Tuesday 12 July 2011

bintang, bulan dan matahari

Satu lagi hari berlalu dengan baik. Walau pun cabarannya masih tak kurang, tapi aku dah rasa lebih baik dan tak terasa 'jauh' sangat. haha Cabarannya ialah 'mengejar' quotation dari supplier. Letih! especially kalau supplier kedai biasa2. Macam diorang tak tau apa yang aku tanya jek! adess...

Professionalism, that's the word. :)

Cuba untuk tak mahu berfikir banyak pasal kerja, selepas waktu kerja. Tapi kalau tak fikir, karang sape pula nak tolong fikir? Geram. Sebab something still stuck somewhere. Sangkut. I hate sangkut-sangkut things!! Pastu kena saman pula! &^$#$^#^& betul la MPPJ nih!

Abih nak soh aku bawa keta letak bawah meja agaknya! Geram betul! Sukati jek, menghalang lalu lintas dia kata? Nak kata buta, lepas pula jadi penguasa. Bukan aku parking kat tengah2 jalan pun! Aku dah park elok2 kylie tu tak menghalang keta depan @ belakang and make sure if anything diorang boleh keluar dengan senang. And park as closed as possible to the roadside. Tu pun nak saman!? Kang aku saman diorang balik baru tau!!! Dah beli parking pass pun saman? x considerate langsung!

haishhh geram! rileks2x next month kita settle. kumpul jek dulu..hahaha korang nak kena ngan aku yer....


Pagi tadi, termimpi  bintang! Dah lama tak 'jumpa' dia walau pun dalam mimpi. Tiba-tiba, dia muncul pagi tadi. Hmm..mungkin tak lama lagi Ramadhan, as orang jawa, kitorang ada satu kenduri menyambut puasa yang dipanggil 'punggahan' (erm...x sure betul ke tak spelling nih! haha). Tapi aku tak sure sangat apa sebenarnya function kenduri tu. But my eldest folks bagi tahu kenduri ni untuk 'menyambut' kaum keluarga terdahulu yang telah pergi, pulang bersama-sama menyambut dan meraikan Ramadhan.

Ini bukanlah satu fakta, sebab aku pun tak tahu dan tak pernah buat kajian. So jangan amik pusing sangat ye..anggap je la, ni pengetahuan am. hahaha Tapi pelik juga la, since dah lama tak jumpa dia kan. Suddenly termimpi. Mungkin petanda?

Erm..aku rasa aku pernah termimpi setahun sebelum ni. Selepas last time aku 'visit' dia, aku mimpi family dia tak berkenan dengan 'ziarah' aku. Entah betul atau tak, since aku tak lagi berhubung dengan mana-mana ahli keluarganya. Tapi aku anggap itu sign juga, yang aku perlu hentikan semua tu. Biar pun mungkin aku anggap hanya seorang kawan yang mengenang kawannya, tapi mungkin juga dari pandangan kekeluargaan, dia tak lagi berkaitan dengan aku. So, dah dekat setahun aku tak pergi sana lagi.

Masa kecik, aku selalu berangan nak balik kampung beraya, naik kereta membelah sawah padi. Kali pertama aku pergi rumah dia, aku sangat terkejut sebab sama macam yang aku angan2kan! hahaha Tapi, sama juga la, cuma di anganan! Tapi, sawah padinya, tempatnya, selalu jadi tempat yang sangat aku kenal. Mungkin sebab sangat dekat di hati! hahaha

Itulah bintang ku, harap dia elok-elok saja di sana. Aku mungkin saja nakal-nakal di sini (tu memang tak boleh dielakkan! haha). Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi! (Mia Sara, Movie 'Sekali lagi')

Bulan pula hihiihihi matahari ahahahaha so tu je la yang menarik hari ni. kah3

Owh..cakap pasal hobby baru. Nak beli MG gundam, dah gatal tangan nak assemble! Tapi erk???? about 200! aiseh nak kena renew roadtax la this month..browse2 je la dulu cari apa model paling mencabar and menarik! hiyark!! tak pun beli je la dulu bleach figurine ntuk menghias meja opis baru. beli ichigo atau pun renji-kun! owh bestnyer...

conclusion, gambatte kudasai to every one! Live well, take care : )

No comments:

Post a Comment