Thursday 8 September 2011

domo arigatto gozaimas

walau pun tajuk post ni dalam bahasa jepun, tidaklah aku termampu menulis post ini dalam bahasa tersebut! hahahaha

hari ni aku nak menuliskan penghargaan buat kawan-kawan yang menyokong aku dan tanpa sedar sebenarnya bimbang tentang aku, lebih dari aku sendiri! hihi *hontoni, arigatto gozaimas!

aku melarikan diri dari iql hari ni secara rasmi setelah melayangkan surat chenta tak berbalas semalam! (tak payah balas pun tak apa! i pun x sudi terima...). buat pertama kali aku 'bermain' tanpa peraturan! selalunya akulah orang yang sangat patuh dan teguh dengan undang-undang. tapi tidak kali ini!

bagaimana aku 'tergamak' melarikan diri, adalah bertitik-tolak dari episod penyiksaan terhadap otak serta jiwa raga ini secara bertubi-tubi! (hahaha start mengarut dah!). hasilnya aku menjadi lali dengan ketakutan bermain tanpa peraturan lalu hanya mementingkan kesejahteraan perasaan aku sahaja!

maknanya macam ni ~ aku tak peduli lagi pasal mereka. kerana aku rasa mereka pun tak begitu peduli tentang aku!

ops! jujurnya mungkin beberapa dari mereka baik je dengan aku. normal dan berperikemanusiaan serta tak ada masalah. kecuali 'manusia' yang satu itu! kerana hanya itu saja maka segalanya pun nampak buruk dan menjengkelkan! dan aku benci bila perlu mengulang menipu diri berkali-kali dengan datang ke tempat kerja yang aku tak begitu nak pergi! aku benci!

akhirnya aku mengambil keputusan ~ tak perlu pergi lagi. dan jangan pernah pergi lagi...


ok, tutup cerita di atas. cukup sampai di situ saja. aku tak nak tahu lagi...jadi hari ni biar pun kelihatannya aku tenang-tenang dan saja-saja di rumah, hakikatnya kepala aku sarat juga dengan idea bagaimana menjana akaun bank aku bulan depan? kerana hakikatnya aku masih hidup sehingga ... erm sekurang-kurangnya bulan depan aku masih hidup, mungkin!

alhamdulillah, doa ku seketika di hujung ramadhan dimakbulkan tuhan. company yang hati aku bagai tertarik-tarik nak apply, menelifon aku untuk interview. esok, 10.30am. walau pun sejauh +/- 30km dari sini, (dan tiba-tiba aku bimbang tentang daily travel expenses!) aku ingin teruskan mencuba. mungkin ini ada baiknya untuk aku..

mencuba, kan tak pernah ada salahnya..kan? kan?

dalam masa yang sama, kawan-kawan ku yang baik hati mahu merekomendasikan aku pada bosnya buat kali ke-2! terima kasih kawan, aku bimbang juga kalau aku tak seperti yang kamu harapkan! nanti tentu kamu lagi malu dengan bos kamu! oleh itu, sorry ~ in advance!

jangan paksa bos kamu terima aku, kerana apa yang nalurinya rasa pada kali pertama berjumpa aku mungkin tepat. dia bos, dia berhak memilih siapa yang dia rasa layak dia terima..jadi, jangan paksa-paksa dia, biar pun kamu bimbang hakikat bahawa aku jobless sekarang!

paksa. sebutan ni buat aku terfikir sesuatu. buat seketika ini, aku sangat-sangat tak mahu memikir apa yang aku mahu. tak tahu dan 'tumpul' atau mungkin kehilangan 'deria rasa' untuk menaksir apa langkah yang harus aku ambil sekarang. mungkin nak apply kerja apa? mungkin nak kerja di mana? mungkin berapa gaji aku mahu demand? etc

serius! hilang deria rasa! hilang selera! belum tahap putus asa, cuma mungkin masih bengang lalu belum lega dari 'cedera' itu. owh~dramatik!

beberapa hari ni, rancangan melarikan diri ini aku putuskan patut menjadi satu lagi 'push factor' untuk aku. macam kali pertama dulu semasa kes hamada. masa tu bukan lari, tapi company tutup tanpa black and white! terpaksa pandai-pandai bawa diri keluar dari ofis! kemudian jobless for few month as the push factor aku mencuba sungguh-sunguh di imt. berjaya! dan aku harap ini juga rancangan yang berjaya..kalau tak? kfc depan rumah! hahahaha *seng! kata wani  

inilah aku! terumbang ambing, masih. entah bila perahu eh silap! kapal persiaran mewah virgo ini akan berhenti belayar dan berlabuh dengan tenang...

HA-HA-HA ketawa. pun tak pernah ada salahnya untuk ketawa, pada masa sedih! kan? kan?

No comments:

Post a Comment