Friday 19 August 2011

perempuan, shopping dan makan!

sebenarnya aku takut nak tulis betapa leganya aku bila berjaya mengatasi sesuatu halangan. sebab aku tak tahu, adakah hari berikutnya masih lega atau pun bakal menjadi lebih susah!

memang, semalam aku tulis apa pun yang tak membunuh aku, hanya menjadikan aku semakin kuat. tapi hari ni seperti ketakutan yang aku tuliskan, aku dah tak lega lagi... :(

aku benci betul perasaan ni! sebenarnya aku dah malas nak fikir, hanya nampak satu jalan. mungkin sebab aku dah malas fikir. kalau aku rajinkan diri sikit, mungkin ada lebih banyak jalan lain akan aku nampak. tapi macam mana nak rajinkan diri tu? itu yang menghalang pandangan aku..

sebenarnya dah penat. dah pukul 12.41am. dari ofis lagi dah penat, sangat penat. ingatkan nak balik seawal pukul 5, tapi last minit ada pula keje bodoh yang menghalang! benci! aku balik lambat lagi! penat! tensen! dan kena saman lagi! tak berbaloi kan? tu antara faktor menyumbang kepada betapa menyampahnya aku dengan keadaan sekarang. terasa belum ada yang memihak pada aku! :( ada je, yang tak kena..

kehilangan yang dinamakan perasaan, aku pun membawa diri pergi shopping groceries. fikir apa nak masak untuk buka. sebenarnya aku dah tapau mcD untuk buka puasa, tapi sebab aku geram dan bengang, aku pun shopping untuk masak kari ikan pula!

ah! rasa lega melihat dan memilih barang dapur! ahaha aku sekarang suka shopping barang basah kat village grocer, Giza. diorang ada rack yang panjang untuk sayur organic dan kuantiti pun tak besar. sesuai untuk aku yang single nih. hihi ikan, daging dan ayam pun boleh tahan segar. dan kemas tak macam carefour yang tak banyak barang basah atau giant yang ramai sangat orang!

so selepas siap memasak, mari makan kari ikan! waw! dah lama tak makan nasi..selalu masak spagetti jek! haha bila aku tensen, ni antara aktiviti paling aku suka! shopping aka membeli dan memilih serta membelek barang yang sebenarnya aku bukan perlu sangat pun. just nak buang masa dan lari dari kekusutan fikiran! tak pun makan. kalau rasa nak lagi best, try masak sendiri. pastu pujilah diri sendiri! ahaha

sebenarnya tak mahu esok. aku ingat nak amik study leave since aku rasa sabtu macam tak cukup untuk cover 2 subjek. tapi tadi 'minah senget' tu tak ada pula, mc. kan bagus kalau esok pun dia mc! wahaha so tak bolehlah aku nak apply leave, melainkan EL! akakaka

tapi aku terperasan sesuatu, kat sini aku banyak kali EL! 1/2 day la etc sebenarnya banyak jek keje tertangguh kalau satu hari tak ada, tapi kadang tu aku prefer 'hilang' dari mengalami menyampah tahap dewa! aku penakut? entah...mungkin lebih tepat, tiada perasaan!

aku rasa masalah aku dengan sures sama. blur-blur under minah senget tu. contohnya tadi: sr. PM nih tanya nak confirmation pasal scope of work contractor. sebab kerja dah patut mula hari ni, tapi ada sikit confuse. sebenarnya perkara ni, boleh jadi lebih jelas dan sebenarnya simple jek, kalau minah senget tu boleh sampaikan maklumat dengan betul dan tepat. berkerjasama dengan erti kata sebenar, bukan hanya nak make things simple which is simple for her sebab dia dah tahu hujung-pangkalnya. tapi untuk aku, info ni macam puzzle tak lengkap! sebab dia tak jelaskan betul-betul.

tadi, aku call dia tapi dia tak pick up. so aku confirmkan balik dengan contractor. then report balik kat sr. PM tu. memang orang tua tu sikit tegas, tapi dia boleh jek cerita kat aku dengan panjang lebar. dari a-z. then aku boleh faham, cerita sebenarnya. tapi minah senget ni pula, dah pukul 6 baru nak return call, dah le tu explain tak habis dah tanya pasal sures masuk ke tak? memang minah senget la dia!!

tu yang aku maksudkan dengan dia ni kalau bercakap macam melompat-lompat. dia ingat aku ni notepad dia, amik notes short-hand? naik menyampah aku nak fikir lagi! dia rasa dia bagus sangat kot? kalau macam tu, dah bagus sangat, buat apa amik orang lain? kalau rasa tak nak percaya orang lain, rasa orang lain tak cukup bagus, so kenapa nak cari assistant at first place? kenapa tak buat je semua sendiri? kan dia bagus sangat??

this is the second time, this kind of things happen. i swear, this better be the last! the next time, it will be followed by my letter. i think it's just unresolved issues with her thus it's not worth my stay!    


5 comments:

  1. waahh...cik rebellious nih angin tahap taufan daa...cool down der..mane2 tempat ade je orang camtuh..kalu ko quit on a short notice, org kan pandang kiter tak profesional n tak siyes bler keje..nway aku tau ko boley tempuh smua nih..insyaAllah..nak lagi best??!!!
    jom kite brsonok g PD after raya..ade bran?? :p

    ReplyDelete
  2. honey...sungguh murni niat mu! kakaka tapi aku memang sakit ati tahap langit ke-7 dah! ko tau je la, aku klu dah sakit ati cemana -- bako kang!
    aku x suke issue berulang-ulang yg mnyakitkan! oleh itu...............

    ReplyDelete
  3. hahaha..bako jangan tak bako ;)

    neway,aku rase mmg tak dapat nk join la g Peneng tuh..sbb ari Jumat da cuti, so mmg dan dan la balik kg utk sambut besday mak aku..besday ko lak selang sehari dr mak aku kan..huhu..takpe2 apekate kite g sumwhere a week after that??amacam??

    ReplyDelete
  4. hm..aku pun nak wat something important 16-18 tu. something for my life! wahaha..nway, 10Q bebs..

    ReplyDelete
  5. etula, aku pun nak for once do something o go somewhere alone...ade kakak kat ofis aku, in her early 40's, bujang lagi..da merantau g europe sorang2..mmg aku tabik la..keberanian dia tuh is something we need to have..aku pun nak cari some place special untuk aku g leisure myself..slagi masih single nih,nak gak try something yg challenging kann..

    ReplyDelete