Wednesday 24 August 2011

maaf dan memaafkan

skip post in english, again! :D

ada orang kata; kemaafan adalah dendam terindah. adakah benar? mari kita terjah! :D

semalam jiwa rebel aku ni tiba-tiba nak tengok channel 106 - Fadzillah Kamsah! huiyoo..hihihi sekali sekala dengar nasihat motivasi, mana tau, jiwa kacau pulih kembali? teng3x sebenarnya topik utama pasal jodoh. tetamu jemputan ialah Azwan Ali dengan sorang perempuan ni, x ingat nama. orang biasa je..kalau dah ada azwan tu, topik pula jodoh, surelah citer ni dah tau cemana kan...

bukan sebab tak mahu, atau pun terlalu memilih etc tapi kerana belum masanya. perempuan tu dah empat kali bertunang! seminggu sebelum majlis, putus tunang dan tak jadi kahwin. azwan pula, aku rasa dia yang terlalu memilih! hahaha actually sukati dialah, nak kawin ke tak ke. dia dah cukup dewasa untuk membuat pilihan, duit pun bukan tak ada, pelajaran pun dah dibagi emak-bapaknya..so, pandai-pandailah dia...

but sembang-sembang tu biasa je, hingga satu point menyentuh minda aku ni (sesuai nama program - Selami Jiwa!). Kata Dato' Fadzillah Kamsah (*one of my favourite speakers), pengalamannya sendiri, pernah terjumpa seorang perempuan. bukan tak ada orang tackle dia, tapi beratus! (huiyoo..!?) tapi entah mengapa, tak juga dia kawin-kawin. selidik punya selidik, rupanya dalam hati perempuan tu ada TIGA manusia (perlu ke nak maafkan semut? nyamuk? kakaka) yang dia tak mahu maafkan sampai bila-bila!

dan kata Dato' lagi, selepas dipujuk berkali-kali untuk maafkan, barulah akhirnya dia sudi memaafkan. dan selepas tu, sampailah juga jodohnya. erm...jangan salah anggap. aku bukan nak cakap sangat pasal jodoh tu. aku nak cakap pasal 'maaf dan memaafkan'. sebab end of the sembang, Dato' kata 'cuba maafkan semua orang, apatah lagi mintalah maaf'. lebih kurang macam tu lah ayat dia...

dan otak cik rebel pun berkata ''mana mungkin aku boleh maafkan semua orang?'' statement Dato' tu kedengaran sangat tidak logik! boleh ke kita maafkan semua orang? hingga tiada satu pun yang tersisa marah/sebal/dengki etc di hati?

tapi bila aku fikir-fikirkan dan selam-selam ke dalam jiwa. mungkin ada benarnya...ada beberapa orang yang aku fikir (secara rebel yer) sengaja dan tak perlu aku maafkan atau minta maaf dari mereka! sebab aku rasa (aku yang rebel tu yer) kalau aku maafkan, mereka akan lupa silap mereka. salah mereka yang mencalar/meruntuh/meroboh damai yang pernah terbina. sakit hati aku mengenangnya hingga aku tak akan mampu menawarkan 'maaf' atau menerima 'maaf' mereka ini!

kau tahu je la, aku cuma ada hati 'pemberontak' dan kepala batu ni bila aku marah dan protes. aku bukan dan tak akan berperang dengan mulut! jadi, sekarang dah tahu...dari mana datang cik rebellious? hahaha

dan juga ada satu perkara antara aku dengan emak yang aku selalu ingat sebagai satu-satunya (dan aku berharap, cukup satu itu!) perkara jahat yang aku buat. aku melawan/menjawab cakap emak! sekali tu je! tak tahulah kenapa dan dari mana datangnya jahat tu! tulah, tidur masa petang yang panas, bangun pun jadi panas! dan biar pun tiap tahun, tak terkira, salam tangan emak, tapi tak pernah tersentuh kisah ini. sure, mak mesti dah maafkan. mak mana tak sayang anak? tapi, oh! aku terlupa. Allah tak pernah lupa. dan redhaNya adalah selepas redha sang ibu-bapa!

lain-lain adalah beberapa manusia yang harus aku tuntut kemaafan dan kehalal-an dari mereka kerana isu bantuan masa belajar dulu. mungkin aku anggap "ala, kan diorang abang-kakak. kalau bukan diorang, siapa lagi?" tapi, sebenarnya setiap sen itu dicari dengan lelah mereka. maka aku harus dipertanggungjawabkan ke atas setiap dari sen-sen itu...

moral -- minta maaf rasanya mudah je. mungkin sukar memulakan, menjelaskan, di mana yang salah. tapi lepas tu mudah. kerana terlepas sudah 'beban' tak kelihatan. selepas tu terpulang pada pihak dituntut, sama ada nak maafkan atau tak.

tapi, paling berat adalah memaafkan! bagi aku yang rebel ni ler...sebab, baru aku perasan REBEL ini dapat dari hati yang kebal dari memaafkan manusia lain. sedangkan aku juga sebenarnya seorang manusia biasa, sama seperti mereka!

jadi, siapakah sebenarnya yang layak memberikan hukuman?

ramadhan ini, aku belajar, tentang kemaafan. perihal memaafkan. perlakuan kecil tapi mencerminkan nilai besar, seorang insan. jiwa kukuh, tapi kecil dan tunduk patuh. pada pemilik segala kuasa, Dia yang Maha Kuasa!

moga syawal nanti, sebaiknya akhir ramadhan ini, akan leburlah dinding rebel ini...insyaAllah


1 comment:

  1. maaf semua, terlanjur kata. terkasar bahasa. tersilap bicara. terlebih, kurang, bila berkira. yang jelas, nyata atau pun terbuku di dada. diam, mahu pun lancang bunyinya.

    moga maaf dari kalian, maaf dari ku, 'menghilangkan beban' tak kelihatan yang 'menghalang' kita dari menuju tujuan kita impikan...

    selamat hari raya, maaf zahir & batin. dari hati tulus ikhlas! :)

    ReplyDelete