Monday 25 July 2011

ohana means family

sabtu malas nak post report, sebab ada kat umah adik aku. bermalam kat sana since ahad pagi nak balik kampung. sebelum tu menghabiskan masa dan 'ekhem' duit pergi lepak minum kopi and sembang berjam-jam dengan huda! hahaha kalah orang business! saja, tu cara kitorang hangout!

lunch korean food, teka makan apa? aku makan spicy beef + hair! very long hair! kalau sekali aku x berapa nak marah, tapi lepas tukar pun ada lagi! aku malas nak cakap apa-apa lagi....karang aku 'bakor' plak kedai tu! haish anggaplah tu first and the last! then pergi low yat cari usb cable yang aku 'iklankan' tu. huh! memang tak ada...

tak apa, at least aku dah usaha. tahap dewa, tapi memang tak ada. so, selamat tinggal cable usb. aku akan request 2m only! lantak ko lah encik engineer nak arrange macam mana. melainkan ko nak beli extension...

sampai kampung dalam pukul 11 kot. sebenarnya tak payah masak, daddy dah order dari kedai. so basically just set up kat umah je. prepare kuih, pinggan, cawan etc tapi tugas paling getir aka memasak tak payah buat. aku lebih prefer masak sendiri sebenarnya, baru trill! tapi dah my dad request nak beli je, beriyani gam kambing dan ayam tu! ni kenduri kahwin ker kenduri punggahan? hahaha risau aku!

makan...makan...makan....gelak, sembang, basuh pinggan, makan lagi...gelak lagi...akhirnya around 3pm, kenduri start. ended at around 5pm. meet my auntie, sepupu sepapat yang jauh dan dekat. tak lah meriah macam kenduri besar, tapi oklah. aku suka jumpa mak cik aku sebelah bapak aku nih. sebenarnya dia setiap kali pun fail nama aku dengan nama adik aku! selalu tertukar! tapi aku suka dia, dia mengingatkan aku kat nenek aku! hihi

setiap kali raya, umah dia ada 'rendang campur' yang unik yang kitorang amat2 suka. dalam rendang tu ada daging, paru, limpa bla bla bla tapi kat umah dia jek boleh jumpa rendang ni! tempat lain semua tak ada. then dia akan mix my name and my sister's name. haha

she's the only auntie sebelah bapak yang masih ada. yang lain-lain semua dah kembali ke sisi Rabb. bersama2 nenek dan datuk kedua2 belah mak dan bapak. aku tak pernah jumpa atuk aku. both of them. so, selalu agak jealous bila diorang cerita sal atuk lelaki diorang. while i never had any experience of it :( atuk saudara (abang kepada nenek sebelah emak) adalah, tu pun tak lama. sebab sekarang dia pun dah tak ada lagi. yang tinggal hanya kenangan, bau kemenyan rokok daun dia dan gelak besar dia yang kuat bukan main! hahaha

kenangan; hari ini aku melihat lagi. bagai filem lama, hitam-putih. berputar menjadi tanda bahawa masa memang berlalu. manusia berganti. ada yang muda, bayi dan yang telah tua, uzur malah telah pergi. tak pasti, apa yang aku pelajari dari semua ini. mungkin sekadar saksi, mungkin merindui, atau mungkin tanda sayang tak terperi! *buat mereka semua yang telah pergi, pernah punya walau secebis pun memori. terima kasih, kerana pernah ada di sini. moga-moga aman di sisiNya abadi.   



penat, tapi rasa berbaloi. aku selalunya malas atau tak suka campur sangat kalau ada event. roller coaster, kadang2 aku excited bukan main, kadang2 aku menyampah, malas nak layan, peduli apa! tulah aku! ahaha aku malu-malu kucing nak kenal semua sedara mara, terasa aku bukan sesiapa. atau pun aku tak punya cerita. tapi seronok juga tengok diorang ni. unik. masing-masing ada cara tersendiri, ketawa tersendiri, cerita tersendiri. macam aku juga, tak semua indah. tapi tak juga semua pahit!

life's like that :)

di sini aku tuliskan kesyukuranku. untuk semua keluarga yang ada sisi. masih ada atau pernah ada atau pun yang bakal ada! alhamdulillah. terima kasih tuhan, menjadikan hidup ku, ada pertalian. ada identiti. aku bukan yatim piatu, bukan sebatang kara. menjadikan hidup ku ada warna-warni, punya serinya tersendiri. punya makna yang mungkin hanya aku mengerti. punya teladan yang boleh aku pelajari. warna kulit mungkin berbeza, bahasa mungkin tak sama. tapi menjadi manusia ditengah-tengah berbilang bangsa dan keturunan, adat dan pedoman, tradisi dan kepercayaan, adalah sesuatu yang amat aku syukuri. ia rasa yang ajaib. rasa betapa kecilnya aku, di tengah tulisan takdir Mu.

insyaAllah, seminggu lagi ramadhan datang lagi! terasa-rasa indahnya, terdengar-dengar panggilannya. bulan paling aman, paling tenang, paling baik. mudah-mudahan kita semua berjaya dari awal hingga ke hujungnya. ditabahkan segala dugaan. aku rasa paling terharu, kerana pada ramadhan semua pintu neraka ditutup serapatnya. manakala semua pintu syurga terbuka luas, menyambut pulang jiwa-jiwa hamba yang kembali pada fitrahnya. dan aku paling kagum, kerana pada bulan ramadhan, kita menahan diri dari makan di siang hari, bukan kerana tiada makanan. tapi kerana perintah Tuhan!

here i come! :)

all heaven's gates are open and all hell's gates sealed tight. to welcome back every souls to its natural servant path ~ san_bu  

No comments:

Post a Comment