Monday 30 January 2012

Masa balas dendam!!! Pt. 2

Ini pula version yang bukan aku tulis semasa kejadian (aku tulis 1 je, kan!), tapi ulasan berkaitan post sebelum ni...

Mungkin ada seorang opis-mate baru aku yang check-on this blog. Dan aku tahu juga, dengan penuh sedar dan waras; ada banyak tulisan aku yang berkisar tentang diorang. Well, my life got nothing much about myself! haha So, accept jelah..tapi aku tahu, che' X seorang yang baik dan boleh dipercayai. (ops! ini bukan bodek, tapi memang betul. che' X sangat berbeza dari guys lain kat opis tu. dan aku respect dia, lebih dari orang lain. sebab dia memang patut dan layak direspect!)

Ok, previous post memang sangat kontroversi kot! Tu tahap kemuncak aku punya bengang, macam naga berapi! Memanglah tahun naga, muncul betul pula naga dari dalam diri aku! wahhhhh...!!



Akibat dari bengang tu lama, dalam sebulan kot aku masuk opis dan tak ada orang berani tegur! Budak finance tu lagi r, sekarang apa-apa dia tanya kat assistant aku. masalahnya, assistant aku pun tak berani nak cakap dengan aku! Ah! Lantak ko lah! Aku peduli apa! Sapa soh buat pasal? 2-2 pun sama..

On the same day, sebenarnya aku dengar budak finance tu mengadu dengan AGM pasal aku. As I say, aku peduli apa? Moralnya di sini ialah, bukan aku nak besar kepala. But for me, everyone have to make it easy for everyone else. Aku bukan nak senangkan kerja aku sorang je, tapi kerja semua orang. Aku pun pernah manage petty cash, so aku tahu susah senang mendistribute duit pada yang perlu. Tapi sebab dia rasa, dia finance yang bijaksana amat-amat, bior je lah! Kita tengok je, sampai bila dia mampu tak rasa penat, buka-tutup coin box tu dan kira cash yang sama keluar-masuk, macam poket kanan-kiri!

Selamat berjaya! *wink!

Sampai ke meeting management, bos pandang perkara ni. Memandangkan saya bukanlah 'kipas-susah-mati' beliau sebagai mana anjing sesat kat opis saya tu. Ops..mungkin lebih baik panggil dia 'penjual kipas angin cap ayam'..saya kan bersopan santun orangnya! ngeee.. :)


Penjual kipas angin cap ayam tu dan BFF-nya si luxury-baby kan memang tak boleh dipisahkan. Hingga tahap milestone saya pun di-copy bulat-bulat, sementara bos memuji habis-habisan milestone yang 'perfect' hasil tangan mereka! Jadi, saya dah tahu, email saya hanya masuk junk-mail bos. So, kawan-kawan, nasihat saya, tak payah susah-susah fikir idea terbaik, siang-malam, caffeine-week segala, kalau kamu tak ada kipas angin cap ayam tersangkut kemas dibelakang kamu macam beg sekolah. Sebab bos hanya rasa bahang panas kalau cakap dengan kamu, dia hanya akan cari kipas. kipas yang kaya-raya!

haha...untuk pengetahuan, saya punch-out >9.30pm jumaat (malam minggu!), untuk email milestone yang 'perfect' tu, dan esoknya kena pergi buat sales (sabtu dan ahad, 8am-6pm) di mmu. hasil sales tersebut >RM1K. Lunch on your own. Tiada allowance untuk executive!

*masa bos aku tanya, aku dah email milestone ke belum? aku rasa nak jawab; dah. tapi tak apalah, saya dah biasa orang tak ambil peduli, tak hargai, tak pandang, tak kisah, apa yang saya tolong fikir untuk mereka! sambil senyum lebar, dihadapan 30 pasang mata!

That's what i call a REBELLIOUS :D

No comments:

Post a Comment