Sunday 4 September 2011

raya ku 2011


yo! dah lama giler x menulis apa2..! memang cuti betul2 nih!! memang raya! wahahaha x de lah...raya biasa je, tak terlalu meriah. x terlalu biasa..ngeh3x so this is my report for this raya 2011...teng3x

aku balik kampung dengan berkobar2 sambil mengambil cuti emergency pada hari sabtu tu! aku patutnya 1/2 day tapi tengok kak ana housemate aku yang bersiap balik kampung pagi tu, dengki plak rasa kalau aku pergi kerja! kakakak so dengan selamba badak (badak pun x selamba macam tu!) aku pun sms bos aku cakap change plan! amboih...lagak cam kompeni tu aku ada syer besar! huahuahua jahat sungguh!

then lagi selamba badak, ajak kak yatie pegi beli kuih raya! ahahaha bukan kuih raya pun! kerepek/snek untuk raya..aku pun tak tahu nak panggil apa panggil je la 'jajan' raya! ahaha so then ingat nak pegi teman adik aku shopping, tapi dia x jadi plak. so aku pun terus je balik kampung dengan girangnya! wuhuuu...

sepanjang jalan kereta masih tak banyak, dan masing-masing pun drive dengan sangat berhemah. ops sikap..bagus juga rakyat malaysia nih! :D despite driving around 80-100 km/h je, aku sampai awal juga lah. not in a hurry except bila masuk tangkak which is x de speed trap etc kat situ boleh la bawak 100> since keta tak banyak lagi and jalan tu pun x de polis. haha cuma bila ada lori or driver yang sangat-sangat berhemah je, kena la bawak bersopan santun. eh? mengekor dengan bersopan!

then sampai le ke halaman yang dirindu! kikiki

aktiviti kat kampung menjelang raya memang banyak. amik 'tender' majlis daerah (hahah) kemas keliling rumah and basuh tingkap! adeii sampai lenguh tanganlah! tapi terasa best and terimbau kenangan lama. sejak dulu aku memang selalu jadi tukang basuh tingkap! haha sampai tak perasan ada cermin! banyaklah orang eksiden terlanggar pintu cermin tu! ahaha tapi itu maknanya kerja aku memang best! (ceh! puji diri sendiri!)

then sebab cuti raya yang agak panjang, kebanyakkan aktiviti macam pasang langsir, anyam ketupat, masak-masak etc boleh dibuat dengan perlahan-lahan. no urgent. 1 by 1. tapi aku dengan adik lelaki aku anyam ketupat sampai pukul 4am! haha sambil-sambil sembang, dengar lagu raya, sampailah kena 'gelak' dek 'cik pon' yang mungkin baru 'dibebaskan' dari rantai sempena bulan ramadhan..ahahaha *tapi bapak aku kata tak. entah, nanti lain kali aku buat research pasal nih! hihi jangan biarkan diri anda diselubungi misteri........

tahun ni juga antara tahun yang aku tak banyak dengar takbir raya dari tv @ radio. maybe sebab tak berada di depan tv seperti raya-raya yang sebelumnya! sibuk menyiapkan makanan dan amik tender basuh pinggan pula! hahaha tapi aku memang tak gemor kalau dapur bersepah dengan pinggan-cawan, lagi pula ramai tetamu nak dihidang. nanti tak cukup pula stok pinggan-mangkuk mak aku! :D

tahun ni melawat mak cik sebelah bapak aku (yang ada rendang campur tu) lebih awal dari selalu. selalunya lepas zohor, tapi tahun ni seawal tengah hari! sebab lepas tu nak melawat pusara (sebenarnya aku lebih suka guna istilah rumah baru!) nenek aku. cam biasa juga, aku memang sangat tak boleh tahan air mata kalau pergi kubur. bukan sedih sangat, tapi mungkin mengenang yang dah tak ada. yang sebelum tu ada, tapi sekarang dah tak ada lagi...

hari raya pertama dan kedua kitorang dah settle round rumah adik beradik, dekat-dekat jek pun area situ-situ juga. so lepas tu tunggu sedara mara datang berkunjung. as usual sedara aku belah bapak suka betol datang macam rombongan! adalah 20-30 orang sekali datang! ceh...nasib baik abang aku dah balik dari perlis, at least adalah tenaga tambahan masak-memasak kat dapur! kalau tak, cuma aku ngan adik lelaki aku jek! adeiii..

lepas diorang balik -- terbongkang tido! keletihan! hahaha tapi tulah bestnya raya :D kumpul sedara mara yang maybe kalau selisih bahu kat luar, sure tak kenal punya! (aku lah tu...kikiki)

highlite lain ialah ... erm.. a.. eee... alamak! aku dah lupa! sebab aku tulis nih sesampai kat k.d. seminggu dah berlalu, sampai aku lupa dah! tapi yang paling tak menarik -- esok keje dah!! aaaaa...sedih nyeeeee...pastu all the way dari segamat to kl, radio asyik pasang lagu raya! x aci...!!! rasa macam nak patah balik -- balik kampung! ho ho ho balik kampung! ahahaha

hem..so far alhamdulillah. semuanya selamat dan dah selesai. misi memohon maaf pun berjaya dilaksanakan biarpun ada juga sedikit 'gangguan' yang tak dapat dielakkan. kalau ikut kata adik aku, bukan kita yang buat salah! tapi harap kemaafan dari hati yang ikhlas akan mampu mengubah 'manusia' ke jalan yang kebih baik. insyaAllah. seperti yang aku pernah tulis sebelum ni, meminta maaf memang mudah. tak semudah memaafkan...tapi, marilah kita maaf-bermaafan sempena syawal mulia ini :D

anyway aku sangat teruja dengan pelita, ketupat, takbir raya, lagu raya dan aktiviti ziarah menziarahi ni! biarpun bapak aku beli ketupat segera, aku lebih rela menganyam ketupat biar pun sakit-sakit pinggang duduk berjam-jam menganyam. :D takbir raya pun best, sayu dan penuh makna. tapi aku tak rasa 'kosong' tu lagi tahun ni. hahaha mungkin dah terisi sikit kot ngeh3x *dia jek tak tahu...atau pura-pura tak taw. oit my mom dah bg green light taw wakakaka

pelita raya tahun ni adik aku buat gempak! habes sampai dalam rumah pun dia pegi wiring pasang lampu kelip-kelip! adooii terbakar plak poket bapak aku nanti time bayar bil! ahaha selain tu pelita minyak tanah sure ada. sampai padam-padam bila kitorang 'perang' mercun malam raya! kayo pak cik! *kata penjual mercun!

oklah..mesti bosan korang baca. anyway aku harap raya korang semua lebih meriah dan indah lagi! lebih bermakna. dan moga-moga apa pun kebaikkan masa ramadhan dapat diteruskan sehingga bila-bila. dan harap dapat jumpa lagi syawal akan datang...adios

love all, take care :D

No comments:

Post a Comment