Friday 10 February 2012

Beijing Day Two

Malam pertama tidur lena amat! Dah letih and kesejukkan kot? Wake up call 6am then prepare untuk breakfast etc Breakfast sangat biasa, tak menarik sangat! Ada nasi goreng, kuew teow goreng (yang maybe chef baru study malam tadi!), cereal, roti, salad, bubur, tu jek kot..aku pun tak tour sangat apa yang available. aku amik nasi and sayur, telur rebus, dan juice. Hari-hari pun sama! ahaha Saja makan pagi berat-berat, so tak cepat lapar..

Hari ke-2, lawatan ke tempat jed. Cantik-cantik, murah serendah Y100 (RM50) hingga berjuta-juta Yuan pun ada! Dari sekecik ukiran rabbit hingga ke sebesar-besar ukiran kapal pun ada, dan harga pun tentulah berjuta-juta Yuan! Aku tak beli apa pun, sebab banyak sangat! Pening. Tak suka buat pilihan bila ada banyak sangat yang nak dipilih! So aku amik gambar banyak-banyak je kat sini, and kutip info pasal jed.

Jed ni bagus sebenarnya, sebab ia makin lama makin cantik. So boleh tulis wasiat untuk wariskan jed pada anak cucu! hihi Cara nak kenal jed asli ada 3 cara. 1-Bakar. Jed asli tak akan terbakar atau pun jadi panas. 2-Calarkan. Jed sangat keras, jadi ia tak akan calar. 3-Bunyi. Bunyi jed yang bagus, nyaring bila diketuk. Lagi nyaring, lagi bagus jed tu. Mungkin lawatan seterusnya, aku akan beli jed nih! ngeh3 teringin juga nak beli sebenarnya... :)

Lepas jed, kitorang pergi tempat kristal pula. Kat sini pun cantik-cantik juga, tapi limited. tak seluas kedai jed tadi. And punyalah brilliant otak diorang, design kedai tu 'memerangkap' customer supaya tak jumpa jalan keluar! Info pasal kristal pula, kristal pun keras. Cermin mata kristal tak akan pecah, juga tak akan calar. Kristal ni lebih menarik sebab colourful berbanding jed yang hanya ada warna hijau, putih...Keranda Chairman Mou (Mou Tse-Tung 1893-1976) diperbuat daripada kristal putih (eternity)

Aktiviti seterusnya yang sangat ditunggu ialah snow world! Main ski! Well, aku jatuh 2x! Then give up! haha sebab tak boleh nak berdiri bila dah jatuh tu! hahahaha Sebenarnya Beijing tak ada salji masa ni, yang ada kat snow world tu hanyalah salji buatan. One of us, injured. Terseliuh. Nothing much kat sini melainkan kena bebel ngan nyonya cina tu bila nak pulang equipment. Sebab? Dia tak paham aku cakap apa, aku pun tak paham apa dia cakap! hahahaah lantak ko lah!

Main ski punya pasal, sakit-sakit tangan! haha lenguh. Lepas tu, lunch. Tempat ni agak exclusive dan mostly kata masakan sedap. Entah, aku rasa, semua pun sedap! hihihi

Another anticipating activity; Great wall!!!! Serious, aku sangat teruja nak pergi sini! And memasukki kawasan great wall tu, aku dah excited. Hyper! Memang sah, aku kaki hiking! :) Sebenarnya aku risau juga kalau-kalau dalam cuaca sejuk tu aku pengsan ke haper ke, tergolek-golek ke bawah bukit tu kang, sia-sia jek! Tapi everything ok :) Aku berjaya naik sampai satu tower je la, sebab masa pun tak ada. At least la kan, jejak la kaki kat Great wall tu.. :)

So, aku rasa dapat la satu experience nanti bila nak naik Kinabalu, boleh bungkus badan supaya tak sejuk sangat! Tu antara faktor kejayaan mendaki Great wall :D *Berkat prektis walking dengan pa-bear juga, aku tak rasa penat sangat :) Andika kata, sesiapa yang dah mendaki great wall, layak dipanggil 'warrior'...hehehe

Lepas tu pergi visit kilang miracle krim Bou apa ntah..instructor tu pun pandai cakap melayu and aku gelak sampai rasa nak muntah! Sebab dia buat lawak, tapi muka blur jek!!! hahaha One thing is, kesian juga la, sebab dia kena bakar/lecurkan tangan sendiri, lebih kurang 4x sehari untuk tugas tu! Huiyoo..baper gaji dia agaknya eh?

Krim tu untuk melecur, 1st degree burn. Dia selamba sapu besi panas dengan tangan, sampai bau daging terbakar, lepas tu sapu krim tu. Made of aloe vera etc Selain tu ada juga koyok etc Sini ialah kedai ubat herbal cina, bau ubat sangat kuat! Krim ni menarik, mungkin boss aku minat untuk jadi pengedar tunggal? haha

Sebenarnya aku tulis kat sini juga, sebagai personal journal. Aku tau mesti boss aku nanti nak minta report. So aku tulis siap-siap sini (note) supaya aku ingat! hihi *Bijak..bijak..

Lepas tu, makan malam dan tidur. Sebenarnya taklah terus tidur, melepak sembang-sembang pillow talk, girls talk, sampai salah seorang tidur, barulah kitorang tidur. Bilik twin share, so sometime kitorang pillow talk kat bilik orang lain..bila lagik kan..?  

No comments:

Post a Comment