Friday 10 February 2012

Beijing Day three

Seperti biasa, pagi breakfast mende yang sama. Tapi aku tak kisah, makan je. Janji nanti tak lapo! hihi

Hari ni kitorang pergi lawat zoo, tengok Panda!! Teringat pa-Yap aka Panda-man! haha Tapi semua panda kat sini tak sudi pandang kitorang. Diorang tengah tido, sambil hala bont** kat kitorang! Ceis! So tak ada gambar panda comel makan buluh seperti yang digembar-gemburkan!

Hari ni angin kuat, tahap 3 atau 4. Aktiviti asal ialah melawat Tienanmen dengan forbidden city, tapi tak digalakkan. Suhu ialah -12.

Lepas lawat panda, makan tengah hari dan kemudian pergi melawat kilang sutera. Ingat nak beli sutera cina untuk baju raya, tapi corak sangat limited and tak cantik! Old-skool. So tak jadi beli...Hanya cuci-cuci mata tengok ceongsam yang sangat cantik :)

Hari ni ialah Chap Goh Meh aka hari terakhir (ke-15) tahun baru cina. Sebab malam tu kami free aktiviti (group satu lagi pergi tengok kung fu theater), so aku dengan Su pergi jalan-jalan merakam video diorang main mercun! Giler meriah!

Kat China, dibenarkan main mercun hingga 15 hari. Asalnya diharamkan juga, tapi lepas tu dibenarkan semula sebab kurang meriah kalau tak ada mercun. So some corner street, boleh tengok kedai mercun/bunga api yang besar-besar. Mercun dan bunga api yang diorang main tu pun, besar macam tin minyak tanah zaman dulu-dulu atau pun tin biskut timbang tu! Diorang main tengah jalan dan mana-mana corner atau blok macam fighting each other, siapa lebih kuat.

Suhu -13 dengan angin kuat, tapi aku gagah berdiri di luar melayan mercun di malam chap goh meh in beijing :) *sebenarnya ada niat tersediri! ahaha Masuk bilik, kaki terasa gatal macam kena gigit serangga. Rupanya sebab sejuk sangat, kulit jadi kering dan merah-merah. Cepat-cepat sapu krim supaya tak lebih teruk. Lucky I'm a plum, sebab boleh guna lemak yang ada mengawal sejuk. Kawan-kawan yang 'kering' semua dah kena awal-awal! ahaha

Meriah giler!

No comments:

Post a Comment