Tuesday 23 October 2012

Pengorbanan, korban, mangsa, survivor...life's like that!

Eh? Apesal masih Oktober? Lama betul bulan ni, penuh 5 minggu! Ish...Bosan dan dah kering ka3 Sebenarnya hati rasa lapang sejak semalam, sebelum tu terasa sangat tak semangat dan berat. Entah ke mana mood aku berlari, tertinggal kat Kinabalu lagi agaknya! ahaha..Mungkin, sebab balik dari Kinabalu masih terasa-rasa nak berjalan-jalan atau eksplorasi ke mana-mana! Ish..dasar nama 'shan-bu' memang kaki jalan-jalan!

Jumaat lepas baru membeli satu tiket ke Fraser Hill. Janji nak pergi dengan budak ofis, aku ON je sebab ada jungle trekking! YES I'm addicted with outdoors! :) Entah, mungkin sebab berada dan buat aktiviti outdoor buat aku rasa bebas dan tenang. Dalam ofis ada banyak cluttered,  dengan real life pun sama. Sana-sini orang tipu, sana-sini orang belit nak kaut untung! Tu yang malas nak fikir pasal real life, sesak! Tak fresh, tak honest, semua orang pentingkan diri sendiri..

Enough, aku bukan anti sosial tapi life in my beloved Malaysia lately macam mengelirukan. Semakin aku dewasa dan mengenali politik dan strategi, aku jadi menyampah dan muak. Macamlah tak boleh hidup kalau tak ada kerajaan! Memanglah negara yang aman menjanjikan ekonomi yang baik, dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup, tapi lately semakin terserlah warna-warna 'kelakar' walau pun setelah mereka cuba sembunyikan. Lebih mengelirukan, kerajaan bertentangan juga lebih kurang sama walau pun belum nyata. So, kesimpulan memang life in Malaysia semakin mengelirukan! Susah menjadi warga negara biasa nih! Ish...  

Politik bukan saja tahap negara, tapi dalam ofis pun ada politik. Memang aku tahu dan tak nafikan, somehow we have to choose side. Tapi aku tak suka bonded dengan satu side. Aku lebih suka bebas mengatakan benar kalau memang benar, salah kalau memang salah. Mana ada orang yang sentiasa betul? Orang gila je kot...Prinsip aku kat ofis sekarang ialah dengar boleh, percaya jangan! Orang kat ofis aku ada kebolehan menjadi cameleon! Lebih menarik, cameleon berdarah tulen! haha Unbelievable, believe it!

Realiti hidup, realiti pekerjaan. Memang sakit, tapi kalau kita ambil yang positif dan belajar bina diri dari situ adalah yang terbaik. Kadang-kadang memang kita terlalu muda untuk buat kesimpulan, dan jalan yang kita pilih bukan favourite orang-orang senior, sedangkan hati kita memang ikhlas. Tapi siapalah yang tahu soal hati, jadi the best is percaya pada diri sendiri. Kalau rasa betul tindakan kita, teruskan. Dengan kedegilan hati tu, kita akan selalu ada alasan untuk memperjuangkan tindakan kita. Kecuali kalau tindakan kita memang salah, memang tak bolehlah nak tegangkan benang yang basah!

As part of mangement yang membuat policy, aku pun kadang-kadang tak faham macam mana para 'kepala' membuat keputusan. Tapi as orang kecil mereka juga aku kena faham, dan bukan sekali dua ini aku menjadi faham situasi mereka. Cuma masalahnya, bila perkara sebenar tak disingkap, tak diperjelas, menjadi salah faham yang berpanjangan. Akhirnya gaduh tak habis! Darah tulen kalau gaduh makan hati! Haha Tidak syak lagi!

Tapi mujur aku dilahirkan degil, dan berbapakan orang yang kepala batu tapi beribukan orang yang paling lembut hatinya; menjadikan aku orang yang akur kalau pun bukan salah aku. Masih boleh berasional biarpun nama aku sedang dijaja-jaja sebagai tak boleh diharap. Tapi pelik juga, yang tak boleh diharap ni yang dipilih menjadi 'kepala' ke 2 untuk mart dan restaurant nanti. InsyaAllah, belum ada black and white, tapi telah diuar-uar dan disebut-sebut, aku yang degil ini bakal menjadi asst Manager  mart dan restaurant. InsyaAllah termakbul dan semakin dekat cita-cita ku mahu menjadi manager! *bwahahahaha

Sebenarnya ada takut dan suka. Takut sebab ini yang pertama untuk aku dan kompeni. Menjadi sangat cenderung untuk salah dan silap, tapi aku suka kerana diberikan kepercayaan ini. Aku boleh belajar banyak perkara baru, yang tak pernah aku tahu atau pun ambil tahu! Mungkin saja tak pernah terfikir. Harapnya, walau apa pun tanggungjawabnya, aku akan mampu memikul selayak dan semampu yang aku ada, mudah-mudahan berjaya. Amin :)

Tak sabar nak balik Khamis ni sempena Aidiladha, nak ku khabar pada emak - saya yang cumil ni nak jadi Manager! haha *If my dad was still around, I can imagine his smile! Masa aku konvo dulu, balik dari konvo, bapak aku boleh komen (dalam banyak2 komen dalam dunia); engkau ni paling pendek!

Ada beribu orang dari beberapa fakulti akan konvo pada satu-satu sidang, macam mana bapak aku tahu anak dia ni paling pendek? *daddy, i really miss you! Mommy don't call, but you used to!

  

No comments:

Post a Comment