Saturday 24 September 2011

ilham

huiyoo...hari yang penat! tapi at my own time since dapat kuar dari office.... :D

hari ni pergi putrajaya buat promosi web kitorang. sekali lagi aku jadi bengang bila tengok 'bookmark' yang sungguh melepas batuk di tangga! dah le x bertebuk, cemana orang nak tau mende tu bookmark tah..? lagi satu, info dalam bookmark tu pun hampeh! nak promote web, tapi nama address web tulis kecik je! sungguh membazir....baik tak yah print! dah le ada beribu...arghhhh!!

dah le tu, 'budak' ni pun satu. taw nak pergi KUD kat putrajaya, pergi la pagi. tak la panas sangat. ini lepas sembayang jumaat baru nak pergi! akuuuuuuuu juga berpeluh-peluh menahan panas dengan baju kurungnya! dah le tak inform awal (sepatutnya aku pergi kl, jumpa client kat traders hotel. tapi tukar last minute pagi tadi sebab-sebab yang tak diketahui..)

aku tak la bengang sangat tukar plan tu, tapi kenapalah suka tak plan betul-betul? tak kena masa dan tempat. conlusion: fail to plan is plan to fail!! sh&%! penat! sampai rasa nak patah pinggang berjalan tak henti di terik matahari...haish...

lepas tu boleh pula pergi open house mdec kat cyberview! dah busuk-busuk tu! kakakaka lantak lah kau..then aku dah le tak taw apa, tak kenal sape, pergi open house?! makan je la..tu pun, tak selera sangat, sebab dah penat! aku minum je larat, lain-lain tak usik pun! (*so skarang da lapa nasi!! haha)

anyway baru lah aku tau, team aku dua orang ni x-mmu! background in multimedia diorang memang kuat r! segan gilak aku nak compare dengan diri yang ada diploma engineering jek nih! haha dah le tu, diorang ni sebaya dengan aku, tapi dah ada property around cyberjaya etc! adeiii jeles....tapi x pe, insyaAllah yang penting bukan apa yang kita ada, tapi macam mana nak mula adakan apa yang kita tak ada!! and nak buktikan uitm + oum ni pun ada gak kelebihannya! hiyarkkkks...

push factor no 2!

esok pagi-pagi nak kena pergi pasar pula, promo sos! hmm..tetiba dapat idea r&d. best gak bila join business team ni, boleh jadi creative..something yang best! and rasanya boss pun open to suggestion, tu yang lagi menarik. kat ansar, aku rasa mostly muda-muda. young talented people. (*talented lah sangat aku nih! haha). so aku rasa bertuahlah since selected to join in and can contribute more - more - and more..sampai finally aku sendiri boleh grow..insyaAllah, amin :)

dah 4.20am..sekarang balik-balik terus tidur. ni nak kena buat business plan untuk monday meeting plak on sunday! huish..akotnyer saye...roughly dah ada dalam kepala, nak buat presentation pun tak la susah sangat since dari dulu aku cool jek kalau bab present ni! cewah! tapi tak tahulah sekarang, since dah lama tak present, apatah lagi in front of business minded people! waha..anyway, hopefully semuanya ok :D

tapi dalam sibuk-sibuk ni, teringat juga pada seseorang! akaka yang semestinya tak ingat kat aku..sebab last time kat iql, hari-hari dia start 'hi' aku dengan ikon (sun) or morning..tapi sekarang senyap jek...hmm..busy??

No comments:

Post a Comment