Friday 10 February 2012

Beijing Day 1

heehehe I'm back!! Sadly the Beijing trip is over as we land on KLIA about 10pm last night on 8th :) To be honest, it's sad to fly back to KL!!! HAAHAHA

Trip to Beijing yang semua orang berdebar tunggu dan kecoh nak pakai baju sejuk macam mana, long john etc akhirnya tamat. Sedih woo! Terasa banyak lagi perkara nak dibuat dan tempat nak dilawat bla bla bla Maybe paling best sebab cuaca sejuk kat sana! hihihi

Ok, meh citer secara lebih teratur...

Flight dari KL delay sikit on the 3rd Feb, dalam pukul 11pm lebih finally take off. Naik flight Air China, yang englishnya hampeh tak paham! haha so kitorang buat-buat paham je la..sepanjang flight tak tidur lena, sebab penumpang sibuk ke sana-sini, and maybe tak begitu selesa since kerusi kecik jek. Tidur-tidur ayam je..baru nak tidur, dah kena bangun sebab diorang served makanan. Macam maggi goreng jek! Sedih, terasa macam sahur dengan maggi!

Akhirnya, bumi Beijing dijejak juga juga bila touch down dalam pukul 6am. Waktu Beijing tak ada beza dengan Malaysia, so tak payah tukar set jam. First thing after keluar plane is cari baju sejuk! Masa tu suhu -6! Semua orang excited sebab bila bercakap berasap-asap! haha! Jakun giler....ki3

Perkara ke 2 pula, cari toilet! Teng3 Jangan buat-buat terkejut, sebab korang tak akan jumpa toilet dengan paip air serata Beijing! So pandai-pandailah bawa wet tissue or isi air dalam botol sebagai langkah keselamatan! Penting nih! Haha



Then dalam pukul 7am bergerak keluar dari airport. Apa yang menarik kat sini ialah; kitorang beratur as 'FOREIGNER' !! Waha..belagak siott...then meet our tour guide Mr. Andika. Dia ni original made in China haha maksudnya China-man, tapi sangat fasih berbahasa Melayu. Selalu perasan, muka dia macam Bae Yong Jun! Ah! Apa sajalah....tapi all along, he's very helpful and very informative. Banyak pasal Beijing/China yang dia ceritakan dan banyak juga pasal Malaysia yang dia tahu.

So, after breakfast the first place kitorang pergi ialah Summer Palace. Kat sini adalah tempat Maharaja China zaman dulu berehat time-time summer yang panas. Ada man-made lake yang korek guna cangkul, and jambatan yang ada 17 lubang menandakan 'eternity'. Entah apa yang best sangat pasal eternity hingga semua maharaja sibuk nak eternity, aku pun tak pasti! Time ni, tasik ni beku walau pun tak keseluruhan. Touring around the palace melawan sejuk (kali pertama!) adalah pengalaman yang best giler! Dan pemandangan pun sangat cantik! :)

Lepas touring around, pergi tempat pearl atau pun mutiara. Tak menarik sangat, melainkan dapat test krim mutiara free! hihi tapi busuk! sebab diorang tak add perfume, asli. so ada bau hanyir sikit. Sedikit info pasal mutiara ialah mutiara ada dua jenis, mutiara laut dan tasik. mutiara laut lebih mahal sebab cuma ada satu mutiara dari satu tiram. tapi tiram tasik ada lebih dari satu mutiara dan oleh sebab itu functionnya untuk kosmetik sebab lebih murah dan banyak.

Next is lunch yang semua orang kebulur sebab cuaca sejuk! Lepas tu check in hotel dan rehat sekejap sampai lebih kurang pukul 4pm. One of us tertinggal bag kat airport! Lucky we all is caring enough and dont mind sharing with her. Just next time, kena remember check all your belongings before moving, ya..
Hotel tu nice, Holiday Inn Temple of Heaven. Satisfying la, anyway kitorang pun bukan stay kat hotel sangat. Mostly jalan-jalan whole day, so stay hotel hanya untuk tidur!

Petang tu pergi shopping baju tebal dan kasut bagi yang masih tak ada baju sesuai selepas tu tengok persembahan akrobatik. Best! Hebat! Sebab semua yang diorang buat tu, aku tak boleh buat! So hebatlah tu! haha Malam lebih panjang bila sejuk, so by 6.30pm dah gelap macam pukul 8pm! Lepas tengok akrobatik tu, pergi makan malam. Sejuk, so semua orang kebuluran lagi!

Speaking of makan, lucky lidah aku ni universal. So aku tak kisah sangat chinese style ke, thai ke, japanese ke, western ke..semua pun sedap! hihi Tapi some of us, especially mak cik-pak cik terasa kurang selera sebab some of the food masin, atau pun taste-less. And tak ada kuah-kuah. Yang wajib ada, telur dadar! Breakfast, lunch, dinner, wajib ada! then sayur pun kobis, taugeh, saderi..maybe sebab musim sejuk, so tak banyak sayur available..

Lepas tu balik hotel dan tidur. wake up call pukul 6am! Awal giler..Oleh sebab cuaca sejuk, kitorang mandi ala-ala P.Ramlee! Lap badan dengan warm water jek, kalau tak, takut nanti jadi demam atau pun sakit tulang pula!

Continue day two...

No comments:

Post a Comment