Friday 10 February 2012

Beijing Day Four

Hari yang ditunggu tiba lagi, hari ni nak pergi Forbidden city and Tienanmen square. Aku excited nak pergi Forbidden city sebab banyak sangat tengok cerita cina lama-lama yang ada adegan di sini. Terasa macam gah giler kot!

Tapi nak sampai ke Forbidden city, as the name itself, kenalah berjalan merentas angin lebih kurang 3km! Untuk aku tak adalah susah sangat, tapi as for baby and budak kecik, menangis sepanjang jalan sebab sejuk. Dataran Tienanmen tu biasa je, nothing special. Tapi Forbidden city tu menarik. Majestic.

Ada lebih kurang 3 lapis pintu gerbang (atau lebih) untuk sampai ke tengah-tengah istana which is the balairongseri. Tak pergi naik atas tu pun, sebab tak sempat dan sejuk. Kesian kat budak-budak, so cepat-cepat balik. Anyway, it's great. And someday, i'll definitely want to visit again :)

Selepas tu pergi tempat massage kaki. Oww! Aku tak join, sebab aku geli. And plus tak ada tukang urut perempuan. *Kang marah pula encik ehem-ehem! hihi so aku pun dok diam-diam je la kat kerusi..Tapi kat sini aku bengang giler ngan sorang indonesian tu, dia speaker kat situ, asalnya dari Bandung. Belagak giler macam pengurus rumah urut! *Memang pun!

Tapi lucky aku tak join, sebab aku rasa tempat tu ada sikit-sikit tempat urut/pelacuran aouch! Dengan most of the sifu's yang muka macam bapak ayam..seriously tu tempat paling menyampah aku pergi sepanjang lawatan ini..sumpah, tak mou pergi sini lagi!

Ops, sebelum pergi dataran Tienanmen tu kitorang pergi minum teh. Berkenalan dengan teh oolong, pu-er dan lichi. Info kat sini paling best ialah belilah teh pu-er. Teh ni meningkat kadar 9% setahun! Macam harga tanah! Ni pun kalau beli, boleh tulis wasiat untuk anak-anak! haha Aku nak beli, tapi tak jumpa jalan keluar nak pergi amik credit card! haha

Design tempat ni pun sangat cantik, teliti. Tapi susah nak cari jalan keluar! Mungkin kalau datang lagi, aku akan beli teh pu-er tu sebagai warisan..hehehehe

No comments:

Post a Comment