Wednesday 29 February 2012

ombak rindu

baca tajuk pun dah tau, mesti nak jiwang-jiwang! :D

saja, aku tetiba nak mengada-ngada guna tajuk filem sensasi tu! SEO! haha x derlah, aku sebenarnya baru faham lirik lagu Ombak Rindu tu! haha giler lambat! maklumlah, aku memang kadang-kadang tak begitu teruja, hingga semua orang lain dah settle, baru aku nak start! kakaka

Anyway, hari ni ngengada nak cakap pasal rindu. ceh! apakah qualification yang aku ada untuk bercakap perihal ini?? *jangan risau, aku pun tertanya-tanya juga soalan yang sama! :D

ok, rindu tu tak semestinya pada boifren, boleh je rindu kat kucing, tumbuhan, suasana etc macam aku, kadang-kadang rindu suasana raya! awal tahun lagi dah terasa-rasa indahnya raya! terdengar-dengar lagu raya! haha pada aku, raya event penting dalam setahun. sebab itu masa kita berkumpul semua anak-beranak, adik-beradik, sanak-saudara..masa raya, paling sweet sebab berakhir ramadhan then semua berkumpul :)

apa yang aku rindu nih? haha aku rindu kat orang...aku malas nak tulis, sebenarnya. saja nak bagi tahu, aku baru tahu maksud lirik lagu ombak rindu. dan aku rasa, aku faham, kenapa ia OMBAK rindu. bukan TITIS, bukan SESUDU, bukan, bukan, bukan...ia ombak, sebab ia datang dengan cepat dan tenaga berton-ton air laut.. eh? ni masuk sains pula.. :)  

ok-ok, ia ombak kerana ia punya kekuatan menggoncangkan hati. walau pun mungkin hati yang paling batu! hati yang sangat susah nak percaya sesuatu yang manis boleh juga berlaku padanya! ki3 *oh! sudah hanyut dek ombak! 

lagi, ia ombak kerana ia berjaya mengoyak hati ku! ahahaha korang pernah tak rindu orang @ sesuatu hingga rasa hati tercarik-carik, terkoyak-koyak, sebab apa yang dilihat depan mata, bukanlah apa yang ingin dilihat di hati..perghhh...

jadi teori aku berkata, rindu tu disebabkan apa yang kita mahu, tak sama dengan realiti. kerana itu juga, kuman diseberang laut, kadang lebih jelas dari gajah di depan mata! haha *wah, mendalam nih! dan aku yakin, sekecil umat pun punya rasa rindu, baby pada ibunya, jadi terbuktilah, aku pun punya kualifikasi bercakap tentang rindu..

ok, nak tido sekarang. belayar di lautan rindu..... HAHAHAHA :D

No comments:

Post a Comment