang dan lebih 'creepy' aku mimpi mencuba memahami perasaan dia! erm..x sure how to explain. tapi aku mimpi berbaring di tempat dia berada, merenung bulan-penuh di langit dari tempat dia berbaring!

dia marah ke pada bulan? apakah maksud mimpi tu sebenarnya? hmm...janganlah buat aku rasa bersalah. aku dah mencuba menunggu, tapi menunggu kamu adalah perkara yang tak berhujung. dan aku sudah tak mahu menunggu. jangan bimbang juga, aku tak akan lupakan kamu. kecuali kalau aku telah nyanyuk! :)

hidung berlari! orang putih kata running nose. itu yang berlaku sejak jumaat yang sakit tekak. hari ni suara tak terkeluar, telinga kurang dengar, sebab hidung tersumbat. haha tak ada yang menarik hari ni. so aku nak buat preparation untuk hari esok. iron baju la, tidur awal la (1am awal x?), berangan dulu la, menyanyi dulu la etc hihihihi

sebelum tu, sebelum aku lupa. plan this week ada banyak betul benda nak buat! nak bayar saman, nak renew roadtax, nak pergi kwsp (ni nak kena amik 3 hour leave nih!), nak apa lagi ek? kenduri punggahan on 24th, x balik lah. sebab sabtu tu keje! owh! bosan! dan erm..lagi..lagi...eh? dah hujung bulan 7 dah ek? cepat masa berlalu!

bulan depan puasa! yey! selamat datang ramadhan :) semoga ditabahkan segala yang menjadi dugaan, amin.

memory; good or bad, will stay with you forever. shaping you in every future decision you take. making who you are. it's so badly priceless, unless you turned senile! ~ san_bu

1 comment:

  1. hmm lagi satu...kejar agent 007 aku nih yang pura2 x ingat..nak kena la nih! :X

    ReplyDelete