Saturday 9 July 2011

Ada apa dengan Bersih?

Kenapa dengan Bersih? Siapa Bersih? Ada apa dengan Bersih?

Aku malas nak baca, malas juga nak search kenapa dan mengapa Bersih ni sibuk nak buat tunjuk perasaan segala. Buang masa je aku rasa~

Yang aku tahu mereka menuntut sistem pendaftaran pengundi pilihanraya yang lebih bersih etc Nak guna dakwat kekal etc Selebihnya tak tahu. Tapi kalau hanya tu sebabnya, kenapa sampai nak berarak, berhimpun segala?

Kenapa aku tak sokong Bersih? Sebab ia membuang masa, membahayakan keselamatan negara, menjauhkan pelabur asing yang berpotensi melabur di Malaysia, seterusnya mencorotkan lagi ekonomi negara yang sedang cuba dibangunkan.

Aku seperti mana orang lain yang bekerja di Malaysia ni, mengalami masalah keawangan. Taraf hidup yang semakin meningkat sedangkan nilai wang semakin berkurang. Melihat jiran di selatan, Singapura yang jauh lebih maju dan berekonomi baik adalah sangat menjengkelkan! Tapi aku tak bermaksud mahu berhijrah ke Singapura atau pun memperkecilkan Malaysia.

Dalam kad pengenalan aku tertulis 'Warganegara' maksudnya aku orang Malaysia. Buat apa nak sebelahkan Singapura pula, kan? Jadi marilah berusaha membangunkan dan memakmurkan Malaysia. Kita hanya ada satu negara! Biar pun Melayu mungkin berumpun-asal dari Indonesia, kita tak boleh balik ke Indonesia jika berlaku sesuatu di Malaysia. Begitu juga Indian atau Chinese. Walau bagai manapun, mereka pun tak boleh balik ke China atau India. Kerana di sinilah tanah air kita, negara kita, Malaysia!

Malaysia tanah tumpah darah ku, hanya satu. Aku sayang Malaysia ku! Jadi aku tak sokong Bersih. Sekali pun membangkang (i'm rebellious, you see?) mesti ada cara yang baik untuk menyelesaikan sesuatu. Nak hantar petition, hantarlah. Tak perlu berarak menghalang lalu lintas, menakutkan aktiviti jual beli, menambahkan tugas pengaman negara yang secara tak langsung ialah dari duit cukai yang korang bayar!  

Hmm mungkin ya kerajaan selama ni asyik tertidur dan terlena, gerakan seperti ini dan pembangkang yang semakin agresif adalah satu yang baik. Menggesa kerajaan berkerja untuk rakyat! Tapi tak perlulah berdemonstrasi yang begini. Kita semua telah merdeka, mentaliti kita sepatutnya telah berubah dan bertambah maju. Jangan dengan mudah-mudahnya memperjudikan keamanan yang kita miliki.

Aku selalu membantah juga, tak puas hati. Tapi selalu juga aku beringat; suggest more than complaint! Nak bangkang, protest, tak puas hati - silakan. Tapi berilah juga cadangan. ok?

p/s jangan buang masa join perhimpunan tak mendatangkan hasil. pergi basuh kereta, baca buku, potong rumput yang panjang depan rumah, lagi baik!

No comments:

Post a Comment