Monday 15 August 2011

kuda ku lari gagah berani

hahaha masa main chess dengn adik aku dulu selalu nyanyi lagu ni! tiap kali nak gerakkan knight. saja, bagi adik aku dengki! tapi sekarang dia dah pandai main chess. hahaha


aku berlari balik kampung lepas kerja sabtu lepas. dengan sehelai sepinggang! kakaka sebab malas nak balik rumah amik barang dulu. so terus je gerak dari office. all the way jalan tak jam, tapi aku berjaya sampai rumah exactly 7.30pm. cun-cun time buka! :D

dapur tengah dimodify, so selerak dan berdebu. hmm..tapi tak kisahlah. sedikit pun tak mengubah rasa excited aku nak balik kampung! ahaha entah, kadang-kadang aku ni bengos, tetiba rasa excited giler nak balik. kadang tu, tak ada rasa apa-apa pun!

kampung aku seperti biasa, sunyi jek. tak dengar bunyi mercun sangat pun. maybe tak ramai cucu-cucu balik ke kampung minggu ni. sunyi, gelap dan tak meriah. thats my kampung is..sebab tu sometime aku tak boleh berlama-lama. nanti bunyi jam berdetik kat tengah rumah pun aku boleh dengar! creepy! :)

hem..tapi aku ada khabar menarik aka sesuai dengan apa yang aku impikan beberapa masa ni. pasal tiang lampu. yang ni aku cerita lebih lanjut selepas raya! sebab misi tu akan berjalan sepenuhnya selepas raya. insyaAllah yang gelap akan mula terang!

ahad petang pergi shopping raya, bukanlah shopping sangat pun! beli beberapa baju jek untuk parents and adik aku. untuk aku? belum beli! ahaha sebab aku sangat serabut untuk membuat pilihan since masa aku pergi tu jakel segamat tengah buat lelong! adeii sakit telinga aku dengar dia buat promosi! saja nak bagi telinga aku penuh!

http://www.jakel.my/ support segamat! ahaha

oleh itu, aku tak bisa membuat pilihan yang wajar. so aku nak cari kat sini jek. aman sket! ahaha lagi pun aku amat fail kalau kena memilih di antara bergantungan baju-baju! ahaha mulalah nanti dalam beribu tu, tak satu pun yang aku suka...

lepas tu 'kuda ku berlari' pula ke bazaar ramadhan. cari makanan untuk buka. hmm..first time aku rasa aku nak beli banyak benda! maybe sebab selalu aku beli untuk aku sorang jek, tapi this time aku beli untuk family aku berempat (termasuk aku). so a bit excited! :D

wajib beli - popiah! ahaha entah hapa yang menarik. tapi aku suka makanan ni sebab tak rasa bersalah makan banyak pun! sebab inti sayur, luar pula crispy wrappers. aku suka biar popiah ni dalam sos, sampai lembik baru makan! haha feel :D


tapi popiah kat sini lebih generous. hmm...

then try air khatira. aku rasa semua orang kata air ni best la etc tapi aku rasa biasa jek. macam sirap bandung add with lots of jeli, selasih etc aku pun bukan peminat air sangat. cuma maybe kalau puasa, aku rasa best kalau dapat minum air tebu! hihihi selain tu, biasa je..

bazaar kat segamat, luas and convenient. tapi since aku bukanlah peminat makanan sangat, so aku rasa food yang ada macam sama jek. kuih-kuih, lauk-lauk, air, ayam percik, ayam golek etc oh! ada satu benda baru aku jumpa. satay goreng! hmm..maybe boleh cuba next time before raya?

alamak! cintanya...dah pukul 6am. aku nak tulis malam tadi, fresh balik dari kampung. tapi mat top nih asyik restart tak tau kenapa, install updates tak sudah! tu yang kena update pagi ni...

sambung balik...then malam tadi about 8.45pm kuda ku meluncur pula balik kl. ahah betapa laju kuda ku berlari, by 12am sharp-sharp aku dah sampai rumah K.D. Giler laju kuda ku nama kylie! haha jalan tak jem, walau pun ada banyak kereta. tapi rasa overall this few hour journey and stay, rasa free and easy :D

Oklah, nak get ready for work etc

yang akan selalu menerangi, walau di mana gelapmu! ~ sun_bu

No comments:

Post a Comment