Friday 5 August 2011

bukan banzai

wahhhh...dah beberapa hari tak menulis! balik kerja sudah sangat penat, lalu tido! bangun sahur, dan pergi kerja semula..rutin yang *&^% sungguh...

hari ni ada orang tegur aku, dialog berikut:
"are you ok a?"
"y? not ok ke??" tanya ku dengan bersungguh.
"ya la..look bit not ok.." aku pun blur..hmm?

well, yup! aku sudah separuh mati semalam! kali pertama dan amat pasti, bukan yang terakhir aku akan mengalami situasi yang sangat hampeh seperti semalam! haaaa...sangat sedih! sampai nangis dengan kylie on the way balik rumah! berbuka kat opis dengan 'cekelat', berasa sangat penat hingga tak larat nak drive balik, sahur pun x bangkit dari tilam... :(

tapi hari ni agak bersemangat biar pun semalam, selepas 'kejadian' terasa nak sangat berhenti keje! entah, mungkin Tuhan mendengar rintihan seorang aku yang tersangat kesian semalam, lalu memakbulkan doa serta merta! hehehe (*thanks Allah!)

sebenarnya pagi tadi sampai lambat, tapi bila aku pandang jam kat radio kylie, dengan tenang dan bersahaja aku berkata dalam hati "o? dah lambat nih. tapi, ah, jangan kisah sangat jam tu!" sebelum tu hati dah terbulat satu resolusi supaya aku tak ambil pusing sangat pasal kerja. maksud aku tak perlu sampai sangat tertekan! kalau dateline sampai, tapi barang tak ada -- biarlah. kalau boss nak bising, marah sampai juling atau keluar anak tekak -- buat tak tau je.

sebab: sebelum aku x berjaya complete the assignment, aku sudah separuh maut berusaha mendapatkannya! kadang2 ada perkara yang tak kira sekuat mana kita berusaha, memang rezekinya tak ada. tuhan cuma mahu kita belajar berusaha, mungkin rezekinya ada pada masa lain. tempat yang lain. keywords: usaha.

aku yakin, aku bukan orang yang suka2 tak nak siapkan sesuatu tugasan. aku bukan seorang yang tak bertanggungjawab. i take pride in what i'm doing! so, bila dah tak ada, memang tak ada. memang tak boleh! biarlah diorang nak buat apa pun....

dengan resolusi tersebut, aku pun melalui hari ini dengan semangat baru yang umpama phoenix bangkit dari abu! wahahaha allahu-akbar Thanks teramat sangat juga untuk kawan-kawan yang selalu ada membantu menjadi tempat meluah rasa! owh...anda tahu siapa anda! saya rasa sangat bersyukur kerana ada anda menceriakan hari, moga2 tuhan memudahkan urusan anda juga, amin. :)

berbuka hari ni dengan top management (untuk sebuah kompeni tak berapa besar, top management juga tak lah begitu 'top'..hihihi). tapi aku memang sangat malas bercakap, dan hanya mendengar dan.......gelak! haha tak kisahlah, sebenarnya ini kali ke-2 dapat jemputan. rasa kalau tak join kali ni, macam aku tak nak berkawan pula, sebab yang first dah tolak. so accept je la kali ni. bagus juga untuk bermesra sesama rakan kerja, kan..(*kata hati ku la...)  

ku sangka kan ramai yang pergi, skali tak sampai 10 orang pun! so bayangkan betapa obviousnya aku yang dah la datang lambat ni (steamboat restaurant tu kat sunway), dan orang baru (sebulan), dan tak berapa peramah ni (tak tau nak cakap apa, pula tu duduk sebelah bos!)...obviously! haha sampai bos kepada bos aku pun tegur, yang aku tak banyak cakap dengan dia.

ahahaha sabarlah, tunggu sikit masa nanti aku 'bercakap'! kakakaka

Yey! sudah jumaat! weekend ni, study. since rabu ada exam. wah! selamat berjuang lagi...bermati-matian! percaya tak, kita hanya boleh 'merasa' manisnya masa lapang, bila kita tak ada masa! bahawa peluang sangat susah datang kali kedua! kalau kali pertama kita dah tolak, mungkin bila kita toleh lagi untuk revised option kita, ia dah tak available lagi...dah obsolete. oleh itu, tak perlu jadi terlalu bijak untuk memilih, pilih je. dan hadapi pilihan tu dengan berani. take the risk! kalau akhirnya memang tak boleh, thats it! tak boleh lah..tapi kita telah berusaha..telah belajar berusaha! :)

I hope you never fear those mountains in the distance. Never settle for the path of least resistance
Living might mean taking chances but they're worth taking. Loving might be a mistake but it's worth making
i hope you dance ~ ronan keating
 

No comments:

Post a Comment