Tuesday 10 April 2012

Instinct

Dalam bahasa melayu dipanggil gerak hati. Mungkin kurang tepat, sebab menurut wikipedia perkataan yang lebih sesuai ialah Intuition. Tapi apa yang aku bebelkan kejap lagi adalah pengalaman sebenar, tapi bukan sebarang kajian. Jadi sesiapa yang rajin, bolehlah menjalankan kajian keatas perkara ini dengan lebih lanjut...

Gerak hati antara family atau pun ahli keluarga adalah biasa. Jelas, mungkin sebabnya kerana kita ada susur galur yang sama. Garis darah yang sama, emak dan bapa yang sama. Logik, kerana biasanya ibu ada gerak hati yang sangat kuat pada anak-anaknya. Mungkin kerana ibu punya lebih banyak kasih sayang :) Walau pun begitu, bapa dan adik beradik juga punya gerak hati yang kuat. Kembar mungkin lebih lagi!

Gerak hati boleh difahami secara semula jadi, tanpa perlu bertanya. Contohnya aku sendiri pernah mengalami intuisi yang kuat masa aku tingkatan 2. Masa tu tak ada lagi handphone, jadi satu-satu cara aku tahu apa-apa perkembangan adalah dengan telifon publik. Masa tu dah dekat cuti hujung tahun, rasa dalam minggu terakhir. Tapi masih berbaki beberapa hari.

Aku tak tahu kenapa, tapi aku sangat sibuk kemas barang. Dah siap packing walau pun masih ada beberapa hari sekolah. Rupanya nenek aku dah tak ada, pada hari yang aku sibuk kemas barang! Aku memang tak sempat jenguk dia, kerana aku hanya balik beberapa hari kemudian.

Masa aku pergi Beijing, malam pertama aku mimpi parents aku. Walaupun aku dah beritahu aku nak fly sekian-sekian tarikh, dan sebelum flight tu aku ada call inform, aku tak pasti kenapa aku mimpi parents aku. Selalunya bila aku mimpi diorang, aku akan balik kampung weekend tu!

Tapi mengenangkan yang aku dah pun beritahu etc aku tak call balik pun. Dan hanya balik kampung beberapa minggu selepas tu, sebab belum ada masa free. Rupanya mak aku tak sihat.

click here :)


Tapi semua tu boleh difahami. Kecuali ini...

Sehari sebelum hari kejadian, aku top up telifon RM30! Sesuatu yang jarang aku buat masa belajar dulu. Aku bukan banyak call pun, tapi petang tu aku tak pasti kenapa, aku beli top up, dengan 'sesuatu' ingatan di belakang kepala tentang dia. Pada hari kejadian, aku ada test, tapi aku sungguh-sungguh tak ada perasaan nak study! Seharian aku rasa kosong yang amat.

Pada masa kejadian, jari aku tersepit pintu bilik! Aku sendiri pelik, sepanjang 4 tahun gunakan pintu kat Mawar, tak pernah sekali pun jari aku tersepit kecuali petang itu! Dan petang kejadian, sinar matahari petang yang menyuluh tapat ke muka aku, tiba-tiba membawa ingatan padanya. Rupanya dia dah pergi jauh, jauh yang aku tak boleh kejar lagi!

Itu dulu, sekarang lain pula.

Kita selalu gaduh! Selalu juga baik semula. Hampir tawar hati aku, sebab kau selalu buat-buat tak tahu yang kau tu bersalah! Hinggalah terbaru, dan aku rasa nak biarkan je kau hanyut pergi, macam mana kau hanyut sampai, kali pertama dulu.    

Tapi malam tadi aku tulis sesuatu tentang kau, dan tadi kau dengan muka tak bersalah menyapa aku balik. Kenapa kau kejam sangat eh? Nasib baik aku tak gunakan ayat keramat, yang kau suka cakap bila kau tak puas hati dengan sesuatu - Go to he**

Ada satu petang, yang sibuk. Dah lewat, tapi aku masih belum mahu balik. Sebenarnya dah nak balik, dah kemas, tapi aku tunggu kau cakap sesuatu. Dalam hati aku asyik kata, kau balik, aku pun balik. Tiba-tiba kau cakap sesuatu! Muka aku merah, jalan jem pun tak apa, aku drive sambil senyum lebar!

Kau pun selalu boleh teka tentang aku. Bila aku tanya mana kau tahu, kau cakap 'instinct'.

Kenapa eh? Kita ada instinct nih?

check here :)

No comments:

Post a Comment