Monday 8 August 2011

suratan atau kebetulan

post ni bukan in english. sebab ia post yang sedih! hari ni tak sedih, best! sebab bos x de! aku la bos hari ni..hua3

tapi hari ni post sedih sebab aku berfikir banyak perkara. tentang pilihan. tentang keputusan. tentang masa depan. sebenarnya sebagai muslim, kita taklah digalakkan berasa bimbang akan perkara yang belum berlaku! membuang masa. lebih baik tumpukan pada apa yang di tangan. maknanya tawakkal atau pun berserah sepenuhnya kepada Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. cuma kita digalakkan berusaha, sedaya mungkin, daripada hanya duduk berdoa dan berserah nasib pada takdir!

aku rasa, aku seorang yang agak kuat. maksudnya aku tak senang-senang gave up. kalau dah tak boleh sangat, barulah aku surrender. dan aku pantang dicabar. erm...taklah pantang sangat, sampai sikit-sikit melenting. tapi lebih pada, aku selalunya berjaya buat apa yang orang fikir aku tak akan boleh buat! aku rasa bangga dapat membuktikan pada orang tu, yang aku boleh buat la...! bluerghhhh...

masa aku belajar diploma dulu, aku sangat 'sengap' aka bengap satu subjek math ni. masa spm memang ada amik add-math, tapi aku dari kelas akaun, cikgu add-math aku pula dari kelas mekanikal. belagak giler la dia, dan tanpa aku atau pun sesiapa dari kelas aku memahami, cikgu aku selalu tak nak ajar kelas kitorang. satu sebabnya, dia kata kitorang bukan pakai pun add-math! keputusan keseluruhan subjek add-math dan math-moden kitorang sekelas, sangat kontras! math-moden: A+ add-math: majority fail!

untung batu timbul, (*aku lebih suka phrase ni! ni baru betul untung, betul x?) aku ditakdirkan amik diploma electric! bayangkan betapa peliknya lecturer aku, macam mana ada sorang student engineering yang sengap sangat sampai tak tahu buat differentiation & integration? mati hidup balik aku dalam kelas dia! rentung! dan setiap kali aku akan diserang rasa takut, disebabkan aku tak tahu, tapi semua orang dalam kelas aku tahu!

kesian aku...dan aku sampai sekarang pun, masih dan akan menyalahkan cikgu add-math aku tu! namanya cikgu hamid. aku tak benci atau marah dia, tapi kalau dia ikhlas mengajar kitorang dulu, sekurang-kurangnya aku tak perlu repeat paper math tu 3x!! tak perlu extend diploma sampai 4 tahun! sekurang-kurangnya aku tak perlu sangat takut dengan perkara yang aku tak tahu...ketakutan yang tak terbayangkan...

aku belajar sendiri differentiation & integration tu sampai hampir lunyai buku tu aku guna! aku ulang-ulang cuba contoh dalam tu sampai aku faham macam mana jawapan tu didapati. akhirnya, aku boleh juga menguasainya, dan bila paper berkaitan dengan paper math tu, next level, linear system 1, aku tak risau sangat. aku dah ada keyakinan. aku dah ada pengalaman. aku dah mengatasi ketakutan yang tak terbayangkan tu! hahahaha bila aku lulus paper math tu, dengan bongkaknya aku cakap "aku dah tak takut kat ko lagi la!!'

sweet! perkara yang sama berlaku masa subjek network analysis 1. tu subject killer tu! aku belajar sampai menangis! sebab aku takut. dan sebab aku tak 'nampak' apa yang leturer and senior (yang repeat) nampak! aku takut, sama takut dengan subjek math tu..rasa aku bodoh sangat2! tapi x sia-sia aku menangis2 belajar! aku lulus dengan sekali exam, tak repeat. dan lebih sweet, aku antara student paling score on the test! wahahaha

siapa aku?

apa impian aku?

so hari ni sebenarnya aku memikir, siapa aku sebenarnya? apa destinasi aku akhirnya? sejak tengok movie repunzel then rango, aku jadi semakin banyak berfikir tentang masa depan. selain faktor-faktor lain yang seolah 'memperkecilkan' aku. tu sebab aku banyak buat perubahan besar tahun ini. kebanyakkannya secara rebellion! kalau aku rasa menyusahkan sangat, aku pangkah dengan senang hati! eh-eh tak lah senang hati sangat, tapi bila aku pangkah, tu maknanya aku dah menyampah giler! x boleh diubah lagi..

tapi tak semua keputusan yang aku pernah ambil adalah betul. maksud aku bila betul tu, ialah aku rasa puas hati dan tak rasa terkilan apa-apa selepas tu. tapi, ni sekarang ada satu keputusan yang sedang bermain-main di fikiran. meminta untuk dipertimbangkan? adakah aku terkilan? menyesal? aku bukan tak seronok dengan situasi sekarang, cuma menyebabkan tekanan. selebihnya aku enjoy juga. lagi pun masa singkat sangat untuk membuat keseluruhan gambaran. so?

ada satu guideline yang aku rasa berguna. kalau keputusan tu menyebabkan kesusahan yang lebih besar, so keputusan tu mesti diubah. sebab negatif lebih banyak dari positif. tapi aku tahu juga, lari tak pernah menyelesaikan apa-apa! dan aku bukan penakut, cuma perfectionist! haha so rasanya aku biarkan lagu ni menjelaskan dengan lebih jelas.

mungkin, ini dugaan untuk ramadhan 2011? hmm...mungkin juga...marilah kembali padaNya. moga dipermudah segalanya, amin.



walau kita dihadapkan, dengan pelbagai pilihan, mengapa sering terjadi, pilihan tak menepati? hingga amat menakutkan, menghadapi masa depan, seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus

4 comments:

  1. aku nak 'balik', tapi rasanya x boleh. aku nak 'tinggal', tapi menyakitkan. aku nak 'pergi', tapi tak pasti juga tempat yang nak dituju..

    ReplyDelete
  2. Return to the place u've once been will not change anything.Staying, if its emotionally killing u, then u need to leave.Going to a new place is something adventerous.Hold on to this phrase "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih".Thats how i cope with my own scenario.
    Do u want to be just ordinary or "extra"ordinary??Think about it..

    ReplyDelete
  3. Huda, menusuk kalbu! hahahaha *will think about it :)

    ReplyDelete