Monday 30 January 2012

Masa balas dendam!!! Pt. 4

Thanks to Mak cik Soseh, for her ears. Kita sekapal! Dia pula sebab sibuk sangat giler kuasa  nak menunjukkan dia pekerja cemerlang, yang pergi tapau semua kerja tu kenapa? Lepas tu, start blur-blur. Mende simple as print view (excel 2010) pun menyebabkan dia tak nak print untuk meeting!

Sampai sekarang stok dengan sales 2011, belum match. Kerja pula dengan budak finance yang budget best tu. hah! sendiri mau ingat lor..

Sebenarnya, sejujurnya, opis aku sekarang ni paling best. paling aman dan paling berkat! tapi aku kan jahat, nak buat macam mana? disebalik kekebalan 'cengkerang' pure blood (iron-lady kata 'typical'), ada juga terselit keindahan dan kemanisan kerja dengan diorang ni. sungguh, kalau bukan kerana agama, aku rasa kami tak jadi sebaik ni. hancur lebur, mungkin lebih teruk dari setakat dengki mendengki!

oleh sebab tu juga, aku belum mahu pergi. kerana, aku rasa, kalau aku pergi, aku tak akan ada peluang untuk kembali lagi. tak ada lagi jalan lebih 'terang' untuk aku. tak akan ada lagi..untuk ini, aku tak berani mengambil pendekatan rebel yang biasa aku perjuangkan. kerana soal 'terang-gelap' begini, soal yang rumit..rumit untuk dijelaskan.

Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu (An-Nur 24:35)

suatu ketika, dalam mulianya ramadhan, heningnya sujud tahajjud; aku sendiri yang berdoa, mudah-mudahan aku dapat kerja di ansar. berhari-hari menanti, dalam perang salib di iql dan rindu macam burung pungguk pada imt, akhirnya dengan satu gerak nekad melibas pedang, aku tinggalkan iql. sekaligus imt. esoknya, hr dari ansar call aku. dan aku tiba satu jam awal!

cliche nya sebuah kehidupan. tak pernah boleh cakap 'cukup', kerana ia tak pernah mencukupi. tak pernah mampu kata 'berhenti', kerana ia memang tak ada brek kaki! (*ko pernah dengar orang mengarut malam-malam buta? ini la dia...HAHAHA) Kata Justin Bieber 'Never Say Never!'

Moralnya, kehidupan kat ansar mengajar aku rasa sakit hati yang berbeza, mungkin sebab darah kami sama!  sebenarnya memang sama! haha tapi dengan suluhan 'cahaya' tertentu, aku boleh membezakan dan mengambil pengajaran yang kadang kala terasa pahit berpusing-pusing biji mata! tapi ada rasa manis yang indah di hujungnya!

dah cakap dah, rumit nak dijelaskan..!

tapi, biasalah aku hanya manusia biasa. kalau aku tak marah, aku robot. tuhan tak cipta robot, tapi tuhan cipta manusia. yang berfikir, menyelesaikan masalah. tak seharusnya menambah masalah, walau pun kadang-kala dengan cara menambah masalah itulah, kita menemukan penyelesaian pada masalah sebelumnya!

never say never!

*rumit kan?  

No comments:

Post a Comment