Wednesday 14 December 2011

Prosperity burger untuk penakut

Setiap tahun aku punya ritual ialah makan prosperity burger, dengan harapan supaya aku lebih kaya di tahun berikutnya! HAHAHA Gelaklah kuat-kuat, tak kisah.. Semua orang ada cara tersendiri, dan ini cara aku...mungkin aku tak cukup kaya hingga merancang setiap tahun supaya aku lebih kaya. So far, alhamdulillah belumlah lagi tahap kaya. Tapi semakin baiklah...

Aku rasa penting untuk setiap orang berfikir positif tentang sesuatu sebelum dia mendapat apa yang dia inginkan. Walau pun tak semua yang kita rancang tu tercapai, adalah penting untuk mengubah apa yang negatif difikiran kita terlebih dahulu. Dan aku obses dengan kaya! hahaha *Gelak lagi!

tolong jangan ejek saya jika anda rasa tulisan saya bosan! :D

Aku dah cuba menulis sejak beberapa hari lepas, tapi jam. Otak tepu dan aku risau nanti ada orang mati kerana bosan membaca apa yang aku tulis! Kelas tazkirah pagi-pagi tak begitu mempunyai topik yang aku nak kongsikan, atau pun mungkin kerana aku tak begitu mendengar! :D *Jangan bagitau boss aku e..

Ok-ok mungkin ada, bila bercakap pasal penakut dan kelas tazkirah. Ada seorang ustaz aku ni yang sebelum ni muka macam nak makan orang je! Tapi sekarang lebih ceria. Mungkin sebab sekarang dia dah kurus sikit, jadi dia lebih gembira. Hypertension sudah berkurangan...

Ok, kisahnya ialah satu hari dia bercerita tentang keberuntungan kami sebab Ansarian dapat peluang yang sama hanya terdapat kat kompeni besar-besar macam Menara TM, Maybank dan dari yang dia beritahu, hanya ada lebih kurang empat buah syarikat di Selangor/KL yang boleh/mampu mengadakan kelas tazkirah harian untuk semua staff. Dan Ansar adalah salah satu syarikat 'kecil' yang mampu mengadakannya secara harian! Betapa kami beruntung!

Beruntung ~ tak selalunya hanya soal duit!

Oleh tu dia tak nak kami mensia-siakan peluang dan keberuntungan yang ada. Suruh kami dengar betul-betul dan dengar dengan hati, bukan hanya dengan telinga. Lalu dia pun bercerita tentang kisah hidup dia sebelum ni. Katanya dia hanya tahu arah kiblat rumah dia masa dia berusia 17. Terkejut?

Aku taklah terkejut sangat. Sebab sebanyak yang aku jumpa di Ansar, mereka semua punya sejarah hidup yang berlainan, terlalu berlawanan dari apa yang aku jumpa sekarang. Malah, mungkin lebih jauh dari aku. Contohnya, aku tahu kiblat rumah aku sejak aku tahu apa tu solat. Alhamdulillah, walau pun parents aku bukan alim sangat, tapi bapak aku bising tiap-tiap marghrib supaya tutup tv! Dan solat jemaah dengan mak aku. Dan aku pun tak pernah free hair, sedangkan some of them pernah berada dalam keadaan tersebut.

Tak kisahlah, kita adalah sebahagian dari masa silam kita, tapi masa depan kita adalah lebih penting. Kita tak belajar sejarah, untuk mengulangi kesilapannya...and aku harap, kalau aku ada keluarga sendiri nanti, aku boleh prektis semula apa yang bapak aku prektis tiap-tiap marghrib tu.. :D

Beruntung. Bukan kerana berumah di Bukit Beruntung! Sebab rumah aku kat Kota Damansara je! Haha Dan tadi petang aku ada interview untuk review contract 3 bulan aku kat Ansar. Contract aku sambung lagi sebulan, pending review sebab attendance aku dan ke'rebel'an aku yang sejak azali nih! hahaha

dare-rebel-alien

Kelakar! Bos aku kata kerja, paperwork semua ok. Excellent! (HAHAHA Kembang semangkuk! Ceh!) Tapi  it will goes to waste kalau aku tak baiki attendance and cara aku communicate dengan management. Ok, bab attendance tu susah nak cakap. Aku maybe dah tahap immune sebab dari imt dulu pun, tu la keunikan aku! Dalam appraisal, semua ok, kecuali attendance! In the blood! Arghhh...

Dan rebel. Boss aku tak tahu pasal ni, tapi aku kepala batu. So sometimes aku buat bodoh jek apa yang dia tanya. Aku hanya jawab kalau dia memang cakap depan muka aku! Kalau dia tanya assistant aku tu, aku pun buat tak tahu jek..continue task at hand. Entah, maybe sebab aku rasa ~ dia bukan cakap dengan aku pun, so aku consider tak perlu cakap apa-apa!

Panda-man aka Pa-Yap yang kudengar sudah mau tarik diri juga...

Ok-ok, teringat papa-Yap yang turut sama kena marah dengan aku. Papa-Yap pun boleh kena marah dengan aku, macam mana tak rebel jadinya! Ow-ow maybe aku jadi begini sebab aku keras kepala dan aku rasa kalau aku lembut kepala nanti aku tak maju dan aku tak dipandang/dihargai. Well, honestly kita bertindak hari ni berdasarkan apa yang kita pernah alami. Pengalaman. Cara hidup. Pergaulan etc

HR aku kata, kawinlah. Semudah kata dan semudah perkataan tersebut dieja! Aku tak marah, cuma aku tak rasa itu jawapan/penyelesaian bagi semua masalah. Kalau aku tak boleh ubah diri, mana kan boleh orang lain mengubah aku. Lesson's learn during floating class with pa-bear; biar air dalam, biar air cetek, aku boleh terapung sendiri kalau aku yakin dan percaya aku boleh mengapung. Bukan sebab dia boleh ajar aku terapung!

Entahlah, banyak sangat perkara-perkara dalam hidup ni yang boleh dijadikan alasan. Banyak juga yang boleh dijadikan iktibar, contoh dan tauladan. Again, terpulang pada aku untuk ambil mana satu dan jadikan pegangan. Mungkin betul juga kata HR aku, aku perlukan orang lain, sebab sifat manusia ialah memerlukan satu sama lain.



Penakut. Perkataan yang paling sesuai, mungkin. Sebab aku ada kecenderungan memangkah, mencantas, mendelete etc apa pun yang aku rasa menyusahkan, menyakitkan, menyedihkan etc Alasan awalnya ialah sebab kalau aku susah, sakit, sedih etc aku hanya ada diri sendiri untuk bersandar. Pa-bear kata aku susah, sangat susah, percaya orang. Well, he's true.

Dan si penakut pulang kerja sambil berfikir sesuatu.

Ok aku mungkin takut menghadapi 'sakit' tu sendiri, itu sebab aku avoid. Cuma aku avoid secara melampau. Mak aku kata, dulu abang sulung aku pernah ditolak pinangannya. Sejak tu dia kerat habis kepak ayam (bahagian kecik tu!). Mengikut kata orang-orang jawa, kitorang tak elok makan kepak kecik tu sebab nanti kalau meminang akan ditolak. Well, petang tadi aku terfikir jugalah. Aku pun macam abang aku juga, aku tak makan kepak kecik tu totally! Nak menggambarkan betapa aku avoid something secara melampau, walau pun mungkin bukanlah niat aku untuk percaya pasal pinagan kena reject tu!

Contohnya macam ni la, aku tak nak kena kencing manis. So aku hanya minum air masak and avoid gula 100%. Natural or artificial sugar! Sedangkan natural sugar ialah sugar yang boleh terurai dengan mudah...atau mungkin lebih parah, kedai jual gula pun aku tak nak singgah!

ok-ok so apakah solusinya? Aku sangat susah berubah melainkan aku sendiri yang nak ubah. Dan nak berubah, aku kenalah lembutkan sikit kepala batu ni, dengan cara rendam semalaman? HAHAHA Well, itulah yang aku tak tahu...mungkinkah termasuk di dalamnya, harus punya kepercayaan lebih sedikit terhadap orang di sekeliling?

Living might mean taking chances but they're worth taking. Lovin' might be a mistake but it's worth making ~ Ronan Keating (I Hope You Dance)




Lagu ni theme song hari ni, untuk semua penakut-penakut di luar sana! Dengan ucapan ~ tak semua kita rancang akan berlaku, mungkin nasib belum menyebelahi kita. Untuk penakut itu, it's ok. I understand. So haruskah aku berikan sedikit lagi percaya?

Owh tadi boss aku tanya, berapa banyak yang aku nak score dari 1-10 aku nak stay at Ansar? Aku jawab 9.5. Lagi 0.5? Aku bagi lagi 0.5 tu kat boss aku untuk decide sendiri sama ada dia nak atau tak accept aku kat situ..fair, walau pun aku nak sangat, tu bukan company aku. So aku nak selesa berada di situ sebanyak mana dia selesa accept aku. Percent yang sangat sedikit tu pula, menunjukan betapa veto kuasa dia untuk memilih siapa yang dia nak pilih kerja dengan dia...

Aku boleh jawab 10! Tapi, aku tau, aku tak ada 100% hak dan memaksa mereka memilih sesuatu yang mungkin mereka rasa tak kena pada tempatnya...

No comments:

Post a Comment