Wednesday 11 July 2012

Birthday Wishes 1 Yr Diari Si Rebel


Bulan Julai ni Blog Si Rebel nih rupanya, dah pun berusia satu tahun!! Tahniah! Mencorat-coret kisah ke-rebelan aku sejak setahun lepas! Waha..amacam? Cukup rebel x nih? haha


Harapan aku untuk blog ni adalah supaya dengan menulis kat sini, aku jadi lebih lega sebab dapat meluahkan rasa yang terbuku di hati. Berkongsi serba sedikit tips berguna cara-cara menghadapi permasalahan atau pun lain-lain perkara. Banyak yang aku rebelkan, kadang tak semestinya hanya melepas geram :)


So sempena setahun ini, ada temubual exclusive dari aku terhadap penulis blog ni! ahaha *bengong, aku lah weh! Sebenarnya, aku dah pindah rumah baru. Dah ada 'anak dara' baru. Sekarang ni, so far, alhamdulillah, segalanya lancar. Dan aku gembira daripada dulu. Sekarang fokus pada kerja, yang memang naik-turun tekanannya! Sabar jelah, punca rezeki tu.. :)


Balik rumah sekarang senang nak lepak-lepak kat living hall, nak view pemandangan dari balcony pun boleh, sambil minum teh lagi! Tu yang aku rasa lega, nak balik rumah cepat-cepat berbanding dulu rasa macam nak hangkut tikar-bantal tido opis! Alhamdulillah, setiap ujian pasti ada hikmah :)


Tengah baca magazine tu terbaca pula artikel Fun Fearless Fabulous Women. Menceritakan tentang beberapa wanita berjaya dalam bidang masing-masing, tak semestinya berstatus high-profile. Aku sangat kagum dengan wanita-wanita camnih, rasa diorang sangat cekal dan tabah hadapi dugaan dan cabaran hidup. Mostly, ibu dan isteri, tetapi masih berjaya dalam bidang mereka! Hebat? Girl's power!!


  
Kenapa statue of liberty? Nanti aku letak muka aku dengan poyo over confident pose untuk post ni, meluat pula korang baca! hua3 Anggaplah itu impian aku, setinggi itu cita-cita aku :)


Personal Motto
It's easier to argue than agree!


Wanita awesome bila...
Berkerjaya tetap atau berpendapatan sendiri, tapi masih ibu yang hebat dan ada masa mendidik anak-anak, serta isteri yang anggun dan bijaksana untuk suami


Kualiti diri yang paling bagus
Keras kepala, tapi lembut hati!


What's keep me going
Bila orang lain fikir aku tak mampu lakukan sesuatu, aku akan buktikan tanggapan itu 100% salah!


Cara relax
Baca Quran dan tafsir. Sertai aktiviti lasak!


Apa yang mengecewakan aku
Dipandang rendah atau masih dipandang rendah


10 tahun akan datang
Ada business sendiri berkaitan makanan. Bakery, restaurant ala starbuck. Sebab i'm passionate about cooking! 


Perkara paling awesome pernah dibuat
Solo backpacking ke luar negara pada hari jadi yang ke 28! *Jeng3

No comments:

Post a Comment