Wednesday 20 July 2011

kucing majuk!

hari ni macam semalam. tak banyak perkara terjadi sepanjang hari kat ofis. alhamdulillah. berjaya siapkan kebanyakkan benda yang pending. masih ada lagi baki-baki, tapi ini kes yang memang tak boleh tolong punya!  lantaklah ko..malas nak buat apa2..since aku dah try cari, memang benda tu tak ada. nak buat cemana? bior, kalau urgent sangat, bior engineer tu cari sendiri. kalau dia boleh bagi tau aku nama kedai, buleh sangat2 aku pegi beli! claim dari aku nanti pun boleh! x de hal punya! hrrrrrr.....

selain dari tu, tadi aku menapau lunch. lapar. since semalam lapar x habis2, kes x baca doa makan kot? ahaha lenkali aku baca panjang2 sikitlah, boleh diet! hihihi (melampau punya budak!) tapi, tu sebabnya aku jarang keluar lunch kat sini. dah le limited, x banyak choice, x selesa, x sedap, x berbaloi......bla bla bla 

bukan x bersyukur, tapi entahlah. banyaklah komplen aku kalau aku keluar nanti. pastu nanti mulalah, masinlah, pahitlah, kering sangatlah, x de sayur lain lah etc etc hihihihi aku ni memang banyak songeh kekadang! sila paham-paham yer... :X

alamak! esok sures x de. jumaat pun x de. mati kutu lah aku jawabnya tinggal berdua je dengan bos! erkkk..sejak-sejak add skype aku ni, adesss! bertali arus arahan dia! x cukup pakai mulut, forward email, skype lagi! adooi..sabar bos, satu-satu ler...tak terkejar aku nak kejar quotation! tengok muka aku ni macam muka ada price tag meh? dia ingat aku call enquiry terus dapat ker hapa? haishhh...

yang 3 hari lepas pun x settle lagi, 2 hari lepas pun belum sempat reply, hari ni dia dah bagi list nak pricing lagi! gilos! tender pricing aku nak cari, pr pricing aku nak cari juga! mana satu tah....gerrrrrr aku pun kekadang saja jek 'bermain' skype. tensen dah..tetiba x tahu mana satu aku nak buat! hahaha lantak ko la...hahaa

petang, aku sangat tak berpuas hati dengan satu kedai pc kat low yat ni. memula call dia kata ada, sekali 2nd time call tak ada la pula! dengan 'senang hati' mamat tu cakap minah yang jawab telifon cakap 'ada' tadi tu x taw apa-apa! siap cakap, minah tu cashier je, semua usb cabel pun dia ingat sama jek! amboi2 mamat ni..sedap jek mulut dia bercakap. macam dia tengah cakap dengan 'abang' dia pula! dia ingat aku ni bukan pompuan ker? bengos!

rasa macam nak pergi low yat je malam ni. tapi malas! aku pun nak beli barang sendiri tak pernah pergi low yat tu! tetiba pula nak pergi untuk kompeni? hah....mungkin lah, kalau dah x ada choice lain. hihi tapi memang semua kedai pc yang mampu aku pergi sendiri, memang cakap x ada. cabel ni max 2m jek. entah cemana engineer tu dengan confident cakap ada! aku pun x taw lah...

sesapa berjaya temukan aku dengan kedai yang ada stock cabel ni, confirm aku belanja mcD! wahahaha *sebar2kan lah ye! muahahaha

usb A - mini B (5 pin)
ok, rasa nak tido awal sangat2..sebelum pukul 11! ahahaha sebab tak banyak nak tulis. ops! sebelum tu..aku 'bengang' ada orang beli tiket konsert mahal-mahal! vip seat lagi! hampeh jek! malas nak cakap terus, sampai balik...hahaha

logik x? dah tu, harga tiket tu beribu siot! tu pun dia beli! haper dah x ada benda lain dia nak beli??? eish3x tetiba aku jadi muncung pulak...............

2 comments:

  1. Cable tu ade 5mil kot, setahu saya la. Jikalau nak panjang lg, leh sambung sambung dengan extender USB cable biasa sepanjang 5mil. Boleh sambung sambung lg sepanjang mana diperlukan. X tau la klu dah ade sepanjang 15 mil sekarang ni.

    Sebab saya pernah beli USB extender cable biasa saya 5mil. dan masa saya cari tu, semua ade..

    Pegi Thundermatch kat tingkat atas sekali.. klu x tau mana cari, tanya pekerja situ.

    Kalay nak pergi low yat, parking kereta kat time square paling murah dan senang, pastu jalan kaki. Jika boleh claim parking, parking low yat sudah..(Mahal)


    - Anonymus

    ReplyDelete
  2. Anonymus, sure ke ada 5m? semua kedai pc kata max 2m. diorang kata lbh kena pkai extender.

    tp engineer sy x nak extender, then dia ckp ada yang 3m! tu yg geram tuh! grrrr...

    weekend ni maybe sy try 1 last time! check at thundermatch tu. klu ada sy belanja mcD. CONFIRM! tp klu ada la e...

    nway, tenkiu so muchhhhhhh... :)

    ReplyDelete