Friday 22 July 2011

nostalgia ikan masin

ahahaha..hari kedua hanya aku berdua dengan bos dalam bilik purchasing! kesian bos! sebab dia agak kaki bercerita juga sebenarnya, tapi sebab aku macam 'malu2' kucing nak bergurau senda dengan dia, so dia pun x berapa nak jadi la bersembang! ahahaha

tanya mana nak beli angry bird ntuk anak dia la, seb baik semalamnya ada nampak kat living cabin. at least ada la juga modal. sebenarnya banyak je angry bird punya toys sekarang, sepah-sepah. dia nak cari yang besar macam bantal, anak dia suka sangat! hehehe aku sengih jek..

NO! I'm just rebelling...
entah mengapa, aku lebih suka berdiam diri kat sini. malas nak tegur orang, malas nak cakap dengan diorang, tak juga bermesra-mesra dengan sesiapa. tak juga cuba mengambil tahu perihal business company ni. product apa pun aku tak berapa tertarik nak amik tau! ahaha parah nih! mungkin tak sempat, mungkin isolated, mungkin ah! mungkin sebab aku belum mahu! kalau aku mahu, laut pun aku renang, gunung pun aku daki! wah! :D

menjelang tengah hari, bos aku tanya "ada bau ikan masin x?" betul! aku pun terperasan juga ada bau pelik dalam bilik tu since aku masuk. tapi pepagi tadi tak ada la pula. dalam pukul sepuluh/sebelas tu baru ada. aku ingatkan ada sesapa memasak ke? bau sampai ke dalam bilik! tapau ke, kan? tapi tak ada la pula..dah le semalamnya teman wani berbuka dengan nasi goreng ikan masin! nostalgia betul! menjelang petang, bau semakin parah. sah! ada cicak mati tersepit kat mana2 nih! tapi x tau and malas nak cari!

solution: buka je la tingkap. kurang sket bau pelik menusuk2 hidung! erk...esok suruh sures cari! wakakaka tak kuasa aku nak cari. i'm very un-interesting! ahaha

esok keje, ada farewell party untuk sorang staff by 11. first time aku akan jumpa bos besar kot. ke selama ni, aku jumpa di mana2 tapi x kenal! wahahahaha staff derhaka! hmm..apa2 pun, cam tulah aku kat sini. hari-hari dah semakin baik, kerja pun dah semakin boleh catch-up, cuma belum ada cinta! ekekeke

esok plan nak g makan korean bbq dengan huda. pastu g low yat! hmm..last time aku pergi, dah tak hengat bila. tapi sesak dengan semua benda yang kelihatan 'sama' and harga pun beza 2-3 ringgit jek! untuk orang cam aku yang sangat cerewet ni, aku amatlah sukar membuat pilihan jika terdapat terlalu banyak pilihan! last-last nanti aku tak boleh juga pilih! hahaha

so selalunya aku suka pergi tempat yang tak ramai orang, yang aku boleh berlama-lama merenung membaca label, siap keluarkan kalkulator la etc tenang, tak rushing, limited option kepada 3-4 jenis jek..hmm barulah aku boleh pilih dengan bersungguh-sungguh! selalu bab-bab shopping adik aku la jadi mangsa! kena teman aku yang berjam-jam memilih. sebab semua pun aku tak berkenan! hihihi

lepas tu balik umah adik aku, since ahad pagi nak gerak balik kampung. erm..x leh la bercuti sepuas-puasnya ahad ini. kena tunggu minggu depan, cuti sabtu dan ahad! :D tak sabarnya!

ha! ni ada satu citer sedey! kena saman lagi! bosannyer!!!! apa sajalah masalah diorang ni tah. geram tol aku. menguatkan semangat aku nak buat lesen motor and beli motor! tapi macam bahaya jek kat bulatan tu. abang aku kata aku pendek sangat, tu sebab dia x suggest aku naik motor. haha yelah, kang jatuh kang, dia juga la kena datang dari bangi tu! ikikiki

well nak buat cemana, nak cari 'orang' tinggi, x jumpa-jumpa! ahaha x pela, adalah ni hikmahnya di mana2 nanti. oleh itu redha je la buat masa ini. kejap lagi ok la. keep up the good work, bebeh! :D

Ego S...seswai ngat dgn rebel dan owh! merah! (*_*)

No comments:

Post a Comment