Sunday 7 August 2011

mendengar dan didengar

aku tulis diari siang hari sekarang! orang tulis diari malam2 sebelum tido...ahaha tak kisah lah! satu lagi hari yang indah, walau pun aku belum melihat langit kat luar. tapi cuaca redup dan ada bunyi burung berkicauan (*wah!) sungguh aman...budak2 pun tak bising main bola kat taman bawah rumah aku ni since bulan puasa, nanti tak larat nak sampai petang! padan muke korang! kikiki

tapi malam nanti, aku la pula yang tak larat nak dengar bunyi mercun diorang! cis!

Ni cover international - bukan Malaysia
aku baru menamatkan bacaan buku ke 2 yang aku beli hari tu dengan kak yatie. Tuesday With Morrie. tengok, patut study untuk exam rabu ni, tapi aku study buku lain lagi! akaka ok-ok jap lagi aku start study ~ selepas jalan2 dengan kylie! hua3

apa yang menarik tentang buku ni ialah Morrie. Dia professor sosiologi, kerjanya memerhatikan manusia. dan dia sangat passionate dengan kerjanya menjadikan dia faham apa yang dia nak sampaikan pada sesiapa pun yang bertanya atau pun studentnya. so dia sangat terkenal dan disayangi, lagi pun sebab dia baik dan pendengar yang baik. Mitch adalah salah seorang studentnya dan dah terputus hubungan selepas grad. biasalah, sibuk kejar kerjaya dan duit. sampai dia tengok satu night show, tapi masa tu Morrie dah jatuh sakit.

so Mitch ambil kesempatan untuk jumpa Morrie, dan dari situ dia berbaik semula dengan Morrie. buku ni adalah tesis terakhir (tak rasmi) Mitch dengan Morrie. isinya tentang kehidupan. Morrie menghidap ALS yang menyebabkan dia mati perlahan-lahan iaitu selepas satu demi satu anggota badannya tak berfungsi. tapi Morrie seorang yang sangat tabah, semangatnya tak tersentuh oleh penyakit kejam tu. dan Mitch belajar banyak perkara dari situ.

lessonnya ialah tentang kasih sayang, hubungan sesama manusia, kemaafan, kemewahan etc satu perkara yang menarik bagi aku ialah kita sangat sibuk dengan perkara yang tak perlu. contohnya kejar duit. walau pun duit tu penting, tapi hubungan baik sesama manusia pun lebih penting. sebab sebenarnya kita perlukan satu sama lain untuk berkongsi - bukan saja kemewahan kita, tapi perasaan. perasaan tenteram, diperlukan, dan memerlukan. bukan rasa lengkap dan cukup segalanya, tapi hakikatnya kita tiada siapa untuk berkongsi.

lagi satu yang menarik ialah Morrie seorang pendengar yang baik. walau pun dia sedang terlantar sakit, orang yang datang jumpa dia lebih banyak didengar dari mendengar tentang Morrie. dia prihatin dan senyap-senyap ambil tahu dan ambil berat tentang semua orang yang dia kenal. menjadikan dia sangat selesa untuk didampingi.

aku sendiri tertarik untuk menjadi seperti Morrie yang hingga ke akhirnya, menjadi seorang yang banyak ilmu, passionate tentang apa yang dia tahu, mahu berkongsi tentang apa yang dia tahu dengan seluruh dunia, meninggalkan mutiara-mutiara kata yang berguna untuk dipakai orang walau pun selepas dia telah tiada.

wah! tapi aku bukan seorang professor, dan masih tak tahu apa yang aku benar-benar ingin tahu. sebab sampai sekarang, aku rasa ada banyak benda yang aku mahu tahu! hihihihi tapi sebelum ni aku ada terfikir untuk master bidang pengurusan. aku pun tak pasti lagi, cuma mungkin satu masa nanti sistem ISO boleh menerima sentuhan perubahan dari aku! wah! san-system? insyaAllah

oh..lagi satu, ada khabar duka. A-Zen (pokok bonzai yang aku beli dari ikea) telah selamat kembali menjadi sebahagian daripada sistem alam. sebenarnya sebaik dia aku bawa pulang dari imt, telah menunjukkan tanda-tanda tak sihat dan semakin layu hingga akhirnya genap sebulan, kering dan mati. seingat aku, dia sangat sihat malah berpucuk baru minggu terawal aku beli! sedih. mungkin dia macam aku, lebih suka berada di imt..ops?

atau pun sebab aku jarang 'bercakap' dengan dia kat rumah, lebih banyak bagi tumpuan pada mat-top dan yang lain-lain. kalau dulu, aku selalu 'tegur' dia pagi dan sebelum balik. even kalau nak hantar dia berjemur pun, cuma hari selasa atau khamis, sebab hari itu aku ada kat itac. kalau tak aku terasa meja aku kosong kalau dia tak ada.. :( apa pun, selamat jalan kawan. kamu menjadi sebahagian dari alam.

ok-ok berhenti mengarut! aku dah kata, something wrong dengan otak aku! sigh~

*bagi lebih jelas: tajuk post ini in english ialah listening and listened

  

No comments:

Post a Comment