Tuesday 17 April 2012

Upgrading work in progress...

Dah beberapa hari tak menulis! Hari ni kali pertama aku terjaga malam dan meneruskan rutin biasa aku macam sebelum-sebelum ni kat K.D bila terjaga ~ menulis atau pun update apa-apa benda peribadi yang aku tak sempat buat.

Sebenarnya kat P.H, sejak awal bulan ni, aku tak tidur dengan lena. Sama ada aku tak tido-tido sampailah menjelang 4am atau pun aku akan terjaga sekitar 4am dan tak boleh tido semula. Puaslah aku pusing kanan-kiri, tapi memang mata tak mahu pejam. Dan bila sampai ofis, AGM sound mata stim!

Hmm..tempat baru, mungkin!

Selalu bila kat K.D, terjaga macam ni aku memang akan bangun dan buat apa-apa yang patut. Kadang-kadang aku tidur balik! Tu yang hari-hari lambat sampai ofis! haha Tapi sekarang, tidak lagi! Ceh! Walau pun aku masih lambat sekali sekala, tapi bukan sebab aku sengaja lambat macam dulu, melainkan lambat sebab tunggu para penumpang kylie :)



Tak kisah sangat, dulu selalu rasa, ala bukan ada orang naik pun kylie. So sekarang dah ada few penumpang yang carpool skali, tak delah kylie bosan bawa aku jek hari-hari! ngeh3 And soon, kalau pindah rumah flat tu lagi lah ramai yang carpool! Mungkin serumah..Tak kisahlah. The more, the merrier :) Bila lagi pun... *Tanda-tanda awal kylie akan bercuti panjang? :0

Semoga membawa TUAH seperti namanya; PREVE! :D


Banyak betul benda nak plan lately. Pasal kerja dah tentu, tapi aku tak kisah sangat. Sebab so far, aku suka. Cuma mungkin bila something tu dah bertangguh lama sangat, aku jadi menyampah nak mula balik! Aku kan lebih excited to finish great for short term project. Kalau long term tu, rasa demotivated giler! Rasa kalau janji siap, ok lah tu! haha

Cakap pasal plan, ada banyak pula barang nak kena beli. Owh! Telifon pun mula menunjukkan tanda-tanda bateri kong tahap serius. Cas dari malam sampai pagi pun, boleh 17% jek! Ini baru namanya buang karan! Tapi survey telifon sejak beberapa bulan lepas, masih gagal menemui telifon yang betul-betul idaman hati! Ternyata, nilai wang telah merosot sangat teruk untuk nilaian teknologi! RM500 tak bermakna apa-apa!

Ops! Review terbongkar!

Untuk rumah baru, bercadang nak beli washing machine. Saya pemalas basuh baju pakai tangan! Haha Bukan apa, sebenarnya kalau difikirkan, logik juga. I'm not getting younger each year, tapi downgrading kena basuh baju pakai tangan balik? Sure bukan sesuatu yang baik. Seperti mana sampai bila harus aku tidur beralaskan tilam 3 inci? Begitulah satu masa nanti, timbul soal, tak kan nak selamanya menyewa rumah orang lain?

My dream loft apartment! >_*

Jadi, itu sedikit sebanyak update kebelakangan ini. Masih sibuk, sebab banyak keputusan nak kena buat. Aku sangat mementingkan win-win situation, jadi, aku memang akan ambil sedikit masa dalam membuat keputusan. Janji, akhirnya, aku happy :)

So, gambatte to me and all charming lady out there who's struggling daily to prove who they are! :)




No comments:

Post a Comment